Friday, May 7, 2010

Persandingan Melayu Sarawak



aduh!! macam dirancang-rancang pulak. Malam semalam ada kawan berkongsi hal kisah-kisah kahwin dengan saya.. perkahwinan yang bagaimana saya suka, pra perkahwinan yang bagaimana, pasca perkahwinan bagaimana.. seronok dapat berkongsi. terasa kelakar, sebab itu semuanya impian dan angan-angan.

dan pagi ini saya dipanggil mesyuarat untuk kumpulan guru bagi pasukan hari guru pada 17 dan 18 Mei ini. berbincang punya berbincang, pada malam persembahan 17 mei, grup saya bersetuju untuk mengadakan Persandingan Melayu Sarawak. alamak, saya jadi Pengantin Perempuan?? uwaaa!! sapa jadi pengantin lelaki? Kamal, Cikgu KAFA tu? x mo, x mo!! mujur juga si kamal tu tak datang mesyuarat. minta2 la dia menolakkk utk jadi pengantin lelaki. sbb nye saya dah terbersetuju awal2 lg sebelum mengetahui pengantin lelaki nya siapa. (kalau kena partner cikgu lain pun, masih ku sanggup lagi bah...) ni la padahnya bila dah kena janji awal2 yang saya tidak buleh menolak job yg disediakan utk saya.. (Aduhaiii...)..

belum pun kena sanding, saya dah dengar cikgu2 segrup kata, "xpela akmar. mudah2an melekat..." terdiam, lekaat rasa air liur kat kerongkong. nak kata nauzubillah, ada org pernah berpesan pd saya, jangan sebut begitu sebab bagai menolak jodoh plk, meskipun jodoh dgn org lain, bukan dgn org yg dimaksudkan teman2... aishh, mati kutu dibuatnye. baik saya zip mulut (meskipun hati x mau. diam tak bererti setuju ye..!)

saya beritahu kawan yg saya berbual dengannya malam semalam tu akan hal ni. dia terkejut! 'aishh, kawan. buat apa bah ko terkejut2. baru lakonan bah. tapi ku takut walaupun lakonan, basi bah aku sbb dah jadi pengantin dulu sebelum time nya. ahaha'


*di akhiri dengan lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" dendangan Sudirman.. milik siapakah hati ini?? ahhh.....sendiri tak mampu nak jawab..

No comments: