nazim, adik saya yang kedua. tiba2 upload gambar kawinnya di fb. saya pun amik kesempatan, grab!.. muehehe.. dan silakan penonton2 sekalian melihat keadaannya. hihi
pada Disember 2007, rombongan Melaka telah menghantar cincin tanda dan cincin tunang kepada ahli Kedah. dan pengantinnya adalah yg berkerudung kuning :).. turut menyertai rombongan tunang ini adalah kami sekeluarga, mak long, Alang sekeluarga, Mak Ara sekeluarga. wah, meriah betul! best2. (pssstt, keluarga kami mmg meriah sebenarnya. ahaha)
Menjelang 24 Mei 2008, dengan menyewa sebuah bas persiaran, rombongan Melaka telah bertolak ke Bandar Baharu Kedah bagi melancarkan misi menyatukan dua hati.. best betul ramai2 dalam bas. itu ada lg kereta sebijik dua mengekor di belakang. ada yg amik perjalanan dari Kl dan ada yg dari johor. semata2 mahu join kami. terperanjat org kedah tgk kami semangat gile menghantar pengantin. sampai x cukup hidangan meja pengantin, ahaha.. saya?? belasah je makan yg mana ada. perut lapa, x kire dah. kekekeke...
adik saya, berbaju hijau teluk belanga johor sedang menunggu utk diijabkabulkan. kena pegi rumah imam, sbb imamnye tak buleh bergerak. huhu. manakala gambar sebelah kanan, adalah gmbr pengantin bersama ahli keluarga sebelah perempuan.
ini pula, gambar kami sekeluarga. opss, mana yen?? (wah2, cerdik ko yen! mesti pegi makan dulu la ni...x haci, x haci.. x tunggu aku)
tiba 31 mei 2008, rombongan kedah datang ke melaka pula. berarak mereka dalam dondonan biru...
meja pengantin just a simple. selayaknya majlis menyambut menantu. tetapi tetamu yg dijemput, mengalahkan mau mengahwinkan anak perempuan! ahaha, x tersambut tangan abah dan mak nk nyalam. keh3.. di bawah ini antara meja tetamu.. dibelakang tu nmpak pagar hijau? itu la rumah saya. huhu...
sebelah kiri gambar, gambar pengantin bersama anak2 saudara saya dan sepupu2 yg masih kecil. tukang kecoh aje diaorang ni. tapi bila diminta bantuan utk kutipkan sampah, wah, cleannn bah! takjub saya. hihi.. syukran2.. sebelah kanan gambar pula, saya mahu menunjukkan pelamin yg dihias seringkas mungkin. semuanya free! ahahaa, saya dan sepupu2 serta mak sedara yg mengerjakan dan menyiapkan pelamin yg simple nih. bile tgk hasilnya, wow!! mcm x percaya hasil tangan sendiri. haha...
haa, kalau rumah2 orang lain.. adik beradik pengantin pastinye berbaju cantik dan duduk menyambut tetamu juga kan.. tapi saya sebaliknye. muahaha.. saya dok nyorok kat celah dapur ni, dengan pakaian biasa (pakaian duk rumah aje. tak sempat nk tuko baju cantik la) gambar ni rewang (tolong menolong untuk hari kenduri) sebelum kenduri dan semasa kenduri. semangat begini saya sangat suka tengok. tahan pulak diri ni dok kat panas api berbanding dok kat depan rumah kena panas mulut org bertanya psl sy.. hihihihi... gambar bawah ni, gambar busu (berbaju hijau) sedang membuat bubur caca (eh, apa kenama menu tambahan yg kendian buat tu... Allah, lupa pula. ala2 manisan tu) lelaki2 ni sume sepupu saya.
bermula dari tahun 2008, family besar kami asyik dok membilang tarikh kawin dan giliran siapa yg kawin. ahaha...mcm dirancang2 pula. berderet2 dan bertekak2 mak2 sedara nakk cop tarikh. saya senyum je. sebab dah terbayang, bestnye nanti dapat tolong2 lg dan jumpa lg sedara2 sy ni.. semangat rasanya bila ramai buat kerja dan ringantulang. sapa malas, kita tak kawan. keh3... tahun 2010 ni, senyap je??? takde ke sepupu2 yg nak kawin ek? pelik la pulak! xde sesi rebut2 tarikh pun!
No comments:
Post a Comment