Friday, January 30, 2009

R. A.

uwaaa.. dua minggu ni aku rasa kaki aku macam tak jejak kat lantai, tak jejak ke bumi.. baru aku tau gini rasanya jadi R.A. (Research Assistant)..

takpe2... ustaz2 ni saje uji tahap mental aku kann.. takpe2.. aku sambut aa cabaran deme nii.. tgh sambut aa nii.. ha, tengok..tengok!!!...

sekang ni tugas utama aku, siapkan artikel buku yg ketua projek penyelidikan aku sedang jalankan ni. minggu depan dateline nye.. huhuhu...

di samping tu, enumerator punya gaji pun boleh tahan jugak cabarannya. aku dah agak dah, kalau benda2 melibatkan duit... memang ada aje songelnya...tahu dah aku perangai orang yg keluarkan duit niii..

ok2, apapun.. aku siapkan 2 kerja utama aku ni...
pastikan semuanya berpuas hati dgn layanan kerja aku... setakat ni je dulu..

**aku ke putrajaya semalam, hantar zila gi interview utk jawatan tetap DG41 di Suruhanjaya Pendidikan PElajaran, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Friday, January 23, 2009

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan..


dalam seminggu ni banyak kali aku jumpa si Shahril (berkemeja biru), budak UKM yang buat praktikal di PMWP semasa aku jadi part timer kat sana dulu.. Shahril, undergrade Jabatan Syariah (Jabatan aku juga tu) merupakan seorang yang amat sibuk dan berharga pada masa2nya. jadi, bila aku banyak kali terjumpa dia kali ni, musykil jugak aku. sebelum2 ni, memang jarangg sangat jumpa dia. then bila jumpa dia, topik pertama akan keluar adalah.... hal2 pejabat mufti laa. kebetulan dia buat tesis berkenaan institusi fatwa dan lokasinya di pejabat mufti sendiri.. maka, secara tidak langsung aku dapat juga berita dari sana.

actually, aku seharusnya ke PMWP lagi.. ustaz jamel (Kiri sekali - boss aku kat PMWP) ada pesan gel untuk pokoknya. so, itu jadi alasan yang tak berapa kukuh untuk aku menjengah ke sana.. sebenarnya rindu aku kat PMWP adalah alasan yang benar2 munasabah. tapi apa ada dgn PMWP? ahaks... aku pun tatau.

di sana, aku senang sekali bekerja. hati tenang dan lapang. minda cergas dengan ilmiah2 agama disamping duniawi.. cakap2 orang disana cakap yang telinga aku boleh terima, bukan cakap orang yang tidak bertamadun, bukan cakap yang bukan2...

pengalaman bercampur gaul dengan org korporat, orang berkerjaya, orang2 dewasa banyak memberikan impak berharga pada aku. gaya berurusan, gaya berpakaian, gaya bercakap, gaya membawa diri semuanya mengajar aku gaya bersosial dan bekerjaya. dan perlunya menghargai setiap apa yang datang pada kita....


latihan mencerap matahari menggunakan tadeloit (alah, aku lupa la nama sebenornya alat tu) bersama ustaz masri. bagaimana untuk memasang dari mula sehingga akhir dan membungkusnya masuk dlm kotak semula. dan satu lagi latihan mengukur kiblat. ada skala yang perlu dipatuhi supaya kiraan dan bacaan nya tepat dan tidak lari.



aaaa, pejabat mufti.. nantikan kehadiran akuu...

Career Fair, Mid Valley

pada 16 Januari aku pegi mid valley setelah didesak dan diajak oleh housemate aku.. demam2 pun aku redah jugak. so, disitu aku join Resume Clinic bagi mendapatkan input2 berguna. syoknya, resume yg aku buat takde salah pun. bahkan cuma tambah aje lagi.. wah, bahagianya telinga aku dengar.. selepas tu, aku pun jalan sekeliling Fair tu sambil tgk pekerjaan apa yg sedang hangat di'lelong'.. huhu..

Accountant, IT, Business, Engineering... antara course yang mendapat sambutan dalam career fair ini. ada x ada aku punya degree islamic studies cume... UIA matric,Matric teacher. aku saje mohon, ada luck aku, ada la.. kalau tidak, nasib la..

background ekonomi pun boleh dikatakan susah jugak nak cari job. sbb housemate aku degree ekonomi. disebabkan susah sangat nak bertemu job yg perlukan budk ekonomi, dia cari alternatif dgn mencari account assistant berdasarkan apa yg dia dah penah belajar semasa di matrik KPM dan degree. alhamdulillah, boleh tahan juga rezeki dia.

boleh tahan jugak mencabar career ni... nk buat resume pun rasa mcm nak termuntah2.. bak housemate aku kata, kita nak jual diri kita kannn... jual pada company... huhu..

Fakulti Pengajian Islam, UKM


Setelah sekian lama aku mencari gambar fakulti aku ni, baru kini aku jumpa. aku grab dari laman budak2 undergrad FPI. kubah biru tu menandakan pintu masuk utama ke fakulti aku. fakulti ni berhadapan dengan bulatan dan menghadap ke masjid.



ok, ini gambar masjid UKM. gambar ini dipetik dari pandangan fakulti pengajian islam dan bulatan UKM. masjid ini berdekatan dengan pintu masuk utama UKM.




ok, lintasan zebra ini menandakan sisi kiri FPI. jalan ini menuju ke bangunan Canselori, Pentadbiran, Library, FSSK dan fakulti2 lain.