Sunday, May 2, 2010

Kentang Putar ala KFC



Bahan untuk kentangnya:
  1. 3 biji Kentang(pilihlah kentang yang isinya putih kalau nak nampak putih macam KFC tu. Tapi kentang yang isinya kuning boleh juga).
  2. Garam
  3. 1 sudu teh Serbuk lada hitam.

Caranya:

  1. Buang kulit kentang.
  2. Potong/belah 4.
  3. Rebus dalam periuk bersama garam hingga masak/lembut.
  4. Setelah masak masukkan ke dalam pengisar.
  5. Masukkan 1/3 sahaja (dari ketinggian kentang yang berada di dalam pengisar) air rebusan kentang tadi. Atau masukkan air separas ia boleh di putar sahaja supaya kentang tersebut tidak terlalu cair.
  6. Masukkan serbuk lada hitam(tak perlu letak kalau nak nampak putih bersih)
  7. Kisar hingga sebati.
  8. Keluarkan
  9. Siap.

Kemudian, bolehla kita berpindah pada sosnye pula... jeng jeng jengggg.....

Bahan untuk sosnya:
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam
Caranya:
  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
* saya petik dari myresepi.com ....

~~ ni semua gara2 Yen (adik saya namanya syahir) yg sakit gigi la ni. dari elok2 makan bubur tup2, tertanya pulak mcm mana nk buat kentang putar.. keh3.. penyudahnya kami sama2 cari resepi..ni resepi dak Yen jumpa dulu.. mari kita cube.. yuhuuuuuuuu.... (kalau gi KFC, saya suka kentang putar.. tpi coleslow saya tolak..hik3...)

No comments: