Saturday, March 27, 2010

Selamat Pengantin Baru



Menurut Shazril Khairy Mustafa, Peguam Syarie Kepala Batas, Pulau Pinang merangkap teman facebook saya..menasihati dan menyentakkan hati saya dengan kata2nya... (yg lebih kurang berbunyi begini...)

"janganla mati dulu. kawinlah dulu. kerana perkahwinan dapat menyempurnakan agama. sekiranya mati dulu tanpa berkahwin, tak mampu menyempurnakan agama."



perkara ini benar2 menyentakkan hati saya kerana.. saya terlupa bahawa perkahwinan mmg mampu melengkapkan agama.. tetapi mengingati mati adalah perkara sunnah. dengan keadaan diri sekarang, saya hny mampu berdoa agar dikurniakan pasangan yg benar2 mmberi kebaikan pada agama saya, memberi kebaikan pd diri dan keluarga saya..dan begitu juga sebaliknya saya ini memberi kebaikan agama, dirinya dan keluarganya jua. apa lg yg mampu saya buat selaun itu? tentunya dgn muhasabah diri.. tau diri ni selalu leka, alpa..itu pasal mencari 'ubat' dan teman2 yg dpt mengingatkan diri sy.. alhamdulillah, syukur setakat ini teman2 amat2 saya hargai kehadirannya dan saya rasa sangat bertuah!




mudah2an saya jua mendapat memegang tangan baby sendiri dan bermain dengan anak sendiri suatu hari nanti.. anak2 yg comel, soleh dan solehah.. aminn ya rabbal alamin..

Penginsafan diri...

Khamis lepas bersamaan 25 Mac 2010 pada jam 7.30 pagi..matahari menyinarkan surianya sungguh cantik sekali.. saya dan sekumpulan rakan saya menaiki van dari Debak ke Tui (sebutnya Tu-ie, anak saya yg ajar sebut ni).. saya ke Tui atas urusan pertandingan Tadarus Al-Quran Peringkat Zon yang mana saya menjadi salah sorang hakim bg kategori nasyid.



perjalanan ini benar2 menginsafkan saya. terbiasa dengan keadaan di semenanjung malaysia yg selesa dan serba sempurna, setiba di sini... dari Debak untuk menyampaikan ke Kampung Tui sangat2 mengujakan saya. selama sejam untuk sampai ke destinasi dimana boleh melalui jalan darat mahupun air.. keadaan jalan yg sangat daif, masih berbatu2 kerikil besar..berhabuk.. saya teringat zaman kecil saya.. saya biasa melalui jalan sedemikian rupa pabila balik ke kampung Batu Pahat, johor. di sini... saya belajar lebih lg erti hidup sebenr..erti susah..supaya beringat akan diri supaya mensyukuri nikmat Allah. supaya merendah diri menjadi hamba Allah. supaya tidak meninggi diri di bumi Allah. di mana sahaja kita dicampakkan di situ terciptanya rezeki Allh. paling sy takjub, jalan2 disini antara rumah dan bangunan sekolah disambungkan dengan titi kayu. dan lagi, perkhidmatan paip air tiada lagi. sekadar tong2 biru besar menampung air hujan sebagai bekalan air.. bersyukurla..




lagi satu ketakjuban yg saya dapat di Tui ni.. pemandangan sekolahnya. penuh pokok kelapa dan titi kayu.. sangat indah di pandang.. ditambah dengan angin dari sungai berdekatan menyucuk suasana.. menambah kesyahduan. menambah keinsafan diri. bahawanya, apa yg kita kecap dan apa yg ada pada kita itu sudah cukup dan berlebih sebenarnya. melihatkan kedaifan org yg berada di bawah kita sepatutnya membuatkan kita menjadi hamba yg "cukuplah, alhamdulillah" senantiasa (sntiasa bersyukur).

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Pertunangan 6 Mac 2010 di Debak



salam sejahtera..salam mesra dari saya untuk anda.. pada 6 Mac 2010 jatuh pada hari sabtu..telah berlangsung satu majlis merisik dan Pertunangan antara anak kpd kenalan saya di Debak, SArawak dan pasangannya dari Bangi, Selangor. alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti perjalanan majlis berkenaan sehingga ke penghujung.. pertama kali merasai suasana masyarakat yg baru sy duduki ini, meninggalkan kenangan dan pengalaman mendalam. bahawasanya apabila kita menghadami sesuatu budaya di tempat yg kita diami, pastinya masyarakat juga tidak menolak kehadiran kita dgn mudahnya :)

gambar di atas menunjukkan pasangan pengantin yg dirai (saya menggunakan istilah pengantin kepada pasangan yg bertunang..) dengan hantara dari sebelah pihak lelaki... disambut kedatangan keluarga pihak lelaki dengan iringan hadrah terus masuk ke dalam rumah... dimulakan majlis siap dengan mikrofon nya.. dibawa pengantin perempuannya keluar dari bilik untuk semua keluarga melihat... kemudian barulah acara menyarung cincin dijalankan ..


ini adalah sebahagian hantaran kehijauan dari sebelah pihak perempuan.. saya cukup2 berkenan dengan hantaran kek lapis berkenaan. nampak benar2 menyelerakan...slurrpppp, slurrppp





saya dijemput menjamah makanan yg disediakan... nasi bersama lauk2 kari dan kacang panjang. pemanis mulutnya adalah buah lai disalut dgn asam boi (wrna kemerahan, sangat sedapp bah). cara duduk pula, dibentang saprah di atas lantai dan dimakan hidangan bersama 4 orang sahaja pada satu2 saprah.. dan lauk pauknya, jeng2..pada gambar yg hidangan berdulang tersebut. hidangan berdulang tu adalah hidangan yg bakal diangkat ke atas saprah... sungguh jamaie.. tidak jauh berbeza dgn keadaan kampung saya. cuma sedikit sahaja berbeza... tetapi masih banyak yg sama :)

ini adalah kenangan dan pengalaman yg sempat saya kutip dan bagi saya amat berharga utk dikenang... kerana, saya takpasti samada dapat lagi atau tidak saya menghadiri majlis sebegini lagi. sekiranya mendapat jemputan lagi, alhamdulillahh.. sekiranya tidak? inilah dia pengalaman yg manis dpt saya kutip sepanjang di bumi borneo.. :)

Thursday, March 4, 2010

bola tampar

ahahaha... dalam tempoh sebulan ni...rasanya dah lebih sebulan kot... saya begitu gila dgn bola tampar... asalnya nama diletakkan sebagai pemain frenly match je. letak nama aje. tup2, saya jd bersemangat bila tgk ahli pasukan lain semangat sama. saya pn join. boleh jg saya keluar rumah..saya bergaul dgn rakan kampung, berbual berkenaan kampung kan. duduk rumah pun tension manjang. huh

best2... seronok main bola tampar. dari sehari ke sehari kawan bermain bertambah.. dari bermain dgn perempuan..kini bermain bersama lelaki sbb selalu tak cukup korum perempuan.... dari bermain sesama ahli sekolah, bertambah ahli bermain dari sekolah2 berdekatan pulak... wah, begitu baiknya perkembangan pergaulan ini... alhamdulillah... oh, sayang betul x amik gambar ek. insyaAllah kalau saya ingat lg lepas ni saya amik gambar la ek

tp, lately saya nye persembahan permainan agak merudum. maybe hati tidak senang..atau hati emak tidak senang di semnanjung (kalau hati mak tak senang atau hati keluarga sndiri tak senang, saya pny hati automatik jd gundah gulana jua..pelik2...)...

corat coret kinabalu

hihi.. bebaru ni dapat baju mount kinabalu.. post from LAbuan... ngeh3... nnt saya amik gambarnya then paste di sini ye. biar kasi semangat ni lebih gempak untuk ke kinabalu tu

malam tadi, sempat chatting dgn bakal adik ipar 'tak jadi'.. mashitah. dia di Muar, Johor. katanya sedang berusaha untuk mengumpul bajet untuk ke kundasang. baru aku teringat yg Kundasang la terletaknya kaki gunung kinabalu. ehehehe.... rupanya dia mau lepak2 di kundasang berikutan suasana sejuk di sana. mcm2 daaa alasan. hihi... anyway, saya suggestkan jua agar ke KK supaya lengkap perjalanan nya ke sabah. siap suggest utk cari mutiara asli di sabah. ahahaha, khas utk maknya tercinta.. :)

oh ya, bercakap hal bajet. sebelum ni ustaz solihin ada pesan.. bajet utk naik kinabalu...dlm RM500 utk book shepa sahaja. kalau nk tambah2 sikit baik ada bajet dlm RM2000. tp, bg saya pulak..kena la spend lebih lg kan sbb kena naik flite. hihi, mana ada keta nk di'sorong'kan ke kk nun. hik3...

mak, restuila anakmu ini untuk memanjat kinabalu... ustaz sudah war2kan yg dia akan naik kinabalu between 13 julai till 21 julai (lebh kurang begitula tarikhnya) bersama 4 geng kinabalunya.. (dengki, saje ustaz bg saya jeles aaaa)