Friday, April 20, 2012

APAKAH ITU QARIN ?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja keras sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah.



Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulangla kepda setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyyakn berzikir, membaca al-Quran dan taat perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdulullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim).

Aisyah r.ha. menceritakan bahasa pada satu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau merasa cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Rasulullah: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim).

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi).

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuan aku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cuba bayangkan sejenak kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan dosa dan kejahatan. sudah pasti dia gembira jika kita tewas dengan kejahatan dan sedih jika kita berjaya menangkisnya.

Ingatlah ini dan berfikir tentang apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI-KALI TEWAS DENGANNYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR.

**dipetik dari laman facebook.

Tuesday, April 10, 2012

burung merpati putih


ehem2....alhamdulillah Allah kurniakan nikmat dan rahmatNya lagi kepada saya dan keluarga... setelah beberapa waktu saya menumpang teman2 ke tempat kerja dan ke pasar akhirnya saya memperolehi merpati putih. syukur allah kurniakan rezeki ini kpada saya dan keluarga. mana dia merpati putih tu? tu diaaaa.......

ehek2.... merpati putih ni akan menerbangkan saya ke tempat kerja... dan membawa keluarga saya untuk berziarah. leka nya mendapat merpati ni.. macam tak percaya dianugerahkan hadiah sebesar ini. masyaallahh....



buat masa permulaan ini, tangan dan kaki saya masih menggigil2 memegang merpati ini.... tapi keluarga saya menguatkan semangat saya. suami sentiasa disisi memberi dorongan (bahkan menguatkan hati saya, alhamdulillah). meredah lopak air pun dah menambah kegigilan saya apalagi mahu buat aksi seperti atas ini...! hehehe. jumpa lagi, saya nak jalan2 dgn merpati putih saya

Hajjah, hajjah...!


best betol dapat panggilan "Hajjah, hajjah!!".... "ya Hajji, hajji.."... rasa seronoknya hati dpt panggilan sebegitu... betol. walaupun masa tu sebenarnya masa tu org yg memanggil kita dalam keadaan marah. hahahaha.... tapi panggilan hajjah dan haji yg diberikan membuatkan hati rasa kembang sangat2.. (perasannya saya... saya blum bergelar hajjag untuk saat ini)


Gambar di Masjid KLIA, Sepang. sungguh indah pandangan mata, meredupkan jiwa... ingin membawa hati yang bergelodak, menenangkan diri di tanah haram.. semoga allah memberkati sepanjang perjalanan ini...


gambar di ruang legar luar Masjidil Haram. berlatarbelakangkan pintu King Abdul Aziz.
dan alhamdulillahm rasa tidak percaya mata ini menancapkan pancaindera kepada rumah Allah yang maha besar, lagi agung... ya rabbi, ya allah.. masya allahh... kakiku menginjakkan ke lapangan mu, rumah Mu ya Allah.. tanah yg diredhai Mu... tanah lahir NabiMu... masya allah...

Masya allahh, masya allahhhh.... ku mohon padaMu agar aku dapat kembali ke tempat ini lagi, keluargaku dan generasiku dapat kembali mengelilingi kaabah Mu, menyembahkan diri di masjidil haram ini lagi... buahkan kerinduan di hati2 kami dan murahkan rezeki kami agar kami dapat kembali lagi ke sini... amin amin amin...

cuaca amat panas di dataran kaabah, gambar diambil semasa 2 jam sebelum solat jumaat dilaksanakan. saya dapat bersolat jumaat di dataran ini, walaupun cuaca diatas kepala hangat, tetapi peliknya jubin tu sesejuk sejuknyaa mcm aiss. ruang tempat saya berdiri ini, adalah ruang solat wanita berhadapan dengan tempat letak mimbar dan pintu kaabah.


Setibanya di Madinah, kami sempat ke ladang kurma... minum air kurma hangat dan membeli belah kurma dan coklat. ewaaahhhh, mcm pak arab daaaaa minum air hangat sambil bersembang2.. hehe

hari-hari sebelum nak balik.. rasa seperti taknak balik... sayu melihat satu persatu laluan yg dilalui sepanjang duduk di tanah haram ini... tapi macam mak cakap, apa nak buat, orang arab tak terima kita terpaksa la kita balik negara kita. (nada berseloroh). hehehhe

gambar menunjukkan ruang legar masjid nabawi selepas subuh sekitar jam 8 pagi. payung diruangan legar masjid sudah sebahagiannya terbuka manakala sebahagian lagi menunggu masa untuk dibuka. sesungguhnya, walau dilayan dengan kemodenan mata ini, tapi hati tetap merasakan kerendahan hati dan kekerdilan diri dihadapan Allah....

ya Allah, rindunya hati ini untuk bertemu lagi rumah Mu di tanah haram.... rindunya hati menggamit2 untuk kembali ke sana.. murahkan rezeki kami, bukakan pintu hati kami, suburkan rindu kami agar kami dapat sampai kesana lagi... amin2 ya rabbal alamin