Saturday, May 22, 2010

17 Mei 2010...

17 mei 2010, adalah Hari Guru peringkat sekolah saya. pasukan saya berbaju oren memulakan hari dengan sukaneka.. dapat saguhati la pulak... hik3... xpe2, janji semangat kesukanan tinggi!

Petang2 sebelum layan ayam.. kita layan gendang dan bertandak dulu... hehe... ni dapur asrama. saya selalu lepak sini, hepi di sini. belajar bahasa, belaja kehidupan, belaja pengalaman.. saya diperlihatkan gendang, tandak dan pantun2nya sekali. hepi tak dunia saya?

lepas bertandak..ayam pula kita 'kerjakan'. yeehaaaa!!.. uiks, yg bertudung biru tu ustazah rozina tau. dia boring dok rumah, lalu dibawanya sekali anaknya..jalan2 bako ayam. hik3


Malam persembahan. untuk pertama kali saat dewasa ini, saya ber'main' kawin2... haha... dan kali ini juga pemain2 nya turut dimainkan dari kalangan dewasa jua.

Persalinan lelaki dari rona coklat dan hijau. cantik2 perhiasan manik. saya suka tengok. (pelik, baju lelaki tak pulak jarang mcm baju perempuan! isk3.... sume tempat pun begitu ek baju pengantin) sambil siap2kan pengantin, saya membongkar persalinan2 yang dibawa. (saya ketawa besar bila tgk persalinan2 perempuan. x sanggup rasanya nk pakai. haha)

ha, antara watak2 yang dipentaskan. saya sebagai pengapit. hihi, tukar watak daripada jadi pengantin kpada jadi pengapit. ha, rasa x yakin utk jadi pengantin. keh3..

kak Nani, terima kasih gantikan tempat saya utk jadi pengantin... biarkan kata2 orang pada akak. saya ada bersama akak menyokong akak. kita lebih tahu posisi kita, kak.. :) yg penting, kita dapat pulak nombor 1 utk persembahan ni. hihi... terharunya

Sunday, May 16, 2010

2 tahun yang telah berlalu...

nazim, adik saya yang kedua. tiba2 upload gambar kawinnya di fb. saya pun amik kesempatan, grab!.. muehehe.. dan silakan penonton2 sekalian melihat keadaannya. hihi

pada Disember 2007, rombongan Melaka telah menghantar cincin tanda dan cincin tunang kepada ahli Kedah. dan pengantinnya adalah yg berkerudung kuning :).. turut menyertai rombongan tunang ini adalah kami sekeluarga, mak long, Alang sekeluarga, Mak Ara sekeluarga. wah, meriah betul! best2. (pssstt, keluarga kami mmg meriah sebenarnya. ahaha)

Menjelang 24 Mei 2008, dengan menyewa sebuah bas persiaran, rombongan Melaka telah bertolak ke Bandar Baharu Kedah bagi melancarkan misi menyatukan dua hati.. best betul ramai2 dalam bas. itu ada lg kereta sebijik dua mengekor di belakang. ada yg amik perjalanan dari Kl dan ada yg dari johor. semata2 mahu join kami. terperanjat org kedah tgk kami semangat gile menghantar pengantin. sampai x cukup hidangan meja pengantin, ahaha.. saya?? belasah je makan yg mana ada. perut lapa, x kire dah. kekekeke...

adik saya, berbaju hijau teluk belanga johor sedang menunggu utk diijabkabulkan. kena pegi rumah imam, sbb imamnye tak buleh bergerak. huhu. manakala gambar sebelah kanan, adalah gmbr pengantin bersama ahli keluarga sebelah perempuan.

ini pula, gambar kami sekeluarga. opss, mana yen?? (wah2, cerdik ko yen! mesti pegi makan dulu la ni...x haci, x haci.. x tunggu aku)

tiba 31 mei 2008, rombongan kedah datang ke melaka pula. berarak mereka dalam dondonan biru...

meja pengantin just a simple. selayaknya majlis menyambut menantu. tetapi tetamu yg dijemput, mengalahkan mau mengahwinkan anak perempuan! ahaha, x tersambut tangan abah dan mak nk nyalam. keh3.. di bawah ini antara meja tetamu.. dibelakang tu nmpak pagar hijau? itu la rumah saya. huhu...

sebelah kiri gambar, gambar pengantin bersama anak2 saudara saya dan sepupu2 yg masih kecil. tukang kecoh aje diaorang ni. tapi bila diminta bantuan utk kutipkan sampah, wah, cleannn bah! takjub saya. hihi.. syukran2.. sebelah kanan gambar pula, saya mahu menunjukkan pelamin yg dihias seringkas mungkin. semuanya free! ahahaa, saya dan sepupu2 serta mak sedara yg mengerjakan dan menyiapkan pelamin yg simple nih. bile tgk hasilnya, wow!! mcm x percaya hasil tangan sendiri. haha...

haa, kalau rumah2 orang lain.. adik beradik pengantin pastinye berbaju cantik dan duduk menyambut tetamu juga kan.. tapi saya sebaliknye. muahaha.. saya dok nyorok kat celah dapur ni, dengan pakaian biasa (pakaian duk rumah aje. tak sempat nk tuko baju cantik la) gambar ni rewang (tolong menolong untuk hari kenduri) sebelum kenduri dan semasa kenduri. semangat begini saya sangat suka tengok. tahan pulak diri ni dok kat panas api berbanding dok kat depan rumah kena panas mulut org bertanya psl sy.. hihihihi... gambar bawah ni, gambar busu (berbaju hijau) sedang membuat bubur caca (eh, apa kenama menu tambahan yg kendian buat tu... Allah, lupa pula. ala2 manisan tu) lelaki2 ni sume sepupu saya.


bermula dari tahun 2008, family besar kami asyik dok membilang tarikh kawin dan giliran siapa yg kawin. ahaha...mcm dirancang2 pula. berderet2 dan bertekak2 mak2 sedara nakk cop tarikh. saya senyum je. sebab dah terbayang, bestnye nanti dapat tolong2 lg dan jumpa lg sedara2 sy ni.. semangat rasanya bila ramai buat kerja dan ringantulang. sapa malas, kita tak kawan. keh3... tahun 2010 ni, senyap je??? takde ke sepupu2 yg nak kawin ek? pelik la pulak! xde sesi rebut2 tarikh pun!

Thursday, May 13, 2010

kreativiti yang terbatas II

haaa... semasa saya di Bintang, Miri selepas waktu maghrib.. sempat saya pekena sugar Bun. dah tatau nak makan di mana lagi. nak cari gerai malam2, tatau nk cari di mana. cube tengok scene ni... clear la pulak ek? saya rasa pencahayaan di sini bagusla... sangat jelas dan sharp gambar ni


Dalila (sebelah kiri) dan Marina (bertudung biru) baru sedar gambarnye diambil. mula la berposing pulak. ahaha

Jalan-jalan dalam kawasan shopping complex tersebut. Marina tergamam melihat warna pink yang memancar dari kedai ini... lalu 'buat muka seposen' minta saya snapkan gambar utk nya.. ahahaha, alolololooo... manje le pulekkk.. keh3... sy amik angle begini sebab mahu menampakkan gambar ini berada di mana sebenarnya...


bila dah petik sekali, nampak cantik... saya close up pulak... wow, marina sukakannya.. hihi.. thanx marina. ini baru amatur.. yg sangat2 amatur memetik gambar. huhu

untuk gambar di Bintang yg diambil sebelah malam dan di dalam kawasan bangunan, saya terpaksa memegang lama kamera saya sehingga selamat di 'saving'.. lenguhh tangan saya. barula hasilnya seperti yang anda nampak (gambar marina)



ok, ini gambar Munirah (sebelah kiri), Nuri (tengah) dan Azira (kanan sekali)... ni gambar 14 Mac 2010. tiba di Miri dari Sarikei pd jam 6 pagi. kemudian jam 10 pagi kami bershopping di Boulevard barang2 keperluan maktab. :)

Ini Nuri... bosan kami berdua menanti kawan2 lain yg dah bersepah2 mencari barang masing2 di dalam Boulevard, saya mengisi masa dgn .... Nuri, pandang sini! Snap! ahahahaha... cantik le pulak background nya.. yg blur di kanan gambar ni sebenarnya lens saya tertutup dgn cover henfon. hehehe...

ops!!... mata ngantuk! sik cukup tido bah. keh3.... silap pulak saya tak jegilkan mata barang sekejap cuma... hihi.. gambar2 yg ada ni saya tak edit. terus dari kamera dan publish disini.. sebagai tanda kepuasan utk diri sendiri aje.. huhu

kreativiti yang terbatas

30 April 2007 rupanya saya create dis blog. muehehe... cecah 3 tahun baru. ngeh3.. anyway, kepuasan tak terhingga dapat publish di sini.. huhu....

ok, kali ni saya nak pos gambar yg saya amik di Miri... bermodelkan Ayu (Ayuuni Alwani - merajuk si ayu ni bila saya tak publish gambo dia di fb, sekadar gambar dalila aje sy publish!.. muekekkee.... biar2 dia... suke bena bergambar!! pelik tul...)

sengaja memetik dgn menampakkan diri saya dan kamera yg sy gunakan utk snap ayu... dan ayu mmg fotogenik... buatla gaya apapun, dia tetap ayu.. hik3. tp gmbr ni sempit la view nye ek.


bila disuruh stay aje kat kerusi tu, ecece, lekas2 ayu betulkan duduknya.. sampai sya terpaksa kata, just stay as before!. jgn bergerak.. buat poyo2 ok.. ni nk nampakkan candid. keh3... ayu segera faham kehendak sy. wah, kalau bab bergambar mmg serahla kat ayu.. senyum meleret kalau disuruh jadi modelnye :p



ayu2, pandang sini.. snap!! wahhh.. cantiknye... gmbar daun dapat, gambar ayu pun clear!.... wah, bravo utk diri sendiri...hehehe... senyum utk diri sendiri...

kebetulan ayu nak pegi amik sudu di area kaunter pembayaran, mata ni terus terpandang gaya yg sempoi ni.. terus suh ayu berenti kejap!... berdiri situ, yu!.. keh3

ayu, cak!!! hmm, seperti biasa. F305 saya tidak mampu mengambil gmbr dalam kawasan bangunan yg malap cahaya. dan lebih2 lagi hari maghrib dan seterusnya hingga ke subuh. itu yg tak seronoknye.. isk3.. gambar akan menjadi kabur begini...

ayu mengacau saya yg sedang khusyuk utk menyusun sudu di dalam ruang lensa saya.. eiiii, sib baik laaa buleh tahan hasilnya. hihi

dan seperti biasa jua, tuan F305 (em, cak!!) ni yg berada di sebelah kanan gambar mahu juga mengabadikan dirinya sebagai tanda berada jua di tempat ini.. (di Boulevard, Miri) bersama dgn wida (berbaju merah) dan ayu yg snap gambar ni. (kabur disebabkan cahaya yg sedikit dan gegar tangan....)

saya hny dpt gunakan Sony Ericson F305 aje setakat ni. itupun saya secara tak sengaja terbeli yg kameranya agak baik...

Wednesday, May 12, 2010

Wow!! sangat menakjubkan

Encik Asfia... ooo, encik asfia! ketuk2 pintu.. tak nyahut2 jugak ni.. mana pegi daa ini orang!

saya tinggalkan note untuk anda:

"Encik Asfia, saya terjumpa satu blog fotografi... yg amat menarik di mata saya.. just a simple and..apa ek, sempoii sangat cara nye, tp hasilnye.. masyaAllah.. saya sangat suka cara fotografer tu memetik gambarnye.. encik As tengok ek blog ni.. http://theniceidea.com/blog/ .. saya tunggu komen anda. hehe"


ni gmbr pantai bintulu.. empunye blog theniceidea td.. cantik shootnye :)

Friday, May 7, 2010

Persandingan Melayu Sarawak



aduh!! macam dirancang-rancang pulak. Malam semalam ada kawan berkongsi hal kisah-kisah kahwin dengan saya.. perkahwinan yang bagaimana saya suka, pra perkahwinan yang bagaimana, pasca perkahwinan bagaimana.. seronok dapat berkongsi. terasa kelakar, sebab itu semuanya impian dan angan-angan.

dan pagi ini saya dipanggil mesyuarat untuk kumpulan guru bagi pasukan hari guru pada 17 dan 18 Mei ini. berbincang punya berbincang, pada malam persembahan 17 mei, grup saya bersetuju untuk mengadakan Persandingan Melayu Sarawak. alamak, saya jadi Pengantin Perempuan?? uwaaa!! sapa jadi pengantin lelaki? Kamal, Cikgu KAFA tu? x mo, x mo!! mujur juga si kamal tu tak datang mesyuarat. minta2 la dia menolakkk utk jadi pengantin lelaki. sbb nye saya dah terbersetuju awal2 lg sebelum mengetahui pengantin lelaki nya siapa. (kalau kena partner cikgu lain pun, masih ku sanggup lagi bah...) ni la padahnya bila dah kena janji awal2 yang saya tidak buleh menolak job yg disediakan utk saya.. (Aduhaiii...)..

belum pun kena sanding, saya dah dengar cikgu2 segrup kata, "xpela akmar. mudah2an melekat..." terdiam, lekaat rasa air liur kat kerongkong. nak kata nauzubillah, ada org pernah berpesan pd saya, jangan sebut begitu sebab bagai menolak jodoh plk, meskipun jodoh dgn org lain, bukan dgn org yg dimaksudkan teman2... aishh, mati kutu dibuatnye. baik saya zip mulut (meskipun hati x mau. diam tak bererti setuju ye..!)

saya beritahu kawan yg saya berbual dengannya malam semalam tu akan hal ni. dia terkejut! 'aishh, kawan. buat apa bah ko terkejut2. baru lakonan bah. tapi ku takut walaupun lakonan, basi bah aku sbb dah jadi pengantin dulu sebelum time nya. ahaha'


*di akhiri dengan lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" dendangan Sudirman.. milik siapakah hati ini?? ahhh.....sendiri tak mampu nak jawab..

Wednesday, May 5, 2010

beranikah saya?

Dari pandangan depan mata...di atas jetski.. seronoknye pemandangan ini.. masyaAllahhh.... apatah lagi kirenya dapat menaiki kenderaan air ini. ekoran keterujaan saya melihat seorang rakan saya yg seronok dapat menaiki jetski, saya pulak yg terasa mcm nak naik jugak la. ahaksss...!!



dilihat dari depan mata, mmg sungguh menakjubkan suasana laut..alangkah tenangnya. alangkah seronoknye (saya sukakan laut, lagi2 la rasa kagumm bila berada di atas lautan...).. tapi saya tak pernah menaiki jetski ni. ahaks. yg saya pernah naik adalah bot laju!!.. pasti tak sama rasanye naik bot laju dengan jetski kan? sekarang saya nak lihat bagaimana tahap keselamatan naik jetski ni. huhu... :)



dari atas jetski pun buleh memancing? maknanya, jetski ni boleh dihentikan di tengah2 laut la ek? waahh, best2... pastu buleh membawa penumpang.. maknanya buleh dibawa dalam kadar kelajuan yg kita suka... hmm.. not bad! (saya semakin jatuh cinta ni..alamakkk....!! ahaks)




wah. bawa anak2 kecil pun buleh jugak ni? bestnyee!! kalau macam tu, maknanya jetski ni dilingkungi dengan tahap keselamatan yg tinggi la jugak ek. yela, saya ni penakut andai kata kot terjatuh atau tenggelam tak pasal2.. saya tak pandai berenang. hik3. and, at last... gambar comel dari saya untuk anda.. berseringaii monkey ni naik jetski.. keh3...

Sunday, May 2, 2010

Kentang Putar ala KFC



Bahan untuk kentangnya:
  1. 3 biji Kentang(pilihlah kentang yang isinya putih kalau nak nampak putih macam KFC tu. Tapi kentang yang isinya kuning boleh juga).
  2. Garam
  3. 1 sudu teh Serbuk lada hitam.

Caranya:

  1. Buang kulit kentang.
  2. Potong/belah 4.
  3. Rebus dalam periuk bersama garam hingga masak/lembut.
  4. Setelah masak masukkan ke dalam pengisar.
  5. Masukkan 1/3 sahaja (dari ketinggian kentang yang berada di dalam pengisar) air rebusan kentang tadi. Atau masukkan air separas ia boleh di putar sahaja supaya kentang tersebut tidak terlalu cair.
  6. Masukkan serbuk lada hitam(tak perlu letak kalau nak nampak putih bersih)
  7. Kisar hingga sebati.
  8. Keluarkan
  9. Siap.

Kemudian, bolehla kita berpindah pada sosnye pula... jeng jeng jengggg.....

Bahan untuk sosnya:
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam
Caranya:
  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
* saya petik dari myresepi.com ....

~~ ni semua gara2 Yen (adik saya namanya syahir) yg sakit gigi la ni. dari elok2 makan bubur tup2, tertanya pulak mcm mana nk buat kentang putar.. keh3.. penyudahnya kami sama2 cari resepi..ni resepi dak Yen jumpa dulu.. mari kita cube.. yuhuuuuuuuu.... (kalau gi KFC, saya suka kentang putar.. tpi coleslow saya tolak..hik3...)