Tuesday, July 10, 2007

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Bismillah..........hirohma...nir'rohhimm..... "Inna a'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innash ania'ka huwal abtar".

Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disif atkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak , sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana let aknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi diza limi.

Monday, June 25, 2007



Gambar yg aku petik semasa aku melawat coursemate aku di Kuala Selangor pada 2005/2006.. cantik x kawasan rumahnya?? ada sawahh menghijau, rumah kampung... ;)

gambar berbaju biru ni pulakk diambil smasa aku kena induction course utk program Taaruf Week for IIUM New Students. aku jd committee daa...masa ni kalau tak silap dlm thn 2004/2005 gitu aaa...
ok...aku try publishh gambar aje nii...aku nk explore lain plakk..

Petua Tradisi….

*dipetik daripada Majalah MIDI (Aspirasi Wanita 40++) keluaran 15 April 2007. sebahagian koleksi majalah yang aku ada…ehehhehehehe… ntah apa2 majalah la aku beli nii…


1. Menurunkan Darah Tinggi..

Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minum air rebusan daun pokok Ati-ati.

Makan biji buah peria. (alamak, peria nya pun tekak aku x boleh nak ‘lalu’, inikan plk bijinya..)

Makan pucuk pokok Pala sebagai ulam.

Minum air rebusan pokok Dukung Anak. (ha, hokkk ni aku selalu dengar masa kecik2 dulu..)

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan sehingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. (mak oiii…biar benaa..!) Jika tak tahan baunya, bolehlah direbus..

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum setiap pagi dan petang.


2. Tajamkan Penglihatan.. (bagus utk aku nii..)

Amalkan meminum air suam setiap hari.

Mandi pada waktu subuh sewaktu bangun tidur. Siramkan air dari hujung kaki hingga kepala.

Makan buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih

Banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap kiblat.

"Prevent better than cure"...

Ladies,Pls be aware when aboard to a taxi, especially when you are ALONE.

No matter the taxi driver is chinese, malay or indian, PLEASE BE AWARE!
If you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!


It just happened to me just now. It was about 12.45am . I got into a taxi driven by a malay man. I was in the taxi for a few minutes, I suddenly heard of a sound of spray and there was a smell like air purifier. I felt wierd as to why the driver put two types of air purifiers in his taxi. The smell immediately reminded me about this forwarded email that I read.

I started to be aware of my surroundings. But the puff of the purifier kept appears every few minutes. I was very worried and scared.

Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really felt my whole body is weaken, I asked the driver to let me get down at the side road.

But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my horror, I felt both of my hands and legs got numbed and no energy, almost could not move.

When I talked to the driver, I could not even speak properly, not to say to shout for help, 'cos I was really too weak. Immediately, I opened the door and ran to passer-by for help.

I really thank God for saving me. If not, I really can't imagine what would have happened to me. I am traumised by this incident.

This is TRUE case. Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY! I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women 'cos it is NOT a LIE , not a made-up story. It really happened.

Do let your friends, family members and relatives know about this case.

I believe you are just like me, don't wish anybody to be the victim of this case. "Pls be aware when aboard to a taxi, especially the ladies."

I received a email some months ago about a lady getting into a cab and felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being burnt.

She was smart enough to order the taxi to stop immediately and after throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would have ?fainted ?and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you would read and just forget about it, but I was wrong!

Few weeks ago, a visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven by an Indian man When she sat into the taxi, there was a little burner and she could smell incense burning in the taxi.

After awhile, she felt weak and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road where there was hardly anyone and raped her.
Before she was completely knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six victim. She was not only raped but also robbed!
When she was conscious again, she quickly went to see! a doctor. The sad thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do.


The doctor just let her make the decision to make or not to make a police report. Since she does not know the rapist name and also the taxi number and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not dare to report to the polis.
The doctor said since she dare not make the report, he would just have to destroy the medical report!


Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address and even has the guts to come straight to her house and try to be funny with her.
Please remember not to get in! to a taxi that smells funny and if possible don't get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms back to your friends or relatives and let them know the taxi registration number and if possible, the name of the taxi man.

*Quoted from: Raitul Hanidi Ahmadiah @ Arai (Mr) Snr. Structural Designer (BOCAD)

Wednesday, June 20, 2007

hilang...

aduhhhh..thumbdrive akuu ilanggg..mulanya aku x rasa sangatt kehilangannnnya..tapii, dlam saat2 sekangg ni..uhhh, tidakkk...

Result..

arini...keputusan student postgrad UKM keluarr...alhamdulillahh... bila aku tgk aku pny CGPA sebegituu..masyaAllahhhh....maha besar Tuhannn, alangkahh bahagianya...tidak pernah aku dapat setinggi dan secemerlangg iniii....namun begitu, aku masih belum dapat mencapaii Dean List...xpe2...i must try my best 4 the next sem..


em, aku pelikkk aa..dah dua malam aku x dpt tido..penyakit apa pulakk dah hinggap niii..susah betull nk lelap. padahal siang x tido, buat keje...saje penatkan badannn, letihkan badann...tapiii...ngapa x mau tido??? apa sebenarnyya yg bermaiinn dalam minda aku nii sampai xboleh tido? perghhhhhhhhh..


ha, kawan aku, Arfah dapat berita baikk...alhamdulillah dapat sambung belajar lagi.. dapat 2 offer. kat London dan Edinburgh. 24 Sept 2007 daftar. so, 1st choice dia amik London.. ni yg buat aku teruja ni...tapi dia bakal kesana cuma setahun.. aku yg belajar kat sini pun tak grad belajar lagi dia pulakkk dah grad dulu.. begitulah perancangan manusia... ;)


uiks, aku nk post gambar dlm bentuk album/ folder kat page aku ni... masalahnya yg aku jumpa kat sini post satu2 gambar..alaa, camne ek nk buat mcm folder tu.boleh upload gambar byk skek...

Tuesday, June 19, 2007

Benci pada kadarnya, Suka juga pada kadarnya..

Satu perkara aku pelajari….dari sabila..aku baru aje menyedari walaupun selama aku selalu didedahkan hal ni…tapi hal ini amat mendalam setelah sabila mengatakannya…

Ekoran ‘kesengsaraan’ hatinya maka sabila pun bercakap pot pet pot pett..amat keliruuu sebenarnyaaa utk diungkappkan..hanya hati sendiri saja yg merasaii x sama dgn ungkapan kata…

Sungguhpun dia bercakap pot pett pot pett..dia tetap berhati2 dalam berkata2…sebab?? Sebabnya dia amat takutt perkara yang disebut atau perkara2 yg dia sebut ‘tak suka’ akan ‘membalik’ pada dirinya..

bukan aku x tau hal ini.. malah selalu terjadi dalam diri aku.. tapi aku baru aje menyedari.. dan yg paling aku takuti sekang ni… semasa schoolmate aku kawin aku selalu aku katakana x suka sangat pegi kenduri tu pada mak aku, cume seronok bila dapat jumpa semula kawan2 sekolah… ati aku benar2 ‘menolak’ semasa aku menghadiri kenduri tersebut, aku tatau kenapa boleh jadi gituuu.. mujur dapat diceriakan semula hati ni dgn kehadiran kawan2 lama.. (lama x jumpa wehh, dari thn 2000…dekat 10 thn juga ek..ehehehhe)

dan sekang nii…aku mula takut apa yg aku sebut2 “tak suka” tu ‘membalik’ pada aku semula…alamakkkk, mati la akuu…
mulanya yg jadi ati aku menolak nk pegi tu mmg aku tatau kenapa, tapi yg keduanya bila aku jumpa pengantinnya…hulamakkkkkk aiiii, lawaaaa siottttt..(opss, bahasa x comeiii skek..ehehehehhee).. siap pelamin biru kat tgh rumah. Pastu, tup2 pengantinnya keluar bilik terus menuju ke arah pelaminnn… em, dah betulnya waktu tu time pengantin ‘bersalin2 pakaian’… bergambar dgn persalinan pakaian yg pelbagai. Arghhhh…malass aaa aku nk ckp aa apa yg aku tak suka kat majlis tuu…

jiran sebelah rumah aku penah buat kenduri kawin tak berapa tahun dulu.. kakak tu schoolmate aku juga. Aku kagum wehh..dia juga ada buat pelamin mcm org lain buat. Dia ada juga bersanding mcm orang lain… dia juga ada bergambar dgn persalinan pakaian yg pelbagai..jepun la, cina la, India laa…mcm2 la bajunya..

tapi aku nk ‘highlight’kan di sini..bergambar semasa tukar2 persalinan pakaian tu.. kakak tu bergambar tepat jam 12 tgh malam yang mana keesokannya adalah hari kendurinya. Masa tu jiran2 dah mula berkurangan, yg ada pun masih ligat kat dapur dan khemah2.. ditutupnya pintu besar, tingkap2 (kebetulan tingkap tak byk mana..) yg agak2 org lelaki lalu lalang tu laa… lepas tu apalagi, dijemput sume yg perempuan2 aje masuk rumah.eehhehee..mulanya aku kat dapur pun pelik juga dikerah masuk rumah..apa ke halnya kann.. rupanya tgk pengantin bergambar…ahakss….lucu aku…

dari kecik2 aku kurang gemar tgk pengantin bersalin2 pakaian..sikit2 je tgk ada lahh.. aku segan!.. lebih baik aku cabut, dok dapur lg best..dok dgn makcik2, nenek2..nyembang2 dgn diaorg lg syok…xde la kena cop “gatai”..ehehehehehehehehhheee…

aku sebenarnya dah byk kali pengalaman suka, bencii ni..bila aku sukakan/bencikan sesuatu..tup2 satu hari jadi sebaliknya....haaaa, masa tuuuu...mula la aku garu kepala tak gataiii..ahakss...nk ckp apa kalau perkara yg kita benci suatu ketika dulu, sekang pulakkk jadi ter'gila2'kannya..huhu....

Thursday, May 24, 2007

Cuti..

em, sekang ni UKM dan lain2 universiti kat Malaysia tengah bercuti... ada x de pun, cume short sem semasa cuti ni.. belajar dlm waktu bercuti..;)

percutian ini menelan masa selama 2 bulan lamanya..sehingga sekang aku telah bercuti lebih kurang sebulan..dan ada lg sebulan tempoh'honeymoon' aku..ehehehhehe...

sepanjang cuti ni..kerja aku..dok gi balik, gi balik melaka-bangi..aku ke UKM utk cari bahan tesis aku...bila aku boring aku balik melaka..melepakk, kemas rumah, tolong mak aku apa yg patut...yg pasti..dan aku sedar, kerja rumah pasti takkan abis walau diperuntukkan sehari semalam pun. aku jadi takjub sebenarnya...aku pelik sebab, org bekerja office, akan bekerja 8am-5am paling tidak pun, tapi suri rumahh..kerjanya dari awal subuh sampai ke malam terus-terusan bekerja..pelik aku!...

disamping menanti cuti yg kian abis, aku memenuhi jemputan kenduri kawin kawan2 aku, memenuhi tuntutan hobi aku-jahit baju, main komputer (yg ringan2 jek), kemas rumah..(memasakk tak minatt pulakkk, sib baik x minat makan...)...

em...ok aaa..nanti2 aku sambung lg..aku cari ayat gempak skit..baru segarrrr..kalau kena ayat 'lembik' jekkk, layuuu dennn ooo.ehehhehe

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerimamusibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa.

Tuesday, May 22, 2007

alamakk..lupa intro aaaa..

aku bawakan khas dari....

ZAKAT PERNIAGAAN: POTENSI DAN CABARANDI ERA EKONOMI BARU

oleh Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak(UNITAR)

MUQADDIMAH

Dengan menjadikan zakat sebagai salah satu daripada rukun yang lima, Islam telah menganjurkan supaya manusia berusaha sekali gus untuk kehidupan di akhirat dan juga di dunia. Firman Allah (swt) yang bermaksud:

“Dan carilah dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu kehidupan diakhirat dan jangan kamu lupakan pula keperluan (nasib) kamu didunia”2

Adalah jelas daripada ayat ini, bahawa segala usaha kita adalah untuk akhirat. Walau pun demikian, usaha untuk akhirat inilah juga yang akan mendatangkan manfaat untuk kehidupan kita di dunia. Harus diingat bahawa usaha ke arah akhirat tidak semestinya terhad kepada fardhu ‘ain semata. Ini adalah salah sama sekali, kerana segala usaha yang baik (amal saleh) itu adalah ibadat jua. Bahkan bersama dengan isteri juga adalah ibadat. Ini merupakan salah satu daripada kelebihan dan keadilan Islam.

Keadilan Islam ini juga terdapat dalam penentuan zakat itu sendiri. Ia dikenakan atas harta dan kekayaan hanya jika sekiranya memenuhi segala syarat-syaratnya. Tidak ada dalam mana-mana perbahasan mengenai zakat yang mengenakan zakat atas lain daripada harta atau kekayaan. Maka antara masalah yang ketara sekali pada zaman ini ialah samaada kita boleh kenakan zakat atas ilmu kerana ekonomi kita kelak adalah berdasarkan ilmu. Untuk menjelaskan hal ini, kita perlu mengupas beberapa isu.

1. JENIS ZAKAT

Selain daripada zakat fitrah atau zakat al-fitr, Islam telah menentukan supaya zakat dibayar atas harta dan kekayaan yang berasal dari berbagai aktiviti. Mengikut Sheikh Dr.


Yusuf Al-Qardawi, beliau telah membahagikan zakat kepada sembilan kategori seperti berikut:

a) Zakat binatang ternak

b) Zakat emas dan perak

c) Zakat kekayaan dagang (trade)

d) Zakat pertanian

e) Zakat madu dan produk haiwan

f) Zakat barang tambang dan hasil laut

g) Zakat pelaburan fabrik, gedung dan lain-lain

i) Zakat pencarian dan profesi

j) Zakat saham dan obligasi

Pada umumnya yang diwajibkan zakat adalah harta dan kekayaan. Cuma yang penting kita memahami ialah, Islam telah menentukan supaya menjeniskan harta dan kekayaan itu mengikut puncanya atau sumbernya.

Oleh itu saya berpendapat bahawa sebenarnya dari sembilan yang dikategorikan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi, ia boleh disingkatkan kepada lima sahaja.

(a) Zakat ternakan (sama dengan a) di atas)

(b) Harta dan Kekayaan yang berpunca dari simpanan atau tabungan (iaitu emas danperak)

(c) Zakat perniagaan (sama dengan c), e), g), i) dan j) di atas)

(d) Zakat pertanian (sama dengan d) di atas); dan

(e) Zakat perlombongan atau rikaz (sama dengan f) di atas)

Yang berbeza antara penyenaraian Dr. M. Yusuf Al-Qardawi dengan saya ialah tentang zakat perniagaan sahaja. Saya mengumpulkan semuanya kerana pada saya ia tidaklah begitu berbeza. Penjenisan zakat mengikut punca kekayaan dan harta amat pentingkerana setiap satu darinya memberikan formula yang berbeza.

1 Kertas kerja untuk Konvensyen Zakat Kebangsaan, anjuran bersama Sekretariat Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZ) dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama AFTAAS Consulting SdnBhd di Renaissance Palm Garden Hotel, Putrajaya, pada 18 September 2001.
2 Surah Al-Qasas (28) ayat 772M.

Perihal zakat perniagaan..

Apakah dia zakat perniagaan??

Komoditi Perniagaan

1- Aset tetap adalah seperti alat-alat, bangunan, kereta dan jentera-jentera. Kesemua barangan seperti ini dikira sebagai aset tetap dan tidak dikenakan zakat, malah ia juga tidak termasuk di dalam barang yang dikenakan zakat.

2- Harta akan dikira sebagai barang perniagaan berdasarkan kepada niat mula-mula ia dibeli. Sekiranya seseorang itu membeli kereta dan ketika membeli itu dia berniat untuk kegunaan peribadi dan di dalam niat itu juga dia menyatakan bahawa dia akan menjual kereta tersebut sekiranya dia akan mendapat keuntungan, harta seperti ini tidak dikira sebagai harta yang wajib dikeluarkan zakat. Keadaan ini berbeza dengan seseorang yang membeli sejumlah kereta dengan niat untuk perniagaan dan ingin mendapatkan keuntungan, oleh yang demikian apabila dia menggunakan salah sebuah dari kereta-kereta tersebut, ini bermakna ia dikira dari harta perniagaan yang wajib dikeluarkan zakat.

3- Penaksiran harga barang perniagaan hendaklah dibuat mengikut harga borong sama ada barang tersebut dijual secara borong atau secara runcit. Pendapat ini di ambil dari Institusi Fekah di Mekah.

4- Para peniaga hendaklah mentaksirkan kekayaan perniagaannya dengan harga pasaran semasa, sama ada harga tersebut lebih rendah dari harga beli ataupun lebih tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan harga pasaran semasa ialah harga jualannya ketika zakat wajib dikeluarkan.

5- Apabila seseorang itu memiliki beberapa saham dan syarikat telah mengeluarkan zakat terhadap saham-saham tersebut, pemilik saham tersebut tidak wajib mengeluarkan zakat dari saham-sahamnya, ini bagi mengelak dari berlakunya pertindanan di dalam pembayaran zakat. Adapun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat, pemilik-pemilik saham tersebut wajib mengeluarkan zakat bagi saham-sahamnya dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% dari harga pasaran saham. Keadaan ini berlaku apabila dia menggunakan saham-sahamnya itu untuk diperniagakan (dijual-beli) tetapi jika dia menggunakan saham-sahamnya untuk mengambil manfaat dari hasil pendapatan tahunannya, dia hendaklah mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% dari hasil pendapatan tahunan saham-sahamnya, bukannya dari harga saham.

6- Berurusan dengan menggunakan bon adalah haram kerana ianya mengandungi faedah-faedah riba yang diharamkan, oleh yang demikian pemilik bon tersebut wajib mengeluarkan zakat setiap tahun terhadap harga asal bon dengan cara menggabungkan harga modal bon ke dalam hartanya mengikut nisab dan haul kemudian dia hendaklah mengeluarkan zakat bagi kesemua hartanya itu dengan kadar sebanyak 2.5% tanpa dicampurkan dengan faedah riba yang diperolehi.

7- Mengenai hutang pula sama ada orang lain berhutang dengan kita atau kita berhutang dengan orang lain, ia hendaklah dimasukkan ke dalam bab hutang, iaitu dikira dan ditolak segala hutang terlebih dahulu kemudian barulah dikeluarkan zakat.


Ehsan daripada: Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

http://zakat.al-islam.com/help/tegarahelp.asp?l=mal

Monday, April 30, 2007

Launching the blog that i've been created

mcm mana ntah aku terminat nk try2 buat blog mcm ni..asalnya aku ada dah blog frenster..tapi..rasa nk cube hok laing pulokkk...

so. aku try..menurut kwn aku..hok nk mencabar skit dr blog frenster..so, aku nk tgk!!!