Monday, June 25, 2007

Petua Tradisi….

*dipetik daripada Majalah MIDI (Aspirasi Wanita 40++) keluaran 15 April 2007. sebahagian koleksi majalah yang aku ada…ehehhehehehe… ntah apa2 majalah la aku beli nii…


1. Menurunkan Darah Tinggi..

Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minum air rebusan daun pokok Ati-ati.

Makan biji buah peria. (alamak, peria nya pun tekak aku x boleh nak ‘lalu’, inikan plk bijinya..)

Makan pucuk pokok Pala sebagai ulam.

Minum air rebusan pokok Dukung Anak. (ha, hokkk ni aku selalu dengar masa kecik2 dulu..)

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan sehingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. (mak oiii…biar benaa..!) Jika tak tahan baunya, bolehlah direbus..

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum setiap pagi dan petang.


2. Tajamkan Penglihatan.. (bagus utk aku nii..)

Amalkan meminum air suam setiap hari.

Mandi pada waktu subuh sewaktu bangun tidur. Siramkan air dari hujung kaki hingga kepala.

Makan buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih

Banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap kiblat.

No comments: