Friday, July 23, 2010

Dimanakah tulang rusukku (pertanyaan lelaki terhadap wanita..)



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.


Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.......


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


2 comments:

cik_mazni said...

ermmmm, smpi skrg, sy tertanya2, siapakah tuan punya tulang rusuk cik akmar nanti kan???? btuah sapa2 yg menjadi pemilik tuan rusuk itu~ ^_^

Lukisan Alam said...

erk?? bertuahkah encik tulang rusuk saya tu, cik miezz? saya ni biasa2 aje..

saya juga x sabar2 menanti encik tulang rusuk cik miezz.. sangat2 x sabar saya menantinya. kerana cik miezz saya nan seorang ini sangat2 baik, sangat2 bagus org nya..rugi siapa yg x mendapatkan cik miezz ni :)