Saturday, July 31, 2010

Mata ku terpaku pada bicara itu..


Kawin itu sunah ke? hmm... sapa dia mau jawab persoalan ini? (adeii, garu2 kepala tak gatal.. ngeeeee......)


Dunyafana, merupakan roommate semasa saya mengaji di UKM. Khadijah namanya. saya terpaku pada salah satu entry blog nya berkenaan "kawin itu sunah ke?" perbincangan yang berlangsung antaranya dan lecturer nya (yg juga lecturer saya) menjadikan mata saya terpaku. lebih memakukan diri saya baru saya ketahuan bahawa sufi2 hebat tidak berkahwin kerana mementingkan tanggungjawab terhadap diri ... mari kita perhatikan lebih lanjut apa cerita yang dibawa oleh cik Dunyafana saya ni..

"Orang kata kahwin tu sunat,memang pun sunnah semua orng tahu.Tapi sebenarnya perkahwinan tu adalah satu janji,amanah dan pengorbanan.Tige kalimah ni saya (Dunyafana) dapat setelah selesai berbincang dengan sorang Dr (Doktor Falsafah)...."


Friday, July 30, 2010

Wanita Cantik...

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya....
(fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawanku yg sdg bercinta & yg sedang mencari cinta di luar sana)
gambar-gambar di sini sekadar gambar hiasan sahaja.

Friday, July 23, 2010

Dimanakah tulang rusukku (pertanyaan lelaki terhadap wanita..)



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.


Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.......


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Friday, July 16, 2010

hukum nikah wanita hamil anak luar nikah


pagi ni 16 julai 2010, saya terbaca berkenaan hukum nikah wanita hamil. begitu bertegas Ustaz Zaharudin menyatakan dalam tulisannya berkenaan penzina yang telah mengandung... mari kita telusuri Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Allah tidak membebani seseorang dengan perkara yang bkan kemampuannya... oleh itu, ada jalan keluar dan jalan penyelesaiann pd tiap masalah yg berlaku.. harap kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran pd tiap apa yg berlaku dalam hidup kita. di sini juga dipaparkan forum perbincangan dengan hukum nikah dengan penzina... mari kita telitinya... forum berkenaan hukum nikah

Monday, July 12, 2010

11 julai dan 12 julai 2010


semalam, 11 julai. ahad. saya buat bahan mengajar utk kelas jawi tahun 1. (sambil2 duduk di bilik guru, hujan pun turun.. kamek nangga hujan dulok!. hehe...) gambar adalah berkaitan utk huruf nun (N) dan nya (ny). buat suka2.. ngeh3... perkataannye siap ditulis tetapi tersembunyi di balik 'tingkap' gambar. lalalala


sempat juga tengok kak Halimah siapkan kelas nya ni. sesudah selesai di 'skirt' kan meja2 ni, saya amik gambar. Iqmal yg tengah main bola dalam hujan saya panggil.. buat objek gambar kali ni. muehehehe.... manis le pulak pink dimasukkan dlm suasana kelas..

12 julai, semasa sy duduk2 saya tengok si kecik Irdina masuk bilik guru dan cari buku latihan atas meja gurunya. saya rasa cute je tangannya mencari2 buku di atas meja.. lantas, cepat sy memetiknya.. ahaks, malu2 pula si irdina.

cikgunye tak puas hati ni, bantu irdina cari buku latihannya. hahaha... em, cakkkk!! kak Hajar (tudung coklat) dan kak mabel (baju hijau biru) jadi mangsa mainan kamera sy. muahahaha... sori, kakak....(kemain bising lg mulut kak hajar jgn petik gambarnye. keh3...)



yeehhaaa, tetiba saya didatangkan dengan nametag saya.. opocott!!, magnetik rupenye. terkejut saya magnet tu menarik antara satu sama lain..seperti terhempas bunyinya. apapun, hihi...cantiknyaaaa nama kamek. haha, ni riak ke apa nama nye ni? aduiiiii.... (kepuasan diri sendiri je ni... maafkan saya bukan utk meninggi diri pd orang lain atau riakkn diri...)

Friday, July 2, 2010

Pengenalan S2000

teruja tengok button2 yg ada pada S2000.. tangan saya masih belum cekap 'menangkap' button sepantas yg buleh.. setiap pergerakan dan momen indah kan mudah berlalu, sayang jika tidak dititipkan buat ingatan.. jadi, saya perlukan kepantasan menukar button dan mode yang lebih lagi slepas ini.. kipidap (keep it up!)

tajam x gambar yang ditangkap orng yang biasa bermain dgn kamera? cantik kan? warna-warni cerita gambar ini terserlah...



kemudian saya pulak test dgn tangan sendiri.. alamak, kotak yg cantik ni pun jadi x cantik.. huhu :( takpe, cube lagi petik


alamak, sori2 buddy! keh3... cubaan kedua. tangan yang kacak pun jadi tak kacak dgn hasil petikan saya.. huhu.. bila bermain dgn waktu malam atau gelap, saya perlukan tripod atau tempat yg buleh tangan saya 'stand'... sy perlu mainkan masa.. (cantik x tangan ktk? keh3... abis takat nmpak bayang je. hahaha)

2 Jun 2010, saya dan geng2 Betong menaiki bas dari Sarikei pada 1 Jun 2010 jam 9.30 malam seramai 5 orang...bergerak ke miri.. bagi mengikuti kuliah kami di maktab. sampai di miri jam 7 pagi, lewat sejam dari biasa. perjalanan hujan sepanjang jalan. gambar di atas adalah dari kiri, saya, Nuri dan Azimah (sampai dari lawas). gegar kan gambar ni? sebab gambar ni perlu tuggu lama sikit baru buleh dipetik... x buleh petik terus bila dah tuju pada objek. gini le jadi nye. hihi

ok, testing lagi.. kali ni dgn imej yg lebih berwarna. mau tengok objek nampak 'idup' x dgn gambar warna-warni.. ehehehe, seri pengantin Muni ni kot yg menjadikan gambar ni ceria dan cantik. keh3, thanx muni. muni mmg sporting! kakak KFC tu pun sporting gak. ngeh3


ini gambar 6 Jun 2010 di Miri Handicraft. temankan marina carikan ole2 utk keluarganya. saya tak cari sbb kargo saya dah lebih muatan. muekekeke.. jadi, balik dgn tangan kosong jela.. lagipun, ole2 saya dh pos awal (pos kek lapis.. hehe)

arghhh, terima kasih kepada tuan yang mencarikan kamera yang terbaek buat saya. lain kali saya ikut sama ek? buleh belajar bagaimana mencari kamera yang baik.

gara-gara boring

agak2 mana satu kah yg menjadi objek utama? banyak sangat nak dipandang ni.. yg si baju pengakap kah? atau perempuan yg sedang tersenyum di belakang nun? atau bangunan belakang tu? hihi... silap teknik lagiii.. adeiii.... leka menyanyi lagu negeri sarawak, sampai terasa nak amik gambar batch2 si Zuhnun pemalu ni. terpaksa minta dia palingkan muka ke tempat lain supaya dia tak bergerak2. ngeh3


hihi... gaya ala2 tercengang tu nampak cute juga. patutnye saya softkan latar belakang objek ni kan. baru nampak tajam objek..

oh, saya kena rendahkan kamera saya dan dongakkan lagi... bagi nampak langit yg cantik saat ni. baru nampak keadaan objek yg lebih menonjolll..dan softkan gambar belakang objek. saya gunakan mode landscape ni. salah mode le... hihi. (pssttt, nampak sangat si Nazirul ni memain dan leka sangat dgn batu2 kecil dia sehingga tak sedar saya snap gambar dia. muekekeke.. )