Khamis lepas bersamaan 25 Mac 2010 pada jam 7.30 pagi..matahari menyinarkan surianya sungguh cantik sekali.. saya dan sekumpulan rakan saya menaiki van dari Debak ke Tui (sebutnya Tu-ie, anak saya yg ajar sebut ni).. saya ke Tui atas urusan pertandingan Tadarus Al-Quran Peringkat Zon yang mana saya menjadi salah sorang hakim bg kategori nasyid.
perjalanan ini benar2 menginsafkan saya. terbiasa dengan keadaan di semenanjung malaysia yg selesa dan serba sempurna, setiba di sini... dari Debak untuk menyampaikan ke Kampung Tui sangat2 mengujakan saya. selama sejam untuk sampai ke destinasi dimana boleh melalui jalan darat mahupun air.. keadaan jalan yg sangat daif, masih berbatu2 kerikil besar..berhabuk.. saya teringat zaman kecil saya.. saya biasa melalui jalan sedemikian rupa pabila balik ke kampung Batu Pahat, johor. di sini... saya belajar lebih lg erti hidup sebenr..erti susah..supaya beringat akan diri supaya mensyukuri nikmat Allah. supaya merendah diri menjadi hamba Allah. supaya tidak meninggi diri di bumi Allah. di mana sahaja kita dicampakkan di situ terciptanya rezeki Allh. paling sy takjub, jalan2 disini antara rumah dan bangunan sekolah disambungkan dengan titi kayu. dan lagi, perkhidmatan paip air tiada lagi. sekadar tong2 biru besar menampung air hujan sebagai bekalan air.. bersyukurla..
lagi satu ketakjuban yg saya dapat di Tui ni.. pemandangan sekolahnya. penuh pokok kelapa dan titi kayu.. sangat indah di pandang.. ditambah dengan angin dari sungai berdekatan menyucuk suasana.. menambah kesyahduan. menambah keinsafan diri. bahawanya, apa yg kita kecap dan apa yg ada pada kita itu sudah cukup dan berlebih sebenarnya. melihatkan kedaifan org yg berada di bawah kita sepatutnya membuatkan kita menjadi hamba yg "cukuplah, alhamdulillah" senantiasa (sntiasa bersyukur).
No comments:
Post a Comment