Wednesday, March 10, 2010

Majlis Pertunangan 6 Mac 2010 di Debak



salam sejahtera..salam mesra dari saya untuk anda.. pada 6 Mac 2010 jatuh pada hari sabtu..telah berlangsung satu majlis merisik dan Pertunangan antara anak kpd kenalan saya di Debak, SArawak dan pasangannya dari Bangi, Selangor. alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti perjalanan majlis berkenaan sehingga ke penghujung.. pertama kali merasai suasana masyarakat yg baru sy duduki ini, meninggalkan kenangan dan pengalaman mendalam. bahawasanya apabila kita menghadami sesuatu budaya di tempat yg kita diami, pastinya masyarakat juga tidak menolak kehadiran kita dgn mudahnya :)

gambar di atas menunjukkan pasangan pengantin yg dirai (saya menggunakan istilah pengantin kepada pasangan yg bertunang..) dengan hantara dari sebelah pihak lelaki... disambut kedatangan keluarga pihak lelaki dengan iringan hadrah terus masuk ke dalam rumah... dimulakan majlis siap dengan mikrofon nya.. dibawa pengantin perempuannya keluar dari bilik untuk semua keluarga melihat... kemudian barulah acara menyarung cincin dijalankan ..


ini adalah sebahagian hantaran kehijauan dari sebelah pihak perempuan.. saya cukup2 berkenan dengan hantaran kek lapis berkenaan. nampak benar2 menyelerakan...slurrpppp, slurrppp





saya dijemput menjamah makanan yg disediakan... nasi bersama lauk2 kari dan kacang panjang. pemanis mulutnya adalah buah lai disalut dgn asam boi (wrna kemerahan, sangat sedapp bah). cara duduk pula, dibentang saprah di atas lantai dan dimakan hidangan bersama 4 orang sahaja pada satu2 saprah.. dan lauk pauknya, jeng2..pada gambar yg hidangan berdulang tersebut. hidangan berdulang tu adalah hidangan yg bakal diangkat ke atas saprah... sungguh jamaie.. tidak jauh berbeza dgn keadaan kampung saya. cuma sedikit sahaja berbeza... tetapi masih banyak yg sama :)

ini adalah kenangan dan pengalaman yg sempat saya kutip dan bagi saya amat berharga utk dikenang... kerana, saya takpasti samada dapat lagi atau tidak saya menghadiri majlis sebegini lagi. sekiranya mendapat jemputan lagi, alhamdulillahh.. sekiranya tidak? inilah dia pengalaman yg manis dpt saya kutip sepanjang di bumi borneo.. :)

2 comments:

ummu said...

ya Allah sedapnya asam boi tuu

Lukisan Alam said...

hihi... saya baru perasan komen ni.. yep, sedap sangat!