di pasar basah saratok, sarawak.. makanan2 ini yg aku jumpai.
buah yg macam buah salak, tapi kecil comel aje saiznya, tidak aku ketahui nama sebenar buah tersebut. gambar kedua, buah naga dan cendawan halus. gambar ketiga, buah hitam tu namanya buah dabai, buah merah dibelakang dabai tu namanya buah plum dan buah jambu madu.
kemudian disusuli dengan gambar ulat sagu, beras2 yang pelbagai jenis yg aku sendiri tidak ketahui namanya.
yang berbungkus ni sebelah kirinya nasi yg berwarna kuning adalah nasi ayam berkuahkan kari ayam. yang sebelah kanannya berbungkus nasi putih adalah nasi lemak. aku nak tunjukkan perbezaan cara bungkusan yg tak pernah aku lihat di semenanjung.. gambar disebelahnya adalah nasi lemak RM 3.00!.. sabo jele aku kena paw dek kedai ni...
yang ini pula aku pegi Sugar Bun di saratok. tempat fast food yang halal dimakan. di debak, dan saratok tiada fast food melainkan sugar bun ni. paling dekat nak rasa KFC di sarikei, kena jalan satu jam kesana baru daat makan. huhu... fast fook sugar bun ni bukan aje menyediakan makanan yg fast tapi juga makanan berat seperti ikan dan nasi yg dalam gambar tu..
jadi, 5 gambar terakhir ini adalah Nasi Lalapan yang setakat ini hanya terdapat di Miri sahaja dalam pengetahuan aku. gambar pertama adalah teh si peng. teh yang ada 3 'layer' warna. hijau didasarnya adalah air gula. "peng" dalam bahasa melayu bermakna ais. huhu.. gambar kedua adalah lalapan kembung, gambar seterusnya lalapan keli dan gambar yang seterusnya adalah lalapan tongkol.beza lalapan ini hanya pada menu utamanya iaitu pada ikan atau ayamnya. yang lain2, adalah sama. sayur dan sambal belacan yang ditengah2 pinggan adalah sama. yang menyebabkan sedapnya lalapan ini adalah sambal belacannya. baunye melekat di tangan selama sehari. jangan main2, basuh pakai limau nipis atau sabun pn tak mahu hilang baunya.. bagi orang yg suka makan ulam, elok sangat makan nasi berlaukkan lalapan ini. huhu..
ok, gambar yang kelima adalah pinggan nasi dan pinggan lalapan yang telah selesai dimakan.. oleh yang demikian, sekian juga cerita aku utk setakat ini tentang makanan sarawak yg aku dah jumpa. aku kena ke kuching utk mencuba Nasi ayam penyet!!.. sebutan nye buat aku kelakar, mcm tak cukup makhraj jek.. huhu...
No comments:
Post a Comment