Tuesday, September 8, 2009

loose your day?

salam sejahtera sahabat sahabiah sekalian.. apa kabar kalian?

Hampir mencecah 2 bulan lamanya tidak aku menjengok2 blog kesayangan aku. memaksa diri untuk tidak menjengah blog sendiri adalah suatu kepayahan bg diri sndiri.. sementelah aku sibuk sendirian dengan makalah, masalah dan jawapan2 untuk kehidupan yg perlu dicari..


baik, bulan ogos adalah bulan aku ke Miri, interaksi bersemuka dan program Bina Insan Guru. pada hujung bulan julai lalu, aku ke Sibu mengikuti interaksi bulanan bersama pensyarah di Pusat Kegiatan guru, sibu.




Pusat Kegiatan Guru (PKG), Sibu terletak di SK Abang Ali Sibu. di sana kami bertemu dengan pensyarah; Encik Zabidi (subjek Penyuburan Diri Insan Guru), Ustazah Salihah (Penyelaras j-QAF IPGM), Ustaz Fauzi (JAPIM IPGM) dan Ustaz Firdaus (Subjek al-Quran). hilang seketika rindu aku yg membuak2 terhadap miri apabila dapat bertemu dengan pensyarah2 ni.


Di adalah antara pemandangan Sibu yang sempat aku rakamkan. di Pintu Gerbang Sibu, di jalanan di bandar Sibu dan Pasar Sibu.... sesungguhnya saat ini manis bagi aku sebagai perantau.. yg melihat indahnya ciptaan Tuhan pd bumi ini...


perjalanan aku ke sibu mengambil perjalanan Debak - Sarikei. transit di SArikei sementara tunggu kawan2 yg sama2 meneruskan perjalanan ke sibu seramai 8 orang. kami menaiki bas Sarikei-Sibu. begitu juga perjalanan balik ke penempatan masing2. di sisi jadual perjalanan Bas Borneo adalah Jeti Sibu. bot2 ini ada yang membawa kawan kami dari Daro dan Beruit.




gambar yang seterusnya ini adalah gambar-gambar yang dirakam semasa aku mengikuti program wajib maktab, Bina Insan Guru (BIG) di IPGM Kampus Sarawak. dengan menempatkan aktiviti hutan di hutan Bekenu dan aktiviti pantai di pantai depan IPGM. kami masih memasang khemah untuk tidur dan memasak di tapak perkhemahan. gambar kedua adalah Ustaz Ishak sebagai Kem Komandan BIG dan gambar seterusnya adalah LDK yang menguatkan lagi jati diri kerjaya kami.


aktiviti hutan yang dijalankan di hutan Bekenu mengambil masa dari jam 11 pagi sehingga jam 4 petang. belajar survival dan belajar masak di dalam hutan. seronokk tidak terkata, selalu terbayang beginila askar agaknya bila dlm hutan. bw benda ringan tp semuanya lengkap! gambar ikan yg sedang dipanggang tu waktu malam persembahan..kena bakar ikan la yg diberi. huhu..


aktiviti laut dijalankan di pantai depan IPG. bermula jam 11 pg dan berakhir jam 4 ptg. siap masak2 di tepi pantai lg.. fuhhhh!!...
cukup la dulu, berita ni.. penat aa.. bulan puasa ni!>.. adeh, deh

No comments: