Wednesday, July 8, 2009

pada 21 Jun yang lalu, kakiku mula menjejak di tanah Miri. debar aku hilang sebaik sahaja terpandangkan kawan aku dari kejauhan. mak dan abah juga lega. ameer menanti aku di airport sepertimana yang dijanji. bertunjangkan nasihat ani (adik kepada ameer) supaya 'mengerah tenaga' ameer untuk entertain kami di sini, rasanya aku buat2 muka tak malu.. pada 22 Jun aku mula melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sarawak, Miri sebagai pelatih KPLI j-QAF di sini. alhamdulillah, berbekalkan semangat yang lecturer UKM, ameer, ani dan seumpamanya.. aku bertekad untuk datang jua ke miri ni. sekiranya takde pengukuh2 ni, serasanya tak sampai kaki ni ke miri. mak juga, cuak utk lepaskan aku sendirian aku di sini. mengenangkan kawan aku ada di sini (ameer la, adehh.. sapa lagi kawan aku daa..) barula mak melepaskan aku pergi dgn lega hati!.
huhu.. IPGM Kampus Sarawak, Miri. pelatih IPGM Miri. ehehehe.. apapun, terima kasih pada kawan aku ameer smoga dia sejahtera dan tak boring2 sepanjang aku berada di sini.. aku doakan dia peroleh keberkatan hidup dan keberkatan mak dan bapanya.. aku juga doakan dia agar cepat2 kawin seperti mana adiknya yg pening memikirkan keadaan abangnya yg ntah bila nk menyesuaikan diri dengan perempuan dalam keadaan yang lama... insyaAllah, dik (ani). sekiranya Allah dah tetapkan jalann hidup ameer begini, begini la. pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. asam garam hidup, pengalaman bukan utk menakutkan kita untuk hidup bahkan mematangkan lagi dan menajamkan lagi skill hidup kita. insya Allah, doa adik juga amat2 dialukan untuk menambah berkat...

p/s: dijah.. aku ke sini bukan bercuti. tapi jqaf, jah!. aku bukan nk berniat utk tipu. tapi, aku malas nk ckp byk.. aku tgh pening dgn master aku ni. aku dah naik fedup.. serious badly, aku fed up.

No comments: