Wednesday, July 8, 2009

Ketenangankah? kegusaran?


gambar yang aku petik pada 7 Julai 2009 jam 6 petang, di Pantai Miri Esplanade sungguh menenangkan jiwa. tetapi sekali ombak menghempas pantai, sekali hatiku berdetak!!.. roommateku, Juliza mengacau pasir nan indah dengan gambar muka kami yg tak seberapa ini. kami dah nak berpisah, aku akan mula bergerak ke tempat bertugas sehari dua lagi (sebaik sahaja urusan tiket2 siap dibereskan, samada tiket flight atau bas) ke Debak, Betong, Sarawak. manakala Jue akan stay di IPG selama 5 bulan utk memasuki kelas sepenuh masa KPLI.
mengusik pasir yang terhias terbentang dengan gambar2 kawan2 di IPG ini. semalam aku terus call pihak sekolah memaklumkan lapor diri melalui telefon terlebih dahulu. mana taknya, sepatutnya aku lapor diri pada 6 julai, senin lepas. tapi baru dapat tahu, nak buat mcm mana.

lecturer sini selalu suruh student2 sini ke pantai bagi menenangkan fikiran, jangan sampai terjun laut sudah la. bagi aku itu sebuah nikmat yang tidak terhingga dan aku patut merenungi lebih dalam makna dan hikmah yg didatangkan padaku ini.

dalam pada itu, mencari ketenangan.. sudah tentula kegusaran mengocak minda. dalam keadaan sekarang, aku tiada kelas, aku masih belum bergerak ke tempat bertugas nun di hujung penempatan ke sempadan Kuching, free time terlalu banyak utk aku abiskan, sudah tentu la merasa pelik sekiranya kegusaran mendatangi diriku..

'waris terdekat' aku di Miri ini rupanya sudah berpunya, bila aku dengar mcm tu..rasa berdentum kepala ni dan menggigil.. adakah datang satu lagi episod yang tidak, tidak dalam diriku? aku ingatkan waris terdekat ni takde sapa2 la punya, sebab itu aku berani keluar, bertelefon dengan dia. tup2, dah berpunya. even pn dia hanya couple yg belum disahkan secara legal, tapi bagi aku.. bila dah berpunya itu bermakna.."jangan kacau aku punya!!".. argghhh, Tuhan sekiranya telah Kau tetapkan aku datang sini dengan jodoh aku berada di sini di samping kerja aku di sini, Kau permudahkan la jalan aku.. ya Allah, aku mohon padaMu supaya permudahkan urusan aku. aku sungguh takut sekarang ini...

No comments: