pagi ni sambil2 buat sarapan pagi... mendengar Tanyala Ustaz di TV9. tajuk kali ni berkenaan penawar makhluk halus... lebih sikit kurang mcm tu la tajuknya (saya tak ingat tajuk sebenar slot tu. maafkan saya).. ada banyak doa yg saya temukan dalam slot tv tu.. antaranya.. doa nabi yunus ni..
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
" LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
===============================================
Fungsi & hikmah :
1) Memperoleh kebaikan yang banyak, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 269.
2) Penyelamat daripada azab, surah al-Anbiyak ayat 74.
3) Menjadikan ayat-ayat Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang yang melakukan kebaikan, surah Luqman ayat 2 hingga 3.
4) Membantu para nabi menjalankan tugas, surah as-Sad ayat 20, dan surah al-Zukhruf ayat 63.
Syarat mendapatkannya
Bagi mendapatkan hikmah, perlu memenuhi dua syarat iaitu:
1)Melalui tauhid, sebagaimana disebut dalam surah al-Israk ayat 39.
2)Berpegang teguh kepada Quran, disebut dalam surah Maryam ayat 12.
Tokoh-tokoh yang memperoleh hikmah
Quran menyebutkan beberapa tokoh yang memperoleh hikmah, antaranya:
1)Nabi Isa, melalui surah Ali Imran ayat 48.
2)Nabi Yusuf, melalui surah Yusuf ayat 22.
3)Nabi Yahya, melalui surah Maryam ayat 12.
4)Nabi Musa, melalui surah al-Qasas ayat 14.
5)Nabi Sulaiman, melalui surah al-Anbiyak ayat 79.
6)Luqman, melalui surah Luqman ayat 12.
dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1750.0