Ramadhan datang lagi... untuk kesekian kalinya... alhamdulillahh kita masih dihidupkan lagi untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun ini... insyaAllahh... dapat la kita menambahkan amal dan pahala di dalam bulan barakah ini..
semasa menonton tv3 baru2 ini.. saya terkedu apabila mendengar penceramah undangan tv3 memberitahu kisah Imam Malik (salah seorang ulama dan imam besar mazhab yang 4 iaitu mazhab maliki) guru kepada Imam Syafi'e tatkala sampai nye bulan Ramadhan. Imam Malik sangat suka membaca hadis-hadis, hari2 membaca hadis. apabila datang Ramadhan Imam Malik pergi ke tempat penyimpanan buku2 dan kitab2 hadisnya dan berkata pada kitabnya, "aku terpaksa berpisah buat sementara waktu denganmu, bukan kerana aku tak cinta hadis Rasul ku tetapi kini telah tiba Ramadhan untuk aku menumpukan perhatianku kepada al-Quran pula"..
masyaAllahhhhhh.... kalau la kita dapat meniru gaya Imam Malik dan mengikut jejak langkah sufi nya.. Allahu Akbar.. Allah sahaja yg dapat membalasnya....
No comments:
Post a Comment