Saturday, July 25, 2009

makanan...

di pasar basah saratok, sarawak.. makanan2 ini yg aku jumpai.



buah yg macam buah salak, tapi kecil comel aje saiznya, tidak aku ketahui nama sebenar buah tersebut. gambar kedua, buah naga dan cendawan halus. gambar ketiga, buah hitam tu namanya buah dabai, buah merah dibelakang dabai tu namanya buah plum dan buah jambu madu.



kemudian disusuli dengan gambar ulat sagu, beras2 yang pelbagai jenis yg aku sendiri tidak ketahui namanya.





yang berbungkus ni sebelah kirinya nasi yg berwarna kuning adalah nasi ayam berkuahkan kari ayam. yang sebelah kanannya berbungkus nasi putih adalah nasi lemak. aku nak tunjukkan perbezaan cara bungkusan yg tak pernah aku lihat di semenanjung.. gambar disebelahnya adalah nasi lemak RM 3.00!.. sabo jele aku kena paw dek kedai ni...



yang ini pula aku pegi Sugar Bun di saratok. tempat fast food yang halal dimakan. di debak, dan saratok tiada fast food melainkan sugar bun ni. paling dekat nak rasa KFC di sarikei, kena jalan satu jam kesana baru daat makan. huhu... fast fook sugar bun ni bukan aje menyediakan makanan yg fast tapi juga makanan berat seperti ikan dan nasi yg dalam gambar tu..


jadi, 5 gambar terakhir ini adalah Nasi Lalapan yang setakat ini hanya terdapat di Miri sahaja dalam pengetahuan aku. gambar pertama adalah teh si peng. teh yang ada 3 'layer' warna. hijau didasarnya adalah air gula. "peng" dalam bahasa melayu bermakna ais. huhu.. gambar kedua adalah lalapan kembung, gambar seterusnya lalapan keli dan gambar yang seterusnya adalah lalapan tongkol.beza lalapan ini hanya pada menu utamanya iaitu pada ikan atau ayamnya. yang lain2, adalah sama. sayur dan sambal belacan yang ditengah2 pinggan adalah sama. yang menyebabkan sedapnya lalapan ini adalah sambal belacannya. baunye melekat di tangan selama sehari. jangan main2, basuh pakai limau nipis atau sabun pn tak mahu hilang baunya.. bagi orang yg suka makan ulam, elok sangat makan nasi berlaukkan lalapan ini. huhu..
ok, gambar yang kelima adalah pinggan nasi dan pinggan lalapan yang telah selesai dimakan.. oleh yang demikian, sekian juga cerita aku utk setakat ini tentang makanan sarawak yg aku dah jumpa. aku kena ke kuching utk mencuba Nasi ayam penyet!!.. sebutan nye buat aku kelakar, mcm tak cukup makhraj jek.. huhu...

sarinah's big day

24 julai 2009, jumaat, selepas asar.. sarinah, sahabat baik aku sejak dibangku sekolah telah selamat menjadi isteri kepada mohd fitri sulaiman, sepupu aku. ahaks, buat aku tergelak!!.. mereka melalui tempoh percintaan semasa bertunang dan kini diteruskan selepas perkahwinan.. ahaks, bikin aku tersenyum sendiri...



ini, aku bergambar dengan sarinah semasa dia bertunang. bila ingat2 balik masa tunang buat aku ketawa jek. mau taknye, aku tolong sepupu aku sediakan hantaran tunang, katanya nak warna biru. bila aku sampai di rumah sarinah aku tengok hantaran sarinah kepada lelaki juga biru!!..aik, apa ni?? silap faham ke atau nk kata sehati sejiwa. deme lum bercinta lagi masa ni... ehehehe, satu lagi.. semasa hari pertunangan tu, aku jadi pihak perempuan!... sepatutnya aku jadi pihak lelaki (sepupu aku tu lelaki kan.sepatutnya aku ikut rombongan deme), tup2, aku kena jadi peneman/pengapit sarinah!.. wahahaha... masa nak sarungkan cincin, aku gelak besar. mana taknya, mak sedara aku yg sarungkan boleh main gelak2 lagi.. ekekekeke... memang kelakar aksi ni.

tapi, bila hari perkahwinan sarinah sampai.... aku pula tiada di sisi sarinah utk menemani.. aku di sarawak.. aku termenung di sini. aku kesian pada sarinah sbb, sepatutnya kami dah berjanji utk aku berada disampingnya sepanjang hari besar dia. maklum la, aku aje jadi jambatan dia utk mengenal/ benteng dgn ahli keluarga besar aku.. jadi, bila aku ada, sarinah jadi lega. aku mahu legakan hati kawan aku. aku tak mahu takutkan dia.. aku betul2 tak dapat sambut sarinah. sedih aku.

sedih sebenarnya walaupun dalam pada masa yg sama aku gembira. gembira sbb kawinn jugak kawan baik aku sorang niiii... memang aku nak sangat dia kawin, sbb dia nice, gentle, dia marah aku lembut2..and so on. susah nk aku gambarkan. sedih, sbb.. tatau la. aku tak dapat agak kalau zila kawin lepas ni.. mcm mana pulak keadaan aku kalau zila kawin.. zila pun dah x lama lagi tu..

bila ingat balik, masa zaman sekolah dulu aku selalu duduk sebelah sarinah, kecuali ada satu tahun tu aku duduk tempat lain (sbb telinga aku terbakar dengan budak laki yg sedap2 mengata aku. kebiasaannya setiap tahun aku duduk baris kedua di belakang budak laki, bersama2 sarinah. tiba ada satu tahun tu, sorang budak laki kata aku nk mengurat budak laki kat depan meja aku. perghhh, terbakarrr gila aku dibuatnya, terus aku pindah belakang. aku dah tak hirau sarinah yg merayu aku duduk dan temankan dia di baris kedua tu.. tapi, the next year budak laki tu tak berani nk mengata aku, dan aku duduk semula dibarisan 'wajib' aku tu. takde orang yg duduk ditempat kami tu masalahnya. itu sebab le aku kena duduk jugak tempat aku tu. bila masuk form 5, aku duduk belakang jugak, sarinah duduk dibaris kedua. tapi, bila budak laki usik sarinah aku cepat2 lari dapatkan sarinah. tak jadi budak laki nk kacau. tahu jelah mulut aku riuh!.. ahaks..

ada satu adegan masa sekolah, tak ingat form bila masa tu.. sarinah terperanjat bila dia tahu aku anak buah ustaz sulaiman daud (pak sedara aku yg kini jadi bapa mertua sarinah..ehehehehe), aku tak pernah beritahu dia, dia cuma tahu sendiri. aku tanya kenapa pulak? ko nak kan anaknya ke? ahaks, masa tu mulut aku cakap lepas jek. tak sangka pulak rupanya, masin mulut aku ketika itu.. akhirnya betul2 anak ustaz sulaiman kahwin dgn sarinah. ahaks... memang bikin aku senyum jela sarinah ni!!....

semoga ko berbahagia, sarinah.. aku doakan ko dilindungi Allah selalu dan ceria2.. ada masalah datang jumpa aku. insyaAllah, aku akan cuba setelkan. dun wori my dear.. i still ur fren as before.

Wednesday, July 8, 2009

pada 21 Jun yang lalu, kakiku mula menjejak di tanah Miri. debar aku hilang sebaik sahaja terpandangkan kawan aku dari kejauhan. mak dan abah juga lega. ameer menanti aku di airport sepertimana yang dijanji. bertunjangkan nasihat ani (adik kepada ameer) supaya 'mengerah tenaga' ameer untuk entertain kami di sini, rasanya aku buat2 muka tak malu.. pada 22 Jun aku mula melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sarawak, Miri sebagai pelatih KPLI j-QAF di sini. alhamdulillah, berbekalkan semangat yang lecturer UKM, ameer, ani dan seumpamanya.. aku bertekad untuk datang jua ke miri ni. sekiranya takde pengukuh2 ni, serasanya tak sampai kaki ni ke miri. mak juga, cuak utk lepaskan aku sendirian aku di sini. mengenangkan kawan aku ada di sini (ameer la, adehh.. sapa lagi kawan aku daa..) barula mak melepaskan aku pergi dgn lega hati!.
huhu.. IPGM Kampus Sarawak, Miri. pelatih IPGM Miri. ehehehe.. apapun, terima kasih pada kawan aku ameer smoga dia sejahtera dan tak boring2 sepanjang aku berada di sini.. aku doakan dia peroleh keberkatan hidup dan keberkatan mak dan bapanya.. aku juga doakan dia agar cepat2 kawin seperti mana adiknya yg pening memikirkan keadaan abangnya yg ntah bila nk menyesuaikan diri dengan perempuan dalam keadaan yang lama... insyaAllah, dik (ani). sekiranya Allah dah tetapkan jalann hidup ameer begini, begini la. pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. asam garam hidup, pengalaman bukan utk menakutkan kita untuk hidup bahkan mematangkan lagi dan menajamkan lagi skill hidup kita. insya Allah, doa adik juga amat2 dialukan untuk menambah berkat...

p/s: dijah.. aku ke sini bukan bercuti. tapi jqaf, jah!. aku bukan nk berniat utk tipu. tapi, aku malas nk ckp byk.. aku tgh pening dgn master aku ni. aku dah naik fedup.. serious badly, aku fed up.

Ketenangankah? kegusaran?


gambar yang aku petik pada 7 Julai 2009 jam 6 petang, di Pantai Miri Esplanade sungguh menenangkan jiwa. tetapi sekali ombak menghempas pantai, sekali hatiku berdetak!!.. roommateku, Juliza mengacau pasir nan indah dengan gambar muka kami yg tak seberapa ini. kami dah nak berpisah, aku akan mula bergerak ke tempat bertugas sehari dua lagi (sebaik sahaja urusan tiket2 siap dibereskan, samada tiket flight atau bas) ke Debak, Betong, Sarawak. manakala Jue akan stay di IPG selama 5 bulan utk memasuki kelas sepenuh masa KPLI.
mengusik pasir yang terhias terbentang dengan gambar2 kawan2 di IPG ini. semalam aku terus call pihak sekolah memaklumkan lapor diri melalui telefon terlebih dahulu. mana taknya, sepatutnya aku lapor diri pada 6 julai, senin lepas. tapi baru dapat tahu, nak buat mcm mana.

lecturer sini selalu suruh student2 sini ke pantai bagi menenangkan fikiran, jangan sampai terjun laut sudah la. bagi aku itu sebuah nikmat yang tidak terhingga dan aku patut merenungi lebih dalam makna dan hikmah yg didatangkan padaku ini.

dalam pada itu, mencari ketenangan.. sudah tentula kegusaran mengocak minda. dalam keadaan sekarang, aku tiada kelas, aku masih belum bergerak ke tempat bertugas nun di hujung penempatan ke sempadan Kuching, free time terlalu banyak utk aku abiskan, sudah tentu la merasa pelik sekiranya kegusaran mendatangi diriku..

'waris terdekat' aku di Miri ini rupanya sudah berpunya, bila aku dengar mcm tu..rasa berdentum kepala ni dan menggigil.. adakah datang satu lagi episod yang tidak, tidak dalam diriku? aku ingatkan waris terdekat ni takde sapa2 la punya, sebab itu aku berani keluar, bertelefon dengan dia. tup2, dah berpunya. even pn dia hanya couple yg belum disahkan secara legal, tapi bagi aku.. bila dah berpunya itu bermakna.."jangan kacau aku punya!!".. argghhh, Tuhan sekiranya telah Kau tetapkan aku datang sini dengan jodoh aku berada di sini di samping kerja aku di sini, Kau permudahkan la jalan aku.. ya Allah, aku mohon padaMu supaya permudahkan urusan aku. aku sungguh takut sekarang ini...