dah dua malam aku membelek kitab wahbah al-zuhayli, Fiqh wa Adilatuh. aku tgk bab jenayah. saje mengimbas semula apa yg telah aku belajar sem lepas. seronok juga tau selok-belok undang-undang dan menjatuhkan hukuman dan pencarian bukti ni.
dalam pada tu, aku teringat kak aziah, my classmate punya angan2. dia amat2 berminat untuk mendalami bidang undang2. mmg cita2 dia untuk mendalami bidang yg mencabar ni. masalahnya, dia dah jadi cikgu dan suaminya berpesan buat tesis berkenaan bidang kerja kita sekarang ni. jgn lari bidang, menyusahkan! kesiannnn kakak aku....
teringat juga pada kawan aku si majistret Ameershah. dia kawan aku sama2 belaja di UIA dulu. cuma course kami berlainan. pada dia la banyak aku merujuk hal2 undang2. walaupun dia sibuk dia tetap meluangkan masanya utk melayan aku. masalah stadi dan bahan assignment. terima kasih, meer. kini dia ditempatkan di Mahkamah Miri setelah beberapa tahun berada di Mahkamah Sibu. sebab tu, aku amat2 memerlukan dia dalam menjana pengetahuan aku di dalam bidang undang2 dan kehakiman. sehinggakan, aku rasa... wow, seronoknya belajar undang2 ni!!!... begitula yg aku dapat rasakan kini. (sebelum ni, jgn harap la aku nk pndang subjek undang2 ni, sebelah mata pun tak hinginnn.. ekekekeke)...
kadang2 aku rasa mcm nk putarkan semula waktu biar dapat kembali ke zaman aku degree dulu. aku nk kecap dan kejar seberapa banyak ilmu pada masa tu. tapi dah terlewat! kala ini, terlalu banyak komitmen yg aku kena hadapi dan masa aku terlalu singkat utk aku nk ulangkaji semula pelajaran2 masa2 lalu. em, banyak sangat alasann aku ni!!.. kalau hendak seribu daya laaaaaa, beb!
undang-undang banyak mengajar aku erti hidup dan keadilan. keadilan yg perlu diterapkan di mana2 sahaja. dalam kehidupan sebenar, toleransi perlu wujud. tetapi dalam mahkamah, toleransi... aku tatau aaaa.. ehehehhe...
(cuma yg aku tak tahan, kena hafal sejarahh.. sejarah inggeris pula tu.. itu part paling tak besttt bagi aku).. eehehehee
1 comment:
Assalamualaikum sahabat. Apa khabar?
Post a Comment