Saturday, June 28, 2008

IBNU BATTUTA – Pelayar Arab yang hebat

Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 20 tahun. Pengembaraan beliau mengambil masa 29 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua, iaitu Afrika dan Asia.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikannya.

Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

Malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan disembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

No comments: