lembah bujang. dekat sini aku sampai selepas majlis tunang adik aku. aku ke sini melawat saudara sekaligus mandi air terjun. masya Allah, sedap betul air terjunnya. bayangkan, mak sedara aku yg aku rasa tak teruja pun nak mandi laut, air terjun tiba2 boleh turun mandi!.. dengan tudung2 dan jubah sekali dia turun mandi. ekekekeke. aku pulak mmg pantang jumpa air terjun, pantang jumpa laut.. aku tak kira kena pakai tudung ke tak, aku tetap terjun!!.. seronok apa jumpa air. cuma aku tak selesa berada tempat yg agak terbuka dan orang ramai. aku akan cari tempat agak tersorok skit, biar pun di celah batu besar. ahaks. malu laa orang tgk perempuan tgh mandi. ye tak? takkan kamu tak malu kot?
gambar ni aku petik semasa kunjungan aku ke Lembaga Zakat Selangor. Penolong PEngarah ILIM bersama Pegawai LZS, Encik Akhtar Ismail. LZS terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin. LZS menguruskan pungutan dan agihan zakat sekaligus memantapkan kewangan Islam bagi negeri Selangor.
sekolah Jalan Tiga ni aku selalu lalu dihadapannya. aku selalu menumpang kereta Kak Aziah dan Kak Rosmiza. jadi mereka selalu singgah amik dan hantar anak mereka ke sekolah. sampai aku naik terhafal jalan2 yg deme berdua bawa aku.. baru kawasan bangi beb. ehehehe.
sebenarnya banyak lagi tempat yg dah aku tuju. contohnya padang besar, PErlis dan Bandar Baharu, Kedah sekaligus melintas PArit Buntar, PErak. aku ke sana menguruskan majlis adik aku pada penghujung Disember 2007. itu belum lagi yg ke selatan. Januari 2008, aku dan family selalu berulang alik ke kampung, Batu Pahat Johor. jika berkesempatan kami singgah di Air Hitam. februari 2008, aku ke Tampoi Johor. sepupu aku kawin a... ehehehe. kalau ke selatan ni aku agak terbiasa, sebab kampung aku pun kat johor. sedara aku pun kat johor. tempat lahir aku pun kat johor. ekekekeke.
No comments:
Post a Comment