Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Friday, January 23, 2009
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan..
dalam seminggu ni banyak kali aku jumpa si Shahril (berkemeja biru), budak UKM yang buat praktikal di PMWP semasa aku jadi part timer kat sana dulu.. Shahril, undergrade Jabatan Syariah (Jabatan aku juga tu) merupakan seorang yang amat sibuk dan berharga pada masa2nya. jadi, bila aku banyak kali terjumpa dia kali ni, musykil jugak aku. sebelum2 ni, memang jarangg sangat jumpa dia. then bila jumpa dia, topik pertama akan keluar adalah.... hal2 pejabat mufti laa. kebetulan dia buat tesis berkenaan institusi fatwa dan lokasinya di pejabat mufti sendiri.. maka, secara tidak langsung aku dapat juga berita dari sana.
actually, aku seharusnya ke PMWP lagi.. ustaz jamel (Kiri sekali - boss aku kat PMWP) ada pesan gel untuk pokoknya. so, itu jadi alasan yang tak berapa kukuh untuk aku menjengah ke sana.. sebenarnya rindu aku kat PMWP adalah alasan yang benar2 munasabah. tapi apa ada dgn PMWP? ahaks... aku pun tatau.
di sana, aku senang sekali bekerja. hati tenang dan lapang. minda cergas dengan ilmiah2 agama disamping duniawi.. cakap2 orang disana cakap yang telinga aku boleh terima, bukan cakap orang yang tidak bertamadun, bukan cakap yang bukan2...
pengalaman bercampur gaul dengan org korporat, orang berkerjaya, orang2 dewasa banyak memberikan impak berharga pada aku. gaya berurusan, gaya berpakaian, gaya bercakap, gaya membawa diri semuanya mengajar aku gaya bersosial dan bekerjaya. dan perlunya menghargai setiap apa yang datang pada kita....
latihan mencerap matahari menggunakan tadeloit (alah, aku lupa la nama sebenornya alat tu) bersama ustaz masri. bagaimana untuk memasang dari mula sehingga akhir dan membungkusnya masuk dlm kotak semula. dan satu lagi latihan mengukur kiblat. ada skala yang perlu dipatuhi supaya kiraan dan bacaan nya tepat dan tidak lari.
aaaa, pejabat mufti.. nantikan kehadiran akuu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment