Thursday, May 8, 2008

pelbagai perkara yang menghinggap...

arini 8 Mei 2008. aku baru aje habis final exam utk semester 3 aku di UKM. ah, leganya. lepas ni cuti.. :)
6 MEi aku dan ahli pasukan falak pejabat mufti WP ke menara Kuala Lumpur. first time menjejakkan kaki ke sana. jakun betul aku. dari jam 5 ptg bergerak dari pejabat mufti, sampai sana sebelum kul 6 ptg. jadi, kesana atas urusan mencerap anak bulan jamadil awal. sesampai aje di sana, terus kami memasang teodolait (alat mencerap). mulanya kami mencerap matahari, oleh kerana matahari menyorok di sebalik awan, maka kami tak dapat nk fokuskan bentuk matahari tu. hanya kami dapat mencerap anak bulan sahaja. anak bulan hanya kelihatan selama 20 minit dari jam 7.18 malam sehingga jam 7.55 mlm. lama juga tu. puas juga aa dapat tgk bagaimana anak bulan yg 'baru lahir'. halus aje bentuk sabitnya. dgn mata kasar pun dapat dilihat di langit. takjubnya kejadian Tuhan.


dalam pertengahan bulan Mac 2008, aku dapat offer utk bekerja. Offer datangnya dari Hasbi. sebenarnya Muhaimin yg dapat offer ni, pastu dia 'tolak' offer tu kepada aku pulak. jadi, Hasbi selaku pegawai kat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun call bertanyakan aku. so, after an interview skit2 aku pun menerima dan diterima bekerja separuh masa. actually, Hasbi adalah coursemate aku merangkap classmate aku kat UKM ni. ehehehehe... tapii, aku nak msuk bekerja ni ditapis juga ye mcm orang lain. takde istimewa2..


awal bulan MAc 2008 juga aku ada menghadiri kursus pengurusan zakat yang dianjurkan oleh ILIM, JAKIM, Bangi. seronok juga aku dapat tgk dunia baru ni. mau taknye, pesertanya adalah pegawai2 agama. tiba2 aku tercacak bersama peserta2 kat situ. kelakar pun jugak ni. tapi, bagus utk pengalaman aku.
januari/ Februari 2008 aku ke Riau. ikut adik aku settlekan urusan belajar di universiti sana. mak abah tak dapat pergi. jadi, kebetulan aku ada pasport maka aku pun ikutlah. masa datang naik bot 6 jam masuk ke pekan baru, riau. balik ikut Dumai-MElaka naik bot 2 jam. apa yg best? bagi aku, pengalaman melihat negeri orang yg amat2 berharga. bukan membeli belah yg aku kejarkan. cuma mungkin aku sering tercari2 apakah uniknya barang yg boleh aku jadikan kenangan di Malaysia ni.

No comments: