em, sekang ni UKM dan lain2 universiti kat Malaysia tengah bercuti... ada x de pun, cume short sem semasa cuti ni.. belajar dlm waktu bercuti..;)
percutian ini menelan masa selama 2 bulan lamanya..sehingga sekang aku telah bercuti lebih kurang sebulan..dan ada lg sebulan tempoh'honeymoon' aku..ehehehhehe...
sepanjang cuti ni..kerja aku..dok gi balik, gi balik melaka-bangi..aku ke UKM utk cari bahan tesis aku...bila aku boring aku balik melaka..melepakk, kemas rumah, tolong mak aku apa yg patut...yg pasti..dan aku sedar, kerja rumah pasti takkan abis walau diperuntukkan sehari semalam pun. aku jadi takjub sebenarnya...aku pelik sebab, org bekerja office, akan bekerja 8am-5am paling tidak pun, tapi suri rumahh..kerjanya dari awal subuh sampai ke malam terus-terusan bekerja..pelik aku!...
disamping menanti cuti yg kian abis, aku memenuhi jemputan kenduri kawin kawan2 aku, memenuhi tuntutan hobi aku-jahit baju, main komputer (yg ringan2 jek), kemas rumah..(memasakk tak minatt pulakkk, sib baik x minat makan...)...
em...ok aaa..nanti2 aku sambung lg..aku cari ayat gempak skit..baru segarrrr..kalau kena ayat 'lembik' jekkk, layuuu dennn ooo.ehehhehe
Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Thursday, May 24, 2007
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerimamusibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa.

Tuesday, May 22, 2007
alamakk..lupa intro aaaa..
aku bawakan khas dari....
ZAKAT PERNIAGAAN: POTENSI DAN CABARANDI ERA EKONOMI BARU
oleh Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak(UNITAR)
MUQADDIMAH
Dengan menjadikan zakat sebagai salah satu daripada rukun yang lima, Islam telah menganjurkan supaya manusia berusaha sekali gus untuk kehidupan di akhirat dan juga di dunia. Firman Allah (swt) yang bermaksud:
“Dan carilah dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu kehidupan diakhirat dan jangan kamu lupakan pula keperluan (nasib) kamu didunia”2
Adalah jelas daripada ayat ini, bahawa segala usaha kita adalah untuk akhirat. Walau pun demikian, usaha untuk akhirat inilah juga yang akan mendatangkan manfaat untuk kehidupan kita di dunia. Harus diingat bahawa usaha ke arah akhirat tidak semestinya terhad kepada fardhu ‘ain semata. Ini adalah salah sama sekali, kerana segala usaha yang baik (amal saleh) itu adalah ibadat jua. Bahkan bersama dengan isteri juga adalah ibadat. Ini merupakan salah satu daripada kelebihan dan keadilan Islam.
Keadilan Islam ini juga terdapat dalam penentuan zakat itu sendiri. Ia dikenakan atas harta dan kekayaan hanya jika sekiranya memenuhi segala syarat-syaratnya. Tidak ada dalam mana-mana perbahasan mengenai zakat yang mengenakan zakat atas lain daripada harta atau kekayaan. Maka antara masalah yang ketara sekali pada zaman ini ialah samaada kita boleh kenakan zakat atas ilmu kerana ekonomi kita kelak adalah berdasarkan ilmu. Untuk menjelaskan hal ini, kita perlu mengupas beberapa isu.
1. JENIS ZAKAT
Selain daripada zakat fitrah atau zakat al-fitr, Islam telah menentukan supaya zakat dibayar atas harta dan kekayaan yang berasal dari berbagai aktiviti. Mengikut Sheikh Dr.
Yusuf Al-Qardawi, beliau telah membahagikan zakat kepada sembilan kategori seperti berikut:
a) Zakat binatang ternak
b) Zakat emas dan perak
c) Zakat kekayaan dagang (trade)
d) Zakat pertanian
e) Zakat madu dan produk haiwan
f) Zakat barang tambang dan hasil laut
g) Zakat pelaburan fabrik, gedung dan lain-lain
i) Zakat pencarian dan profesi
j) Zakat saham dan obligasi
Pada umumnya yang diwajibkan zakat adalah harta dan kekayaan. Cuma yang penting kita memahami ialah, Islam telah menentukan supaya menjeniskan harta dan kekayaan itu mengikut puncanya atau sumbernya.
Oleh itu saya berpendapat bahawa sebenarnya dari sembilan yang dikategorikan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi, ia boleh disingkatkan kepada lima sahaja.
(a) Zakat ternakan (sama dengan a) di atas)
(b) Harta dan Kekayaan yang berpunca dari simpanan atau tabungan (iaitu emas danperak)
(c) Zakat perniagaan (sama dengan c), e), g), i) dan j) di atas)
(d) Zakat pertanian (sama dengan d) di atas); dan
(e) Zakat perlombongan atau rikaz (sama dengan f) di atas)
Yang berbeza antara penyenaraian Dr. M. Yusuf Al-Qardawi dengan saya ialah tentang zakat perniagaan sahaja. Saya mengumpulkan semuanya kerana pada saya ia tidaklah begitu berbeza. Penjenisan zakat mengikut punca kekayaan dan harta amat pentingkerana setiap satu darinya memberikan formula yang berbeza.
1 Kertas kerja untuk Konvensyen Zakat Kebangsaan, anjuran bersama Sekretariat Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZ) dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama AFTAAS Consulting SdnBhd di Renaissance Palm Garden Hotel, Putrajaya, pada 18 September 2001.
2 Surah Al-Qasas (28) ayat 772M.

Perihal zakat perniagaan..
Apakah dia zakat perniagaan??
Komoditi Perniagaan
1- Aset tetap adalah seperti alat-alat, bangunan, kereta dan jentera-jentera. Kesemua barangan seperti ini dikira sebagai aset tetap dan tidak dikenakan zakat, malah ia juga tidak termasuk di dalam barang yang dikenakan zakat.
2- Harta akan dikira sebagai barang perniagaan berdasarkan kepada niat mula-mula ia dibeli. Sekiranya seseorang itu membeli kereta dan ketika membeli itu dia berniat untuk kegunaan peribadi dan di dalam niat itu juga dia menyatakan bahawa dia akan menjual kereta tersebut sekiranya dia akan mendapat keuntungan, harta seperti ini tidak dikira sebagai harta yang wajib dikeluarkan zakat. Keadaan ini berbeza dengan seseorang yang membeli sejumlah kereta dengan niat untuk perniagaan dan ingin mendapatkan keuntungan, oleh yang demikian apabila dia menggunakan salah sebuah dari kereta-kereta tersebut, ini bermakna ia dikira dari harta perniagaan yang wajib dikeluarkan zakat.
3- Penaksiran harga barang perniagaan hendaklah dibuat mengikut harga borong sama ada barang tersebut dijual secara borong atau secara runcit. Pendapat ini di ambil dari Institusi Fekah di Mekah.
4- Para peniaga hendaklah mentaksirkan kekayaan perniagaannya dengan harga pasaran semasa, sama ada harga tersebut lebih rendah dari harga beli ataupun lebih tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan harga pasaran semasa ialah harga jualannya ketika zakat wajib dikeluarkan.
5- Apabila seseorang itu memiliki beberapa saham dan syarikat telah mengeluarkan zakat terhadap saham-saham tersebut, pemilik saham tersebut tidak wajib mengeluarkan zakat dari saham-sahamnya, ini bagi mengelak dari berlakunya pertindanan di dalam pembayaran zakat. Adapun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat, pemilik-pemilik saham tersebut wajib mengeluarkan zakat bagi saham-sahamnya dan kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% dari harga pasaran saham. Keadaan ini berlaku apabila dia menggunakan saham-sahamnya itu untuk diperniagakan (dijual-beli) tetapi jika dia menggunakan saham-sahamnya untuk mengambil manfaat dari hasil pendapatan tahunannya, dia hendaklah mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% dari hasil pendapatan tahunan saham-sahamnya, bukannya dari harga saham.
6- Berurusan dengan menggunakan bon adalah haram kerana ianya mengandungi faedah-faedah riba yang diharamkan, oleh yang demikian pemilik bon tersebut wajib mengeluarkan zakat setiap tahun terhadap harga asal bon dengan cara menggabungkan harga modal bon ke dalam hartanya mengikut nisab dan haul kemudian dia hendaklah mengeluarkan zakat bagi kesemua hartanya itu dengan kadar sebanyak 2.5% tanpa dicampurkan dengan faedah riba yang diperolehi.
7- Mengenai hutang pula sama ada orang lain berhutang dengan kita atau kita berhutang dengan orang lain, ia hendaklah dimasukkan ke dalam bab hutang, iaitu dikira dan ditolak segala hutang terlebih dahulu kemudian barulah dikeluarkan zakat.
Ehsan daripada: Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
http://zakat.al-islam.com/help/tegarahelp.asp?l=mal

Subscribe to:
Posts (Atom)