Wednesday, June 23, 2010

Selamat kembali ke Sarawak..

19 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu jam 7 pagi saya sudah berada di LCCT, Sepang.. sementara menanti penerbangan saya jam 8.20 pagi..saya sempat memainkan jemari saya dan button S2000 saya di lapangan tempat saya menunggu... lihatla..


saya boleh katakan tajuk untuk gambar di atas, "Sepi". saya gunakan mode twilight (mode gelap) bagi menampakkan suasana pagi yg ceria seperti suasana pada waktu maghrib. cantik juak tok. hihihi...

sesampai di lapangan Kuching jam 10.15 pagi.. saya bergegas mencari makanan... bah, laksa saghawak!! sementara menanti Nuri yg berada dalam flite selepas saya..sempat juga sy bermain dgn 'mata' saya. tengok jam nun, sepatutnye Nuri sudah berada bersama pada waktu tu (jam 11.44 pagi). penuh perhatian lelaki ini mencari kawannya dalam balai ketibaan... dan, Nuri melepaskan lelahnya di gambar sebelah. :)
suasana luar lapangan Kuching. cuaca panas amat membantu lighting gambar. sangat cantik! lihat gambar lelaki2 yg berpakaian Melayu.. snap secara curi pun mampu memberikan gambar yg memuaskan. (hihi, sori bro. baju kitak cantik ilak utk tatapan umum). mengambil semangat bola dan semangat Hari Gawai..amat menarik pada saya kerana terus dapat 'memakukan' mata saya pada objek.
bagi dua gambar sebelah atas.. anda lihat objek dekat jadi samar, manakala objek jauh jadi terang. ini saya gunakan mode 'landscape' dengan memakukan mata lensa untuk beberapa minit sebelum 'memetik'nya. dan dua gambar sebelah bawah pula, objek dekat jelas dan terang, manakala objek jauh jadi samar. ini saya gunakan mode potrait dgn soft background.

eiii... seronoknye dapat bermain dgn S2000 saya ni... serius!!

No comments: