Monday, December 21, 2009

Perjalanan di Semenanjung Malaysia

sebaik sahaja menjejakkan kaki ke lantai LCCT, Sepang pada 12 disember 2009, mak dah siap plan.. perghhh.. kononnya hati ni nak siapkan kerja2 di ukm seawal mungkin, sekali Allah dah tunjukkan pulak perancangan kita ni tak menepati seperti takdir yang telah Dia tetapkan. hihi.. redah je la, labu.
selasa nya, mula bergerak ke Kedah.. melawat besan mak yang berada di Bandar baharu, Kedah. tak sihat.



laluan2 yang dilalui sepanjang dari melaka ke sempadan perak-kedah.. dari jam 10 pagi bergerak sampai kedestinasi jam 5 ptg. hihi, maklumla, tak biasa menggunakan laluan ke utara. kalau takde besan mak tu, takde le nampaknya nk ke utara. huhu.... kemudian, rabunya begerak ke utara lagi..kali ni menjejakkan kaki ke padang besar, perlis. hidayah tak pernah sampai sini rupanya, jadi ni kire meraikan dia la yg pertama kali mencecah tanah perlis. ekekeke...





bila dah sampai padang besar..mak mesti dapatkan orkidnya. adeh.. tu ha..tgk mak bila dah dapat orkidnya.. padang besar mmg dah masuk kawasan zon bebas cukai, hampir sangat dgn hatyai. jadi, brg2 yg murah menjadi kegilaan pengunjung di sini. tp, bagi aku...apa yg nk dicari?? ada xada, cari beg roda untuk gantikan beg yg aku bawa masuk kargo baru2 ni.. patah besinya.. ahahaha, tak padan dgn tuannya, beg aje dah 20KG.. kui3..


selepas ke padang besar, terus bergerak ke kedah semula. sampai aje alor setar hari dah petang jam 5.. terus cari hotel la apalagi.. jap2, sempat lagi abah nak naik mende alah ni haa...


ha, kemain syok lagi abah tengok pemandangan kedah dari atas.. lepas je puas dok di 'atas kayangan', kami pun terus cari hotel berehat. esoknya, khamis pagi2 lagi kami turun ke lebuh raya utara-selatan.. menuju selatan... hihi..
jam 4 ptg, khamis singgah di nilai di rumah Dalila.. turunkan aku di nilai dan abah mak terus balik ke melaka... hihi.. ada lagi journey yg perlu kulalui.. hihi...

No comments: