selepas berumah di rumah Dalila, Nilai negeri sembilan semalaman.. jumaat pagi, awal muharam bergerak ke seremban..
dapat aje tiket bas jam 10.30 pg Seremban-Kuantan Transnasional, tak berlengah terus menunggu bas di terminal 2, seremban. serasanya bas ni bergerak lambat sangat.. dengan keadaan hujan sepanjang perjalanan (berkat betul perjalanan aku kali ni hujan rahmaat turun x renti2.. huhu). sampainya aku dan dalila di terminal makmur, kuantan pd jam 3 lebih petang. hujan lagi. terus cek-in hotel dan cari makan. hihi... kemudian tengok hujan takmo berenti.. terpaksa cancel kan pertemuan dengan 'kerinduan' aku pada haritu.. aduh, dah sarat tanggung rindu, lagi mahu bertangguh!.. sabarlah wahai hati..
sabtu, 19 disember.. perjalanan mencari kerinduan bermula.. ya Allah, berkatilah perjalanan hambaMu ini.. mencari kerinduan dan kedamaian hati.. bg memberkati perjalanan hidupku yang tinggal sisa2 ini... telah Kau kurniakan padaku teman berkelana yang amat2 prihatin akan keperluanMu.. kini aku mencari kedamaian hati dan keberkatan hidup pula.. yaAllah, permudahkan jalanku ini.. permudahkan urusanku ini..
buat masa ini. gambar2 sendiri tak dapat la nak amik.. banyak jadikan Dalila sebagai objek dalam koleksi gambar sendiri.. huhu.. ok, setibanya di KIPSAS.. apalagi, peluang2!! amik gambar.. ahaha.... selepas hujan reda, kami redah jalanraya.. menuju bandar...
ok, mau lihat kerinduan aku?? ni dia....
aku kehabisan kata2... aah, tinta bergerak la.. abiskan kata2 walau sekelumit bicara.. (ah, melihat dia mmg membuatkan aku tak terkata apa2...)
No comments:
Post a Comment