26 Julai 2008.. Lobi PTSL, UKM. aku baru jek nak update antivirus, frenster, blog... emel, segala macam laman yg seharusnya aku cek sebelum2 ni... baru ni berkesempatan... yuhu, at least sempat la jugak kan..
minggu ni segala macam berselirat dalam kepala aku. agak bingung (tak pening pun) sebab rasa mcm nk buat semuanya dalam keadaan serentak. poyo btull!!
minggu lepas cari umah sewa dan survey. minggu ni confirm dan terus masuk umah sewa. umah kat hentian kajang. berkongsi dengan 5 orang lagi dan semuanya student ukm. alhamdulillah. mujur!.. nampaknya semuanya bertudung dan mudah2an semua nya jaga solat... (aku ngeri orang tak jaga solat nii, seriauuuuuu)
kemudian, alhamdulillah aku dikhabarkan oleh bos aku kat pejabat (pejabat mufti) yg kontrak aku disambung lagi sampai thn depan. alhamdulillah, rezeki tesis aku aa tu. ada juga ongkos bila nk bergerak buat tesis aku ni. kalau tak keje, mau tergaru2 jugak kepala aku ni. mana nk cekauuuu duitt woooo...
tup2 ustaz (staf pejabat aku, semua lelaki dalam pejabat aku tu digelar ustaz), ustaz mazlisham peringatkan semua staf 2 ogos ni family day JAKIM bertempat di ILIM, bangi.. perghhhh, ni yg malassss nii.. si muhaimin (classmate aku masa master ni dan sekang menjawat jawatan pegawai jakim bhg penyelidikan) dah setuju nak pergi ke family day tu...
2 ogos ni dalam kepala aku dah berkira2.... kenduri kawin sabila (classmate ukm) di terengganu, kenduri kawin mardiana (schoolmate) di melaka, lepas tu ingatkan nk lepak kat kampung sambil tolong sepupu siapkan apa yg patut sementara kendurinya nanti 9 ogos... aduhaii, tup2 ada pulakk jakim family dayy.. aisehhh... lagi haruuu, PC Fair kat KLCC 1-3 ogos, beb!!!.... mana boleh terlepasssss!!...
apasal laa ramai nau gemar tarikh 2hb ni.. pelik betul!
semalam aku download lagu feels like tonight -chris daughtry.. lagi satu i'm yours-jason mraz.. sodappp wehhh... lagu indon pulak; tapi bukan aku-kerispatih.. huk alohh, sedihhh la sangatt. pelik aa pulak aku. lagi baik dengar lagu ungu-andai ku tahu.. terubat juga jiwa..
ok2, lagu, lagu juga.. solat jgn lupa. fun, fun jugak, batas (semuanya laa yg kena ada batas. batas padi ke batas sayur ke... apa2 je la batas) kena jaga sama. jgn sampai terlalu leka.
bak kata pakcik mamatnaiktrenrapid (ehehehehhe), semua blog serius jek, tak best aaa.. ahaks!
No comments:
Post a Comment