ok, sebelum tu.. sori, post yg lepas; tajuklain, kandungannya lain.. tp takpela ek.
ok, setelah lama tak buka blog dan baca blog, baru hari ni berkesempatan... aku pun tengok ameer punya blog.. utk ameer...
mula2 buka blog ameer, em... rasa mcm lain.. oh, rupanya background dah BERTUKARR!!! serasanya kita ada komen kat post ameer sebelum ni pasal hal ni.. kecil hati ke? maafkan saya ye. sy niat bergurau aje. tiada niat apa2 tersirat mahupun tersurat.
memandangkan blog ameer saya tak dapat cari post comment di mana letaknya, so saya komen di sini ajelah. harap2nya ameer terserempak la di sini.
em, kalau ameer berdepan dengan kes kematian sekang ni, saya pulak berdepan dengan kes orang luar (bukan warga tempatan) yg mahu menetap di negara ini seterusnya kes akidah. kes kematian memang mengharukan lebih2 lagi kepada yg dapat menginsafi diri dengan melihat kematian tersebut. bukan semua orang dapat berlaku begitu pada diri masing2.
pada simma ameer, bersyukurlah mama ameer dapat mejaga simma ameer sehingga ke akhir hayat. bukan mudah pengorbanan si anak utk jaga ibu bapanya sehingga saat akhir.. tapi, bagaimanakah kita nanti? adakah kita sebagai anak mampu menjejaki sebagaimana ibu bapa kita lakukan terhadap emak dan ayah mereka? saya sendiri melihat abah saya berulang alik dari melaka ke batu pahat setiap minggu dan setiap kali dapat emergency call dari kampung semasa nenek sebelah abah sakit. sakit tua nenek saya lama. dengan keadaan khidmat diri yg perlu orang uruskan, solatnya lagi (selalu telinga nenek saya terdengar2 azan sebelum waktu masuk). dengan keadaan anak yg lain tidak mahu menjaga kecuali anak yg tertentu sahaja (kerana sebab2 tertentu anak2 jadi begitu)... saya sedih melihat! sehingga ke saat nafasnya terakhir, saya bersyukur sangat nenek saya pergi jua akhirnya (sebabnya ameer, sya sendiri tak tahan melihat tanggungan nenek saya pada masa itu.. begitu pedih, begitu sakitt).. saya tak mahu tahu apa yg dia lakukan masa mudanya, biarlah dilipatan sejarah. alhamdulillah, anak2 yg menjaga nenek saya semuanya dapat melihat sendiri nenek sya menutup mata. saya berdoa, biarlah apa yg dilihat ini semuanya akan jadi pengajaran pada anak2 nya yg lain dan cucunya yg lain..
ok, berkenaan dengan adil!.. ahaks... 17 fail pd ameer, 17 fail lg pd kawan ameer... ehehehehe.. kalau dah lawyer tu,lawyer jugak laaa... perkataan adil tu takkan lepass!... ahakss... saya jugak suka gunakan perkataan adil. cuma menjadi kemusykilan saya, saya suka ckp kat adik2 saya, mesti adil...., adil itu, adil ini... adakah sebab saya anak sulung maka saya memandang semuanya mesti adil? atau mmg saya punya sikap sendiri yg berbentuk begitu?
segala2 yg berlaku... kita perlu bersyukur.. kita kena belajar.. kita kena memandang step backward and step forward.. supaya segalanya tidak akan menggelincirkan kita dari landasan hidup yg sepatutnya. kepada ameer, pilihlah 'kawan' yg tidak menjarakkan hubungan ameer dengan mama ameer.. itu paling penting.. percayalah!sebabnya, sedikit tercalar hati ibu, seluruh perkara yg kita buat segalanya tidak menjadi. kita berjaya hari ini berkat doa ibu, itu yg kita sbg anak selalu tidak tahu. jadi, jagailah hati mama ameer. (tapi kalau dah ada 'calonnya', apa lagi yg mampu den kato...terima seadanya. ehehhehe).
akhir sekali, meer. doakan saya dapat tamatkan stadi.. doakan saya murah rezeki.... terima kasih kawan..
Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Saturday, July 26, 2008
belajar, belajar, dan belajar...
26 Julai 2008.. Lobi PTSL, UKM. aku baru jek nak update antivirus, frenster, blog... emel, segala macam laman yg seharusnya aku cek sebelum2 ni... baru ni berkesempatan... yuhu, at least sempat la jugak kan..
minggu ni segala macam berselirat dalam kepala aku. agak bingung (tak pening pun) sebab rasa mcm nk buat semuanya dalam keadaan serentak. poyo btull!!
minggu lepas cari umah sewa dan survey. minggu ni confirm dan terus masuk umah sewa. umah kat hentian kajang. berkongsi dengan 5 orang lagi dan semuanya student ukm. alhamdulillah. mujur!.. nampaknya semuanya bertudung dan mudah2an semua nya jaga solat... (aku ngeri orang tak jaga solat nii, seriauuuuuu)
kemudian, alhamdulillah aku dikhabarkan oleh bos aku kat pejabat (pejabat mufti) yg kontrak aku disambung lagi sampai thn depan. alhamdulillah, rezeki tesis aku aa tu. ada juga ongkos bila nk bergerak buat tesis aku ni. kalau tak keje, mau tergaru2 jugak kepala aku ni. mana nk cekauuuu duitt woooo...
tup2 ustaz (staf pejabat aku, semua lelaki dalam pejabat aku tu digelar ustaz), ustaz mazlisham peringatkan semua staf 2 ogos ni family day JAKIM bertempat di ILIM, bangi.. perghhhh, ni yg malassss nii.. si muhaimin (classmate aku masa master ni dan sekang menjawat jawatan pegawai jakim bhg penyelidikan) dah setuju nak pergi ke family day tu...
2 ogos ni dalam kepala aku dah berkira2.... kenduri kawin sabila (classmate ukm) di terengganu, kenduri kawin mardiana (schoolmate) di melaka, lepas tu ingatkan nk lepak kat kampung sambil tolong sepupu siapkan apa yg patut sementara kendurinya nanti 9 ogos... aduhaii, tup2 ada pulakk jakim family dayy.. aisehhh... lagi haruuu, PC Fair kat KLCC 1-3 ogos, beb!!!.... mana boleh terlepasssss!!...
apasal laa ramai nau gemar tarikh 2hb ni.. pelik betul!
semalam aku download lagu feels like tonight -chris daughtry.. lagi satu i'm yours-jason mraz.. sodappp wehhh... lagu indon pulak; tapi bukan aku-kerispatih.. huk alohh, sedihhh la sangatt. pelik aa pulak aku. lagi baik dengar lagu ungu-andai ku tahu.. terubat juga jiwa..
ok2, lagu, lagu juga.. solat jgn lupa. fun, fun jugak, batas (semuanya laa yg kena ada batas. batas padi ke batas sayur ke... apa2 je la batas) kena jaga sama. jgn sampai terlalu leka.
bak kata pakcik mamatnaiktrenrapid (ehehehehhe), semua blog serius jek, tak best aaa.. ahaks!

Monday, July 7, 2008
KONTRAK SOSIAL
1. Banyak yang diperkatakan berkenaan Kontrak Sosial di Malaysia
2. Mungkin ada baiknya kita cuba faham akan konsep ini sebelum kita berbahas dengan lebih lanjut.
3. Jika kita kaji asal usul kontrak sosial kita akan dapati bahawa ianya adalah satu konsep bangsa Eropah yang diketengahkan para falsafah Eropah. Yang termasyhur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh.
4. Beliau enggan lari dan berhijrah ke bandar Greek yang lain kerana beliau percaya bahawa ia terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang Athens di mana dianya dilahir dan dibesarkan dan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut.
5. Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tidak ada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat primitif yang kecil. Yang ada hanyalah undang-undang "belantara" dimana yang kuat selalunya benar.
6. Apabila masyarakat berkembang terdapat keperluan undang-undang bagi mentadbir perilaku sesuatu masyarakat. Setiap warganegara komited terhadap perlunya hormat dan akur pada undang-undang. Pemahaman ini merupakan kontrak sosial walaupun tidak terdapat apa-apa pengakuan untuk hormat dan akur terhadap undang-undang secara lisan mahupun bertulis. Ini pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.
7. Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Tetapi rakyat yang behak menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, penjenayah dan warga asing tidak diberi hak sebagai warganegara dan tidak boleh memain peranan dalam kerajaan.
8. Sebahagian besar tamadun Eropah berasas kepada tamadun Greek. Tetapi apabila masyarakat berkembang besar adalah mustahil untuk mereka membuat penyertaan secara langsung didalam Kerajaan.
9. Pada satu peringkat, demokrasi ditolak dan sistem feudal diterima di mana raja memerintah dengan penuh hak ketuhanan. Ini merupakan bentuk Kerajaan yang terdapat di Asia. Bagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja juga merupaka satu bentuk kontrak sosial.
10. Kemudian feudalisme digantikan dengan sistem republik iaitu mengembalikan kepada rakyat kuasa Kerajaan.
11. Pelbagai bentuk republik telah wujud, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri berkenaan kerajaan Negara tersebut. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan-peraturan , setiap warganegara terikat dengannya. Tidak ada kontrak bertulis tetapi bagi orang asing yang menerima hak warganegara, pada lazimnya akan ada perakuan formal untuk menturuti sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu.
12. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada Negara berkenaan secara formal. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.
13. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.
14. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal.
15. Yang jelas, kontrak sosial adalah kefahaman secara umum seseorang warganegara untuk menghormati dan akur kepada undang-undang dan institusi sesebuah negara. Kontrak Sosial ini tidak terhad kepada mengurus perhubungannya dengan negara, Kerajaan dan institusi, tetapi juga perhubungannya dengan rakan senegaranya yang lain.
16. Saya akan menulis berkenaan kontrak sosial dan kesannya terhadap Malaysia selepas menerima komen terhadap rencana saya yang ini.
dipetik dari: www.chedet.com laman mahathir the blogger.
----------- --------- --------- ---++++++ +-------- --------- --------- ----
Visit : http://7thsphere. 100webspace. net/join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups. com

Subscribe to:
Posts (Atom)