14 jun saya berada di Kelantan bersama keluarga..dengan menaiki bas Transnasional 2 tingkat! wow, pengalaman baru menempuh perjalanan selama 11 jam dengan duduk di tingkat atas bas. alhamdulillah saya dan keluarga selamat pergi dan selamat pulang. kami sekadar bershopping di sekitar Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sahaja. itu pun sudah memakan satu hari kami.. penuh tangan2 kami dengan barang2 yg dicari.. :)
terlalu lama saya tidak ke kelantan semenjak Yen (adik lelaki sy berbaju merah) tu abis PMR di sana (sekarang dia berumur 23 tahun. hihi) kini kami mengulang nostalgia di tanah kelantan... di sana sini kelihatan iklan billboard bertulisan jawi, mampukah anda membaca nye? jeng, jeng, jeng...!! hehehe
sekitar ruangan Pasar Siti Khadijah, begini lah ruangan jualan yg sesak dgn barangan... dari barangan kering sehinggalah kepada barangan basah. barangan perkahwinan, periuk2 sehingga kepada kain2 pasang..
tgk si Nani rambang mata melihat deretan tudung berwarna-warni.. mak pula melihat kain2 yg hendak dibeli.. hihi
gambar seterusnye adalah gambar ikan yg dibuat dari belon berwarna-warni. gambar belon2 ikan dan hidupan laut ni saya ambil di Jaya Jusco Melaka. Masa tu berjumpa bakal pengantin baru, Zila (bertudung hitam) dan emaknya (bertudung hijau). jadi, sempat la bergurau senda sebelum beliau melangkah ke gerbang baru hidup nya. hihi.. (bah, sedap Asam Pedas yang kami makan tu...)
Perigi Hang Tuah memang terkenal di Melaka. tapi saya tak pernah pun sampai ke sana. hihihi... gambar sebelah Perigi hang tuah tu adalah persimpangan jalan di Bandar Hilir, Melaka. berhampiran dengan Mahkota Hotel dan Mahkota Medical Centre. (ops, boleh tahan juga gambar bertiga dgn zila ni.. gambo semasa menuruni eskalator. hihi)
gambar di bawah ini adalah gambar di Ayer Hitam, Johor. saya sempat balik kampung di Batu Pahat dan singgah sebentar di Ayer Hitam untuk mencari barang2 kenduri adik saya. sini sangat murah dan banyak pilihan. mak sangat sukakannya. Saya suka tengok tembikar2 di sini..macam2 rupa ada. lihatla..
Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Wednesday, June 23, 2010
Selamat kembali ke Sarawak..
19 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu jam 7 pagi saya sudah berada di LCCT, Sepang.. sementara menanti penerbangan saya jam 8.20 pagi..saya sempat memainkan jemari saya dan button S2000 saya di lapangan tempat saya menunggu... lihatla..
saya boleh katakan tajuk untuk gambar di atas, "Sepi". saya gunakan mode twilight (mode gelap) bagi menampakkan suasana pagi yg ceria seperti suasana pada waktu maghrib. cantik juak tok. hihihi...
sesampai di lapangan Kuching jam 10.15 pagi.. saya bergegas mencari makanan... bah, laksa saghawak!! sementara menanti Nuri yg berada dalam flite selepas saya..sempat juga sy bermain dgn 'mata' saya. tengok jam nun, sepatutnye Nuri sudah berada bersama pada waktu tu (jam 11.44 pagi). penuh perhatian lelaki ini mencari kawannya dalam balai ketibaan... dan, Nuri melepaskan lelahnya di gambar sebelah. :)
suasana luar lapangan Kuching. cuaca panas amat membantu lighting gambar. sangat cantik! lihat gambar lelaki2 yg berpakaian Melayu.. snap secara curi pun mampu memberikan gambar yg memuaskan. (hihi, sori bro. baju kitak cantik ilak utk tatapan umum). mengambil semangat bola dan semangat Hari Gawai..amat menarik pada saya kerana terus dapat 'memakukan' mata saya pada objek.
bagi dua gambar sebelah atas.. anda lihat objek dekat jadi samar, manakala objek jauh jadi terang. ini saya gunakan mode 'landscape' dengan memakukan mata lensa untuk beberapa minit sebelum 'memetik'nya. dan dua gambar sebelah bawah pula, objek dekat jelas dan terang, manakala objek jauh jadi samar. ini saya gunakan mode potrait dgn soft background.
eiii... seronoknye dapat bermain dgn S2000 saya ni... serius!!

Subscribe to:
Posts (Atom)