Friday, November 7, 2008

Wahbah al-Zuhayli

asalnya aku mencari kitab fiqh al-islamiy wa adilatuhu... tetiba aku rasa... nk kongsi dgn perkara yang aku tau dan dapat ni... marilah...

Wahbah al-Zuhayli merupakan seorang tokoh ulamak abad ke-20 yang terkenal dari Syria. Namanya sebaris dengan tokoh-tokoh tafsir dan fuqaha yang telah berjasa dalam dunia keilmuan Islam abad ke-20 seperti Tahir Ashur yang mengarang tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Said Hawwa dalam Asas fi al-Tafsir, Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Sementara dari segi fuqaha, namanya sebaris dengan Muhammad Abu Zahrah, Mahmud Shaltut, Ali Muhammad al-Khafif, Abdul Ghani Abdul Khaliq dan Muhammad Salam Madkur.

Wahbah al-Zuhayli dilahirkan di sebuah desa Dir Atiyyah, daerah Qalmun, Damsyiq, Syria pada tahun 6 Mac 1932/1351. Bapanya Haji Mustafa al-Zuhayli merupakan seorang yang terkenal dengan kesolehan dan ketakwaan. Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga dan sentiasa memberi semangat kepada anak-anaknya untuk menuntut ilmu. Bapanya seorang hafiz yang sentiasa membaca al-Quran setiap malam dari jam dua pagi sehingga terbit fajar. Ibunya bernama Hajah Fatimah bin Mustafa Sa’adah, seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama. Beliau meninggal dunia pada 13 Mac 1984.
Beliau mendapat didikan awal peringkat rendah dan kuttab (tadika) di desanya. Pada tahun 1946, beliau memasuki peringkat menengah di Kolej Syariah di Damsyiq selama enam tahun sehingga tahun 1952. Wahbah al-Zuhayli telah berjaya mendapat pangkat cemerlang dalam peringkat menengah tersebut sebelum berhijrah ke bumi Mesir. Di Mesir, beliau belajar dengan memasuki beberapa kuliah dalam beberapa universiti di Kaherah dalam waktu yang sama iaitu kuliah Syariah dan kuliah Bahasa Arab di Universiti al-Azhar dan kuliah Undang-Undang di Universiti Ain Syam. Ketika itu, beliau memperolehi ijazah seperti berikut :
i. Ijazah B.A dalam Kuliah Syariah Universiti al-Azhar pada tahun 1956. Beliau mendapat tempat pertama dari kalangan keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhasus Pendidikan dari Kuliah Bahasa Arab Universiti al-Azhar pada tahun 1957
iii. Ijazah B.A Dari Kuliah Undang-Undang dari Universiti Ain Syam pada tahun 1957.

Dalam masa lima tahun beliau telah memperolehi tiga ijazah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kaherah selama dua tahun dan tamat pada tahun 1957. Tajuk tesis peringkat M.A ini ialah al-Zira’i fi al-Siyasah al-Shar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami. Beliau meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di universiti yang sama dengan tajuk tesis Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami – Kajian Perbandingan di bawah penyeliaan Dr. Muhammad Salam Madkur. Pada tahun 1963, beliau telah berjaya memperolehi Ph.D dengan pangkat cemerlang dari lujnah munaqasah terdiri daripada Muhammad Abu Zahrah dan Dr. Hafiz Ghanim yang merupakan Menteri Pendidikan Tinggi.

Dari sini jelas kepada kita, kegigihan Wahbah al-Zuhayli di pelajaran dalam setiap peringkat dan sentiasa mengasingkan diri untuk mengkaji dan membaca buku-buku sejak di kolej Syariah, Damsyiq lagi. Beliau juga mengabungkan antara pengajian Syariah dan Undang-Undang yang membolehkannya dapat memahami realiti semasa dengan mudah. Di samping itu, pengajian undang-undang memudahkannya meningkatkan bakat penulisannya yang sudah terserlah itu.


Wahbah al-Zuhayli di mata rakan-rakanya.

Said Ramadhan al-Buty mengenalinya sejak tahun 1954 di Universiti al-Aِzhar. Pada ketika itu, beliau mengenali Wahbah melalui dua perkara sahaja iaitu melalui pemakaian serban putih yang mana pada masa itu ia agak janggal di Mesir. Keduanya ialah cara berjalan yang cergas, tegap dan cepat dalam setiap waktu dan suasana. Perhubungn bertambah akrab apabila mereka mula bertugas di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Hubungan bertambah akrab disebabkan dua perkara iaitu Said Ra,adhn al-Buty merupakan antara orang yang pertama membaca risalah Ph.D Wahbah al-Zuhayli yang diperolehi dari Universiti Kaherah. Keduanya beliau mendapati pada diri Wahbah al-Zuhayli akhlak yang mulia sama ada dari segi ibadat dan pandangannya yang sederhana dan tidak menyalahi pendapat jumhur ulamak yang masyhur. Beliau juga terkenal seorang yang ikhlas dan tidak mengharapkan habuan dunia. Ramadhan al-Buti mengakui kelebihan Wahbah al-Zuhayli sebagai seorang yang gigih mengarang terutama dalam menyiapkan Tafsir al-Munir yang melebihi 32 juzuk sebanyak 16 jilid dalam masa lima tahun semasa bertugas di Emiriat Arab Bersatu(UAE).

Menurut adiknya, Muhammad al-Zuhayli, beliau seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dari segi waktu dan peraturan yang menyebabkan beliau dapat mengarang buku-buku dengan banyak terutama mengarang pada waktu subuh yang amat diberkati Allah. Beliau kurang menyenangi apabila orang melanggar disiplin, temujanji dan melambatkan tugas. Sejak kecil lagi, Wahbah al-Zuhayli dipanggil oleh bapa mereka sebagai Syeikh al-Islam. Ternyata apa yang difirasatkan oleh ayahnya kini menjadi satu kenyataan apabila beliau menerbitkan al-Tafsir al-Munir, Fiqh al-Islami dan lain-lain buku dalam pasaran sekarang dan menjadi seorang ulamak terkenal abad ini. Penulis teringat semasa pertemuan dengan Wahbah al-Zuhaili pada 22 November 2006, yang mana rombongan kami lewat tiba di rumahnya. Lalu beliau menelifon dan kurang menyenangi kelewatan rombongan tersebut. Ini menunjukkan ketegasan beliau dalam menepati janji dan masa.

** cedukan maklumat dari: http://www.mindamadani.my/content/view/165/2/

Monday, November 3, 2008

2 November 2008

2 Nov mak, abah, mak jam berangkat ke tanah suci. penerbangan terus Kuala Lumpur- madinah berlepas jam 1.30 pagi waktu malaysia dan mendarat di tanah madinah pada subuh waktu madinah. alhamdulillah, mak dan abah sampai juga hajat menunaikan sekali lagi haji selepas lebih kurang 20 tahun lepas menunaikan rukun islam yang ke 5 ni.

em, sekian lama tak menjejakkan kaki di kompleks tabung haji, tempat mak, abah daftar masuk utk pergi haji.. membuat kan aku terlopong...memang lama sangat aku dah tak ke tempat ni.. apapun. sampai awal ke kompleks merupakan bonus. parking mudah cari, tempat duduk pun mudah cop, tempat solat dan berjumpa dgn sanak saudara yg di kawasan lembah kelang sempat meluangkan masa bersama walaupun seketika cuma.

apapun, aku... seperti biasa akan mengelakkk dari suasana sedih... lalu, apabila sampai masa mak, abah, mak jam bertolak... salam-salam dan menyampaikan pesan..aku hanya salam tanpa kata..lepas tu aku buat bodoooo jek, padahal dalam hati tgh tahan sebak ni... lepas dah ok, aku pun buat perangai bengong aku... jadi, tak sedihh laa... sekali org nengok, seolahnya aku takde perasaan. seolahnya mcm aku tak kisah pun mak pergi... tapi semua tu aku pk...mak, abah aku nk pergi beribadat, nk g enjoy.. jadi, buat apa nk susah2 hati, sedih2..? biarlah pergi dgn senyum, ye tak? biarlah...

cuma, aku akan nantikan panggilan mak, abah aku dari sana.. sepanjang 45 hari mak, abah aku kat tanah suci.. aku akan berulang alik UKM-melaka.. ehehehehe...apapun, selamat balik, mak!... ehehehe.. dah jauh, baru tau rindu... apa la nk jadi dgn aku ni kan!