Sunday, October 23, 2011

Zikir Harian


Jaga mulutmu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diammu lebih baik daripada bercakap-cakap kosong yang mengundang dosa. Kerana pulutla santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati Allah s.w.t. Tak kira dimana dan apa jua yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah swt. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Berzikir tidak semestinya berada diatas sejadah. Boleh berzikir ketika memandu kereta ke tempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, ketika sedang membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi selama2nya. Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kesana? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.



Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari: