Monday, November 30, 2009

Labuan: Eid Adha hari pertama

dari miri aku bergerak ke labuan jam 11 pagi pada pagi raya haji. terus di jemput dengan abang Mamat, sepupu aku ke rumahnya Lazenda Villa 2. borak punya borak, anak buah kak mala pulak sampai dari KK. datang bersama 2 orang rakannya, perempuan kesemuanya.



sebelah petangnya, aku berlima bergerak memusing pulau... sampai sesat dan asyik jumpa jalan mati jek.. ahaha...



Barbeque pada malam raya pertama... petang raya sempat lagi jalan2 tepi laut tengok kapal2 berlabuh... barula tahu buat black pepper sauce begitu mudah dan senang. cukup dgn black pepper, air dan butter.
malamnya sempat pulak pegi rumah Achu, utk lepak2 sana bujang2an... dan tido.. hehehee....

Labuan: Eid Adha hari kedua.




pagi2 lagi kami sudah keluar untuk menikmati cahaya pagi di labuan. keadaan rumah2 disini, masih tinggi. cantiknya laut dari sisi Universiti Malaysia Sabah, takjubnya. lalu pula di Labuan Teleport.. sempat juga singgah masuk Hospital Labuan untuk meninjau keadaan. dah berjalan2 dengan doktor, jadi hospital masih menjadi subjek dan topik utama kami... hihihi...





Dataran Labuan menyusur ke Jabatan laut dan Jeti. dalam perjalanan nak masuk bandar, ternampak Mahkamah syariah, bersebelahan masjid!... dlm tempoh nak cari parking untuk sarapan pagi, ternampak la Lancer!... perghhh..... banyak betul Lancer di labuan ni... mesti adik aku jeless kalau dapat ke labuan ni. Malindo kami tuju untuk sarapan pagi. huhu


bandar labuan serupa lebih kurang susunan mcm di miri dan sibu..kedai dua tingkat merata.. ada bazar labuan sempat kami singgah... selalunya dalila la yg jadi objek bg gambar aku.. hihi.. pasar di labuan bersih betul... kedai kain yg kami singgah, niha..affordable price.. murah sikit berbanding tmpat lain.. minyak wangi dengan coklat mmg terkenal murah2nya...




Jeti, hantar shasha (anak saudara kak mala..) dengan 2 orang kawannya yang nak ke KK. canggih juga jeti ni, dah mcm airport la pulak.. opss, honda accord.. baru RM94K kat labuan?? ah, syoknye dengar.. hihi...

Labuan: Eid Adha.. hari akhir.




em, suka pulak tgk pelekat di cermin belakang keta ni.... aishh! yg bestnya di labuan ni, dapat main buaian yg sekian lamanya x naik dan x main.. hihi, lepas geram nih!... coklat sebagai kudap2an utk tetamu berbual. sanggup redah malam semata2 cari buah durian di bandar... ahaha




Memorial Park. sangkakan memorial untuk kristian sahaja, rupanya campur agama!... Islam pun ada... niha, i tunjuk kat u yg islam punya ek. memorial park ni adalah memorial askar2 dari pelbagai negara yang berkhidmat untuk inggeris. kebanyakkannya mati pada usia seawal 23, 24 tahun.. isk2, terasa sia2nya diri.. pergi berperang, tetapi bukan untuk negara sendiri, berperang untuk kepentingan inggeris!... syahdu nian.




Kawasan tentera merata2 di sekeliling pulau. sampai bertembung dengan jalan mati ke pangkalan tentera. hihi... jika miri terkenal dengan muzium shell nya, labuan pula dengan muzium marin nya. pinjam muka dalila untuk gambar2 ni... hihi





Ujana Kewangan (UK) satu2nya shopping complex yg ada di Labuan. pabila kaki menjejakkan kaki ke Bazar Labuan, mata terus tertangkap dengan aksesori wanita dari kristal.. murah sangat dan berbaloi!.. siap shopping, kami makan dan cari coklat.. ha, sebeg kertas tu kami beli..beratt!!


ahad 29 November jam 3 petang, Kapal ATR telah membawa aku kembali ke Miri. sampai saat nak balik pun, Dalila boleh lagi terpikat dengan cincin platinum couple di diamoney.. isk2, udah le tu. moh le kita balik dalila...