dalam seminggu ni banyak kali aku jumpa si Shahril (berkemeja biru), budak UKM yang buat praktikal di PMWP semasa aku jadi part timer kat sana dulu.. Shahril, undergrade Jabatan Syariah (Jabatan aku juga tu) merupakan seorang yang amat sibuk dan berharga pada masa2nya. jadi, bila aku banyak kali terjumpa dia kali ni, musykil jugak aku. sebelum2 ni, memang jarangg sangat jumpa dia. then bila jumpa dia, topik pertama akan keluar adalah.... hal2 pejabat mufti laa. kebetulan dia buat tesis berkenaan institusi fatwa dan lokasinya di pejabat mufti sendiri.. maka, secara tidak langsung aku dapat juga berita dari sana.
di sana, aku senang sekali bekerja. hati tenang dan lapang. minda cergas dengan ilmiah2 agama disamping duniawi.. cakap2 orang disana cakap yang telinga aku boleh terima, bukan cakap orang yang tidak bertamadun, bukan cakap yang bukan2...
latihan mencerap matahari menggunakan tadeloit (alah, aku lupa la nama sebenornya alat tu) bersama ustaz masri. bagaimana untuk memasang dari mula sehingga akhir dan membungkusnya masuk dlm kotak semula. dan satu lagi latihan mengukur kiblat. ada skala yang perlu dipatuhi supaya kiraan dan bacaan nya tepat dan tidak lari.
aaaa, pejabat mufti.. nantikan kehadiran akuu...
No comments:
Post a Comment