Saturday, August 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


adeiii.. terteleng-teleng kepala lembu ni tengok.. apa agaknye yang sedang ditengok agaknya... atau dia terdengarr pisau sedang diasah agaknya.

Hari raya menjelma lagi... ramdhan kan berlalu pergi. persiapan raya sudah siap sebelum ramadhan lagi. tapi persiapan ramadhan yg bagaimana pula?

aduiii, terkenangkan sehari dua lagi nak raya badannn penat dek persiapan raya, alahaiiii.. lomah nyo rasooo. hihihi

tu haaa, tomato dah menunggu tuk dikupas! jangan ditempel kat muka... tapi dipotong dibuat rencahh kuah uiiiii... hihi

selamat hari raya rakan-rakan semua



Monday, July 25, 2011

patutkah saya.....

hehehe.. patutkah saya mencari sinar begini? untuk menenangkan minda.... (ecewaaahhhh)..



tiba2 rasa nak mencari lampu ni laaa.... lampu garam ni.. biar dapat tangkap habuk dalam rumah ni.. banyak bebeno habuk, baru kejap bersihkan, dah sampai lagi habuk.. kesabaran yang teramat je la jawabnya.. sabo2... tapi larat ke nak bayo duit api...? hihi.. adeii.. dan satu lagi... mana plak nak dapatkan mende alah ni sementelah saya di daerah sepi ni... ada ke jual di sarikei nun?? huhuhu



bestnye kalau ada lampu tido macam ni.. hehehe.. berangan..berangannn berangan lagiii....

oh ya.. alang-alang dah saya nengok lampu garam ni.. ni saya nak share sikit maklumat yg saya dapat ni.. meh le sini kat saya ni... saya bacakan..:

Lampu Garam Bukit

Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit.
Fungsi lampu ini:

- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.

- Megurangkan pencemaran udara

- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma

- Menyembuhkan luka akibat terbakar

- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria

- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah

- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita

- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema

- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi

- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung

- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar

- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

alhamdulilah, saya rasa bagus juga ni kan?? bayangkan kalau berada di air terjun dan sungai2... mendamaikannnn.... menyejukkan minda... bestnyaaaa..... ion negatif berterbangannn di kawasan sana... meresap masuk ke dalam badan kita dan meneutralkan ion2 dalam badan danminda kita.... segarr nya.. (alamak, terlebihhh pula amik napas... hehehe)

Sunday, July 24, 2011

Selamat Datang Ramadhan 1432H

Ramadhan datang lagi... untuk kesekian kalinya... alhamdulillahh kita masih dihidupkan lagi untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun ini... insyaAllahh... dapat la kita menambahkan amal dan pahala di dalam bulan barakah ini..

semasa menonton tv3 baru2 ini.. saya terkedu apabila mendengar penceramah undangan tv3 memberitahu kisah Imam Malik (salah seorang ulama dan imam besar mazhab yang 4 iaitu mazhab maliki) guru kepada Imam Syafi'e tatkala sampai nye bulan Ramadhan. Imam Malik sangat suka membaca hadis-hadis, hari2 membaca hadis. apabila datang Ramadhan Imam Malik pergi ke tempat penyimpanan buku2 dan kitab2 hadisnya dan berkata pada kitabnya, "aku terpaksa berpisah buat sementara waktu denganmu, bukan kerana aku tak cinta hadis Rasul ku tetapi kini telah tiba Ramadhan untuk aku menumpukan perhatianku kepada al-Quran pula"..

masyaAllahhhhhh.... kalau la kita dapat meniru gaya Imam Malik dan mengikut jejak langkah sufi nya.. Allahu Akbar.. Allah sahaja yg dapat membalasnya....

Thursday, July 14, 2011

Istiadat Konvokesyen Diploma Perguruan 2011


pada 7 julai 2011, hari khamis telah diadakan istiadat konvokesyen bersama IPGK Tun Abdul Razak, Samarahan dan IPGK Sarawak, Miri yang diadakan di IPGK TAR. telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sarawak.



majlis berwarna-warni ini diserikan dengan paluan gamelan, orkestra dan koir dari pelatih2 IPGK TAR sendiri... jemputan2 terdiri daripada ahli keluarga graduan memeriahkan suasana.



yahooooooooooooo... saya dah grad!!.. grad dan konvo kali kedua... sangat manis dirasakan saat ini.... cuma mak saya mahukan saya konvo sekali lagi.. adeiii.. nanti ok mak.. tunggu rezeki dan mood belajar datang lagi.. ngeh3.... sekarang bagi saya bernafas dulu... penatt woooo ulang alik betong-miri semata-mata pegi belaja (ceh, alasaannnn!!.. kah3)

Wednesday, July 13, 2011

antara kehendak dan keinginan....

macam-macam la saya ni.... dulu sibuk nak makan asam.. bila dah dapat asam, x abiskan pula. pastu sibuk jengok2 jubah pula.... tapi tak beli juga... merajuk2 la adik saya di kampung tu (duit takde dik... hehehe)

sekarang kereta pula... alahai, tang ni lagi pening kepala. biarla... rungsing fikir pasal hal ni...

antara kehendak yang bermacam2 hendak disediakan untuk diri sendiri dan keluarga..dan keinginan untuk mencari sesuatu yang lebih baik.... buleh tahan juga nafsu hendak itu ini nih.. wahhh, last2 baik dok berkepung dalam bilik... dan dok diam2 atas katil.... x payah bersuara dan berfikir.. tenangkan fikiran jek. lalalalla....

Thursday, February 24, 2011

selamat datang tahun 2011

selamat datang tahun 2011... sudah masuk bulan 2..penghujung. bulan 3 sudah melambai2 datang.. saya baru aje berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog saya..

tahun baru, tahun baru cina, thaipusam, maulidur rasul sudah pun berlalu.... dan pelbagai perayaan dan keraian bakal menunggu kita.. jangan kita terleka..pasti masa berlari meninggalkan kita..

debaran menunggu penempatan guru sudah selesaiii dan ditempatkan di sekolah yang sama dengan sebelum ini. debak, betong, sarawak. jadi, memulakan kerjaya guru tatkala murid sudah 2 bulan belajar amat menyentak perasaan saya sebenarnya.. (sbb kena lari 'marathon' terhadap subjek2 yg diajar dan suasana sekolah yg baru untuk 2011...hehehe...)..

apapun, jumpa lagi.. saya sangat senang dengan anda....

Monday, October 25, 2010

CUBAAN pertama...

al-kisahnya saya bangun pagi.... saya buka laptop...terus tangan saya mencari gambar ini.... dan memulakan tarian...... saya cube itu, saya cube ini....sambil2 menunggu hari cerah....



kemudian, saya teringat satu gambar yg pernah saya lihat ada tulisan kecil besar yg ditindih2..saya cube pula untuk letakkan di sini.. ops, x berapa nk menjadi... hihi. mcm mna ye diaorang buat tulisan tu..hmm

haaa, inilah penyudahnye hasil tangan yg saya sempat buat di pagi hari....apa maciam? buleh komen x? saya tak pro pun, tp suka tgk gambar2 yg kawan2 lain buat dan edit... saya cube2 aje ni.. hihi...

psstt, tulisan2 tu adalah lirik lagu. ekekeke.... saya copy paste masuk jek dlm gmbo.. haha

Friday, October 8, 2010

HANTARAN AL-QURAN

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...fikir-fikirkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.. “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah. “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. “Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad. “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil. “ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. “ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. “ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Saturday, September 18, 2010

Dari saya dan keluarga..


Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Mudah-mudahan kita ketemu lagi dengan Ramadhan dan aidilfitri pada tahun hadapan.. pada kawan-kawan dan saudara mara yang tak sempat ditemui...Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin...

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


salam eid fitri untuk tahun 2010. maaf zahir dan batin kepada kenalan2 saya, kepada yg mengenali saya...kepada yang terkena singgung bahasa saya dan termerajuk dengan saya..saya mohon maaf kirenya saya buat tanpa sedar ataupun sengaja...

bulan puasa kali ni saya cukup2 berat untuk memegang laptop dan membuka internet. saya sendiri pun hairan dengan diri saya. selalunya saya susah nk berenggang dengan internet. tapi, x apa la. pasti ada yg berlaku dan Allah tak mahu saya ketahuinye mungkin...

hari raya datang lagi. kali ni keluarga saya suda mempersiapkan baju merah untuk bertemu dengan saudara mara
kali ni, adik lelaki saya sorang aje takde. beraya dirumah mertua nya, di kedah. apalagi, kami yang tinggal ni pungut le duit2 raya dari pak/mak sedara.. yahooo... hihihi...

sempat juak molah dodol..tp sik banyak..berat kargo.. ngeh3...