Saturday, September 18, 2010

Dari saya dan keluarga..


Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Mudah-mudahan kita ketemu lagi dengan Ramadhan dan aidilfitri pada tahun hadapan.. pada kawan-kawan dan saudara mara yang tak sempat ditemui...Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin...

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


salam eid fitri untuk tahun 2010. maaf zahir dan batin kepada kenalan2 saya, kepada yg mengenali saya...kepada yang terkena singgung bahasa saya dan termerajuk dengan saya..saya mohon maaf kirenya saya buat tanpa sedar ataupun sengaja...

bulan puasa kali ni saya cukup2 berat untuk memegang laptop dan membuka internet. saya sendiri pun hairan dengan diri saya. selalunya saya susah nk berenggang dengan internet. tapi, x apa la. pasti ada yg berlaku dan Allah tak mahu saya ketahuinye mungkin...

hari raya datang lagi. kali ni keluarga saya suda mempersiapkan baju merah untuk bertemu dengan saudara mara
kali ni, adik lelaki saya sorang aje takde. beraya dirumah mertua nya, di kedah. apalagi, kami yang tinggal ni pungut le duit2 raya dari pak/mak sedara.. yahooo... hihihi...

sempat juak molah dodol..tp sik banyak..berat kargo.. ngeh3...

Friday, August 27, 2010

kali kedua berpuasa di sarawak..

salam ramadhan. salam sejahtera. lamanya tak pegang internet.

pelik pulak dgn diri saya ni sebab sebelum ni saya tak buleh berenggang dgn internet tapi kali ni berjarak betul saya dengan internet. isk2....takjub2 dengan diri sndiri.

hari2.. bersahur jam 4 pagi..tunggu subuh, lepastu lelapkan mata kejap. gi sekolah.. balik sekolah sambung tido. keh3... jam 4ptg atau 5 ptg masuk dapur. tgk apa yg buleh dimasak... jam 6.45ptg berbuka. terus solat maghrib, relex. jam 7.45mlm kelam kabut gi surau sekolah nk terawih. siap terawih jam 8.45mlm, moreh sampai jam 9.20mlm. hahahaa....

hari2 mcm tu. adei.. rutin betul la saya ni ek.

Jangan Kahwin yang ENAM

Yen, adik saya ada mengepos artikel ini kepada saya.. terkejut juga saya bila dilihat2 pd sifat wanita.. jadi, ingin sy kongsikan di sini untuk pengajaran diri sendiri dan kawan2 juga. silakan..




Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Friday, August 6, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..

Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..

Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..

Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..

Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…

Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..

Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)


Wednesday, August 4, 2010

Ramadhan datang lagi

akhir Julai 2010, saya diminta oleh ketua Panitia PAI (pendidikan Islam) untuk membuatkan wording di atas softboard berkenaan menyambut bulan puasa. asalnya saya 'menjadi pusing' semasa menerima arahan. bila sampai rumah, tak lengah saya mencuba aplikasi apa yg berada di minda. jenggg, jenggg, jenggg.... taraaaaa! tulisan warna biru.. baru kutahu leceh rupenye tulisan halus2 ni. hihihi.... dugaan semasa menggunting kertas tulisan ni. alhamdulillah siap jua akhirnye.

selamat datang Ramadhan. kini Ramadhan datang lagi... bersediakah kita menongkah mengaut segala pahala yg terhimpun dan dijanjikan di dalam bulan barakah ini? bersamalah kita menghayati, menikmati dan mendalaminya.... barakallahu fik (Semoga Allah memberkati kamu)

Saturday, July 31, 2010

Mata ku terpaku pada bicara itu..


Kawin itu sunah ke? hmm... sapa dia mau jawab persoalan ini? (adeii, garu2 kepala tak gatal.. ngeeeee......)


Dunyafana, merupakan roommate semasa saya mengaji di UKM. Khadijah namanya. saya terpaku pada salah satu entry blog nya berkenaan "kawin itu sunah ke?" perbincangan yang berlangsung antaranya dan lecturer nya (yg juga lecturer saya) menjadikan mata saya terpaku. lebih memakukan diri saya baru saya ketahuan bahawa sufi2 hebat tidak berkahwin kerana mementingkan tanggungjawab terhadap diri ... mari kita perhatikan lebih lanjut apa cerita yang dibawa oleh cik Dunyafana saya ni..

"Orang kata kahwin tu sunat,memang pun sunnah semua orng tahu.Tapi sebenarnya perkahwinan tu adalah satu janji,amanah dan pengorbanan.Tige kalimah ni saya (Dunyafana) dapat setelah selesai berbincang dengan sorang Dr (Doktor Falsafah)...."


Friday, July 30, 2010

Wanita Cantik...

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya....
(fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawanku yg sdg bercinta & yg sedang mencari cinta di luar sana)
gambar-gambar di sini sekadar gambar hiasan sahaja.

Friday, July 23, 2010

Dimanakah tulang rusukku (pertanyaan lelaki terhadap wanita..)



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.


Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.......


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Friday, July 16, 2010

hukum nikah wanita hamil anak luar nikah


pagi ni 16 julai 2010, saya terbaca berkenaan hukum nikah wanita hamil. begitu bertegas Ustaz Zaharudin menyatakan dalam tulisannya berkenaan penzina yang telah mengandung... mari kita telusuri Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Allah tidak membebani seseorang dengan perkara yang bkan kemampuannya... oleh itu, ada jalan keluar dan jalan penyelesaiann pd tiap masalah yg berlaku.. harap kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran pd tiap apa yg berlaku dalam hidup kita. di sini juga dipaparkan forum perbincangan dengan hukum nikah dengan penzina... mari kita telitinya... forum berkenaan hukum nikah