pagi ni sambil2 buat sarapan pagi... mendengar Tanyala Ustaz di TV9. tajuk kali ni berkenaan penawar makhluk halus... lebih sikit kurang mcm tu la tajuknya (saya tak ingat tajuk sebenar slot tu. maafkan saya).. ada banyak doa yg saya temukan dalam slot tv tu.. antaranya.. doa nabi yunus ni..
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
" LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
===============================================
Fungsi & hikmah :
1) Memperoleh kebaikan yang banyak, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 269.
2) Penyelamat daripada azab, surah al-Anbiyak ayat 74.
3) Menjadikan ayat-ayat Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang yang melakukan kebaikan, surah Luqman ayat 2 hingga 3.
4) Membantu para nabi menjalankan tugas, surah as-Sad ayat 20, dan surah al-Zukhruf ayat 63.
Syarat mendapatkannya
Bagi mendapatkan hikmah, perlu memenuhi dua syarat iaitu:
1)Melalui tauhid, sebagaimana disebut dalam surah al-Israk ayat 39.
2)Berpegang teguh kepada Quran, disebut dalam surah Maryam ayat 12.
Tokoh-tokoh yang memperoleh hikmah
Quran menyebutkan beberapa tokoh yang memperoleh hikmah, antaranya:
1)Nabi Isa, melalui surah Ali Imran ayat 48.
2)Nabi Yusuf, melalui surah Yusuf ayat 22.
3)Nabi Yahya, melalui surah Maryam ayat 12.
4)Nabi Musa, melalui surah al-Qasas ayat 14.
5)Nabi Sulaiman, melalui surah al-Anbiyak ayat 79.
6)Luqman, melalui surah Luqman ayat 12.
dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1750.0
Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Friday, December 16, 2011
Monday, December 12, 2011
Kembara Persaudaraan
11 Disember 2011, Ahad. Perjalanan merentasi Melaka-Johor untuk bertemu mak saudara saya sebelah abah. Di Taman Timur, Skudai. (eh betul ke kawasan skudai tu? tak berapa tahu la.. tapi melalui Sutera Mall, Tampoi.. yang dalam gambar dibawah ni. )
mencari punya cari... akhirnya sampaila tempat yg dituju... perjumpaan saudara mara sebelah abah... seronok jumpa sepupu2 yang dulu kecil2 sekarang dah besar hampir tak kenal dah muka mereka. (hehhe, gambo diaorang tak amik la. den lupo!) Kemudian, selepas berakhirnya pertemuan saudara itu, saya dan keluarga bergerak pula ke batu pahat.. melalui Benut, Johor (area Pontian dekat dah tu dgn Benut). anda boleh rujuk peta dibawah.

ok, dah tiba Kampung Jambi Darat, Rengit... (gambar diambil dari blog SiJambi Darat). bila nampak aje papan tanda tu, yahhooooooo... kampungku dah tibaaa... hehehe...

suasana kampung memang terasa sangat. sejuk airnya.. jalan raya nya.. alahh, janji kampung!.. best2... lalala.....
Kemudian, dalam jam 5 petang macam tu, kami sekluarga bergerak untuk balik ke melaka.. opsss, ada satu destinasi yg kami belum pegi lagi. hehehe.... iaitu, Ayer Hitam, Johor.. waahh, masa utk membeli belah. hulalala.....
Sempat juga kami kena 'traffic jam' kat persimpangan ayer hitam tu, adeiiii, macam ular dah keta2 berderet2 di atas jalanraya. huh, sungguh tak seronok rasanya. sesampainya kami disana..pelbagai kedai cenderahati menjamu mata. aiyoyo.... gelap mata dibuatnya. hehe.. ada kedai jual bunga yang macam ni....
ada yang jual perhiasan perkahwinan sebegini... banyakkk.. pilihan. yang kecil yang besar yang harganya besar ada juga harganya kecil (murah).. silalah anda membuat pilihan yang tepat..

opss, bunga telur pun ada juga. waah, macam2 ada... pasu2 pun ada juga. (aisshh, kelabu asap dah mata ni)
kami mencari bunga2 plastik ni untuk hiasan dirumah. mak suka beli bunga2 yang belum digubah. syoknyeee berada dikelilingi bungaa... hehehe
alamak, jauh ku datang.. sarawak juga ada kat sini. hahaha.... (gambar dari ongon.com) sekarang ni musim durian. sana sini durian. amboii.... gambar durian tak amik plak
dah lepas penat menjamu mata... akhirnya... bergerak terus ke melaka.... kita jumpa lagi nanti.. hehehe. sambar satu utk adik.

Wednesday, December 7, 2011
disember 2011
alamak, mana kamera saya eh? alahaiii... time org nk masukkan gambar la ilang pula kamera ni.. aishh, sabar aje la.
saya sedang leka menjahit manik di baju.. hihi... bila saya search blog2 berkenaan manik dan beading.. rupenye manik yg saya minat tu dah jauh ketinggalan... tahun2 yg lepas punye popular. hihi... apa nk buat, masa tu tak minat manik. hehehe... tp harini dah minat manik.
saya rasa puas betol bila tgk kain baju sendiri dijahit manik. biarpun x seberapa cantik.. tp dah sendiri nya tangan yg buat, senyum2 sendirii laaaa... hehehe.... gambar? alahai, nnt saya cari kamera saya ye. saya post nanti ye
Sunday, October 23, 2011
Zikir Harian

Jaga mulutmu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diammu lebih baik daripada bercakap-cakap kosong yang mengundang dosa. Kerana pulutla santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati Allah s.w.t. Tak kira dimana dan apa jua yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah swt. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Berzikir tidak semestinya berada diatas sejadah. Boleh berzikir ketika memandu kereta ke tempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, ketika sedang membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi selama2nya. Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kesana? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT
Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:
Saturday, August 20, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
adeiii.. terteleng-teleng kepala lembu ni tengok.. apa agaknye yang sedang ditengok agaknya... atau dia terdengarr pisau sedang diasah agaknya.
Hari raya menjelma lagi... ramdhan kan berlalu pergi. persiapan raya sudah siap sebelum ramadhan lagi. tapi persiapan ramadhan yg bagaimana pula?
aduiii, terkenangkan sehari dua lagi nak raya badannn penat dek persiapan raya, alahaiiii.. lomah nyo rasooo. hihihi
tu haaa, tomato dah menunggu tuk dikupas! jangan ditempel kat muka... tapi dipotong dibuat rencahh kuah uiiiii... hihi
selamat hari raya rakan-rakan semua
Monday, July 25, 2011
patutkah saya.....
hehehe.. patutkah saya mencari sinar begini? untuk menenangkan minda.... (ecewaaahhhh)..tiba2 rasa nak mencari lampu ni laaa.... lampu garam ni.. biar dapat tangkap habuk dalam rumah ni.. banyak bebeno habuk, baru kejap bersihkan, dah sampai lagi habuk.. kesabaran yang teramat je la jawabnya.. sabo2... tapi larat ke nak bayo duit api...? hihi.. adeii.. dan satu lagi... mana plak nak dapatkan mende alah ni sementelah saya di daerah sepi ni... ada ke jual di sarikei nun?? huhuhu

bestnye kalau ada lampu tido macam ni.. hehehe.. berangan..berangannn berangan lagiii....
oh ya.. alang-alang dah saya nengok lampu garam ni.. ni saya nak share sikit maklumat yg saya dapat ni.. meh le sini kat saya ni... saya bacakan..:
Lampu Garam Bukit
Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit.
Fungsi lampu ini:
- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
- Megurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Menyembuhkan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

alhamdulilah, saya rasa bagus juga ni kan?? bayangkan kalau berada di air terjun dan sungai2... mendamaikannnn.... menyejukkan minda... bestnyaaaa..... ion negatif berterbangannn di kawasan sana... meresap masuk ke dalam badan kita dan meneutralkan ion2 dalam badan danminda kita.... segarr nya.. (alamak, terlebihhh pula amik napas... hehehe)
Sunday, July 24, 2011
Selamat Datang Ramadhan 1432H
Ramadhan datang lagi... untuk kesekian kalinya... alhamdulillahh kita masih dihidupkan lagi untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun ini... insyaAllahh... dapat la kita menambahkan amal dan pahala di dalam bulan barakah ini..semasa menonton tv3 baru2 ini.. saya terkedu apabila mendengar penceramah undangan tv3 memberitahu kisah Imam Malik (salah seorang ulama dan imam besar mazhab yang 4 iaitu mazhab maliki) guru kepada Imam Syafi'e tatkala sampai nye bulan Ramadhan. Imam Malik sangat suka membaca hadis-hadis, hari2 membaca hadis. apabila datang Ramadhan Imam Malik pergi ke tempat penyimpanan buku2 dan kitab2 hadisnya dan berkata pada kitabnya, "aku terpaksa berpisah buat sementara waktu denganmu, bukan kerana aku tak cinta hadis Rasul ku tetapi kini telah tiba Ramadhan untuk aku menumpukan perhatianku kepada al-Quran pula"..
masyaAllahhhhhh.... kalau la kita dapat meniru gaya Imam Malik dan mengikut jejak langkah sufi nya.. Allahu Akbar.. Allah sahaja yg dapat membalasnya....
Thursday, July 14, 2011
Istiadat Konvokesyen Diploma Perguruan 2011

pada 7 julai 2011, hari khamis telah diadakan istiadat konvokesyen bersama IPGK Tun Abdul Razak, Samarahan dan IPGK Sarawak, Miri yang diadakan di IPGK TAR. telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sarawak.
majlis berwarna-warni ini diserikan dengan paluan gamelan, orkestra dan koir dari pelatih2 IPGK TAR sendiri... jemputan2 terdiri daripada ahli keluarga graduan memeriahkan suasana.
yahooooooooooooo... saya dah grad!!.. grad dan konvo kali kedua... sangat manis dirasakan saat ini.... cuma mak saya mahukan saya konvo sekali lagi.. adeiii.. nanti ok mak.. tunggu rezeki dan mood belajar datang lagi.. ngeh3.... sekarang bagi saya bernafas dulu... penatt woooo ulang alik betong-miri semata-mata pegi belaja (ceh, alasaannnn!!.. kah3)
Wednesday, July 13, 2011
antara kehendak dan keinginan....
macam-macam la saya ni.... dulu sibuk nak makan asam.. bila dah dapat asam, x abiskan pula. pastu sibuk jengok2 jubah pula.... tapi tak beli juga... merajuk2 la adik saya di kampung tu (duit takde dik... hehehe)
sekarang kereta pula... alahai, tang ni lagi pening kepala. biarla... rungsing fikir pasal hal ni...
antara kehendak yang bermacam2 hendak disediakan untuk diri sendiri dan keluarga..dan keinginan untuk mencari sesuatu yang lebih baik.... buleh tahan juga nafsu hendak itu ini nih.. wahhh, last2 baik dok berkepung dalam bilik... dan dok diam2 atas katil.... x payah bersuara dan berfikir.. tenangkan fikiran jek. lalalalla....

Thursday, February 24, 2011
selamat datang tahun 2011
selamat datang tahun 2011... sudah masuk bulan 2..penghujung. bulan 3 sudah melambai2 datang.. saya baru aje berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog saya..tahun baru, tahun baru cina, thaipusam, maulidur rasul sudah pun berlalu.... dan pelbagai perayaan dan keraian bakal menunggu kita.. jangan kita terleka..pasti masa berlari meninggalkan kita..
debaran menunggu penempatan guru sudah selesaiii dan ditempatkan di sekolah yang sama dengan sebelum ini. debak, betong, sarawak. jadi, memulakan kerjaya guru tatkala murid sudah 2 bulan belajar amat menyentak perasaan saya sebenarnya.. (sbb kena lari 'marathon' terhadap subjek2 yg diajar dan suasana sekolah yg baru untuk 2011...hehehe...)..
apapun, jumpa lagi.. saya sangat senang dengan anda....
Subscribe to:
Posts (Atom)