Thursday, April 15, 2010

gelang koka

em.... semalam... puas rasa hati dapat menggembirakan rakan (mudah2an gembira la hendaknya) dgn sesampainya utusan saya ke mejanya. siap amik gambo, papar di khalayak pulak. malu pulak rasa. asalnya nk kenakan dia, saya pulak yg terasa terkena (malu dipertontonkan.. muekekkekee.. sikpa2.. sik hal)...



dalam pada itu, parcel dr mak juga sampai pd saya... wah, apakah? mcm berjanji pulak. hik3.. mak kirimkn air zamzam, tudung saya (yg ketinggalan di kampung), dan gelang kayu koka... aler, yg lain2 tu blh jg saya terima. tiba tang gelang tu, lemahhh terus saya jadinya.. siap tny dgn mak, "kena pakai jugak ke?" (hihihi, sudah gaharu cendana pula....lelelelellellelele...) mak kata, "pakai!!"... hmm, ni yg lemah. dah berlonggok dah gelang2 mak bg dan suh pakai (terutama yg bawak balik dr mekah... muekekeke... termasuk sedara2 bagi).. ntah2 kali ni punya pun jadi koleksi peribadi lg laaa .. koleksi yg terperuk x dipakai.. saya tak suka pakai aksesori... kalau teringat mutiara/ kristal..x payah la belikan utk saya, nescaya saya tak pakai.. mmg jenis tak gemor makainya.. isk2... ada brg kemas pun, selalu dicabut! (disimpan, x dipakai.. kalau mak tau, abiss!! bising bah.. ahahaha)

jam 5 pagi (15 april 2010 - Rabu)... tetiba aje terbayang nak buat ABM (alat bantu mengajar) utk Tahun 1. aiyayayaya... dah siap2 nak subuh, sibuk plk tangan ni capai laptop laksanakan imiginasi saya.. masyaAllah... ni yg payahnya bila dtg idea pd waktu tak kena.. muahahaha.. kelam kabut nk bersiap nk pergi bertugas, kelam kabut nk solatnya, kelam kabut nk berkemas lg...sib baik lum ada anak!. muehehehe..... nampak ringkas, tapi...kalau x didayakan dgn imiginasi, mmg takkan jadi (pd hemah saya... )


nak tiru? muehehehe... nampak ringkas? tp.. sabo jele masa nk buatnya. saya gabungkan 2 suku kata terbuka dan bg memudahkan anak2 saya membunyikan perkataan jawi, saya buatkan bunyinya dalam perkataan rumi... saya buat depan dan belakang... jadi, jimat kotak (sempat lg pepagi hari berlari kekantin cari kotak..ahak).. saya lebarkan kiri dan kanan kotak ni untuk dijadikan 'kaki'nya, hik3.... ntah apa2 la idea mengejut ni.. nanti nk kecik kan pulak huruf2 ni then nk tampat kt kelas tahun 1 yg terpilih!... nasib le tu kelas mana yg bertuah tu.. adiah!.. bukan mudah cikgu bukan kelas tersebut nk buat2 adiah gini.. mueheheheh.. perasan2!!.. aiyakk...

Tuesday, April 13, 2010

jiwa kartun....

saat menuliskan tulisan kali ni, hati agak bercelaru.. membaca, membaca dan membaca... utk ilangkan segala prasangka. utk ilangkan segala tidak selesa hati... ignore kan diri dgn keadaan keliling. gembirakan hati dan minda dgn perkara2 yg menggembirakan..

mcm ni la nk musnahkan kerusuhan hati? eeiiiyah, eiiyah!!!.. ahaahhaa.... sekarang, nak meluah rasa di fb pun dah tak boleh dah. ramai sangat yg dikenali di sana, tambahan pula.. rasa tidak selesa ini berkait dgn rakan fb jg.. masalah jg ek. harap2 blog ni tidak dikenali ramai, supaya saya dapat meluahkan rasa hati disini.... Allahhhu rabbi

gambar kartun biru latar belakangnya ini saya ambil semata2 geramkan suasana biru yg terdapat pd gambar ni. tapi bila dilihat pd air muka kartun ni, iskkkk... kartun apa tah ni. x penah tau pun. garang kemain! takut saya.

cool x? hihi.. saya buat wallpaper untuk desktop saya. biar hati selalu cool bila nampak suram dan mata kuyu bugs bunny ni. hik3...

Thursday, April 8, 2010

Subhanallah

pagi ni 8 April 2010. setiba aje di sekolah..on kan internet.. saya buka emel. dan sungguh2 benar saya terkejut kerana.... saya mendapat emel invitation to accept dan nama 'rakan' saya tu adalah Nasihin Hasanah. yang menjadikan saya terpaku, terpegun dan terperanjat kerana..baru semalam ustaz Nas Nasihin accept saya utk jd rakan Yahoo! saya dan sememangnya saya kenali ustaz ini. dan harini Nasihin Hasanah ini pula sang perempuan yang sememangnya saya tidak kenali pula menyusul. mukanya pun unfamiliar (ada diletakkan gambar di profile nya)... dari mana Nasihin Hasanah mendapat emel saya ye? takjubnya saya.. apakah 'tanda' yang cuba Kau berikan padaku ya Allah.. apakah ini tanda dari aku bertafakur pdMu sebentar cuma? atau apakah ini ingatan? ya Allah..berikan daku jawapannya. sesungguhnya aku ni hambaMu yang lemah dan tidak mengerti perkara tersirat.... Allahu Rabbi...



ku ingin ke pantai..ingin ke laut..ingin bertafakur... ya Allah, lapangkan dadaku.. lapangkan fikiran ku.. hadiahkan ketenangan, ya Rabb pada hambaMu... ku khabarkan di fb ku....bahawa ketakjuban saya ini benar2 terasa...benar2 takjub!...

Wednesday, April 7, 2010

Umrah dan Ziarah



alhamdulillah pada 4 April lalu jam 5-6 petang mak, syahir (yen) dan busu selamat tiba di KLIA, Sepang dari penerbangan Doha dan Jeddah... bermula 26 Mac 2010 mak pergi umrah dengan membawa adik saya dan busu saya.



gambar-gambar yang Yen bawa balik untuk tatapan mata saya dan keluarga yang tinggal ni memang amat mengharukan. Yen sempat buat panggilan dari Mekah dan mengatakan, saje mengenakan polis Kaabah tu dengan memegang kaabah tu dan seret jarinya di situ... entah apa rezekinya, polis tu tak pulak perhambat dia. rezeki2...



mula-mula sampai terus ke MAdinah dulu. pemandangan biasa di masjid Nabi dengan payung terbuka dan tertutup pada masanya... bilakah masanya saya punya rezeki akan sampai.. Allah, doa jela :)

mak ada cakap, mak ketawakan burung merpati yg berterbangan di kawasan laluan masjidil haram dengan hotel, tak lama lpas tu mak terus kena berakkan dek merpati tu. ahahahaha.... saya kata, mak ketawakan malaikat, padan la pun kena balas. hik3. nasib baik kena berak, kire ringan la tu. semasa mak di mekah, saya dan mak banyak bersms.. sama mcm semasa mak di kampung. jadi, cerita saya di sarawak ni tiada putus dari pengetahuan mak. sampaikan mak tanyakan nak carikan apa untuk saya di mekah tu, saya tatau nak minta apa. saya cume minta doakan saya di sini. kerana pada masa itu, masa dan keadaan benar2 menduga saya.. Allah aje yg bantu sy ringankan keadaan dan hati... hihi.alhamdulillah. :) em, ini ada sedikit gambar Yen dengan mak semasa mengerjakan umrah. hihi




p/s: psssttt, cik miezz anura. rupa adik sy gemuk mcm ustaz x? ahahahahaha....

Saturday, March 27, 2010

Selamat Pengantin Baru



Menurut Shazril Khairy Mustafa, Peguam Syarie Kepala Batas, Pulau Pinang merangkap teman facebook saya..menasihati dan menyentakkan hati saya dengan kata2nya... (yg lebih kurang berbunyi begini...)

"janganla mati dulu. kawinlah dulu. kerana perkahwinan dapat menyempurnakan agama. sekiranya mati dulu tanpa berkahwin, tak mampu menyempurnakan agama."



perkara ini benar2 menyentakkan hati saya kerana.. saya terlupa bahawa perkahwinan mmg mampu melengkapkan agama.. tetapi mengingati mati adalah perkara sunnah. dengan keadaan diri sekarang, saya hny mampu berdoa agar dikurniakan pasangan yg benar2 mmberi kebaikan pada agama saya, memberi kebaikan pd diri dan keluarga saya..dan begitu juga sebaliknya saya ini memberi kebaikan agama, dirinya dan keluarganya jua. apa lg yg mampu saya buat selaun itu? tentunya dgn muhasabah diri.. tau diri ni selalu leka, alpa..itu pasal mencari 'ubat' dan teman2 yg dpt mengingatkan diri sy.. alhamdulillah, syukur setakat ini teman2 amat2 saya hargai kehadirannya dan saya rasa sangat bertuah!




mudah2an saya jua mendapat memegang tangan baby sendiri dan bermain dengan anak sendiri suatu hari nanti.. anak2 yg comel, soleh dan solehah.. aminn ya rabbal alamin..

Penginsafan diri...

Khamis lepas bersamaan 25 Mac 2010 pada jam 7.30 pagi..matahari menyinarkan surianya sungguh cantik sekali.. saya dan sekumpulan rakan saya menaiki van dari Debak ke Tui (sebutnya Tu-ie, anak saya yg ajar sebut ni).. saya ke Tui atas urusan pertandingan Tadarus Al-Quran Peringkat Zon yang mana saya menjadi salah sorang hakim bg kategori nasyid.



perjalanan ini benar2 menginsafkan saya. terbiasa dengan keadaan di semenanjung malaysia yg selesa dan serba sempurna, setiba di sini... dari Debak untuk menyampaikan ke Kampung Tui sangat2 mengujakan saya. selama sejam untuk sampai ke destinasi dimana boleh melalui jalan darat mahupun air.. keadaan jalan yg sangat daif, masih berbatu2 kerikil besar..berhabuk.. saya teringat zaman kecil saya.. saya biasa melalui jalan sedemikian rupa pabila balik ke kampung Batu Pahat, johor. di sini... saya belajar lebih lg erti hidup sebenr..erti susah..supaya beringat akan diri supaya mensyukuri nikmat Allah. supaya merendah diri menjadi hamba Allah. supaya tidak meninggi diri di bumi Allah. di mana sahaja kita dicampakkan di situ terciptanya rezeki Allh. paling sy takjub, jalan2 disini antara rumah dan bangunan sekolah disambungkan dengan titi kayu. dan lagi, perkhidmatan paip air tiada lagi. sekadar tong2 biru besar menampung air hujan sebagai bekalan air.. bersyukurla..




lagi satu ketakjuban yg saya dapat di Tui ni.. pemandangan sekolahnya. penuh pokok kelapa dan titi kayu.. sangat indah di pandang.. ditambah dengan angin dari sungai berdekatan menyucuk suasana.. menambah kesyahduan. menambah keinsafan diri. bahawanya, apa yg kita kecap dan apa yg ada pada kita itu sudah cukup dan berlebih sebenarnya. melihatkan kedaifan org yg berada di bawah kita sepatutnya membuatkan kita menjadi hamba yg "cukuplah, alhamdulillah" senantiasa (sntiasa bersyukur).

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Pertunangan 6 Mac 2010 di Debak



salam sejahtera..salam mesra dari saya untuk anda.. pada 6 Mac 2010 jatuh pada hari sabtu..telah berlangsung satu majlis merisik dan Pertunangan antara anak kpd kenalan saya di Debak, SArawak dan pasangannya dari Bangi, Selangor. alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti perjalanan majlis berkenaan sehingga ke penghujung.. pertama kali merasai suasana masyarakat yg baru sy duduki ini, meninggalkan kenangan dan pengalaman mendalam. bahawasanya apabila kita menghadami sesuatu budaya di tempat yg kita diami, pastinya masyarakat juga tidak menolak kehadiran kita dgn mudahnya :)

gambar di atas menunjukkan pasangan pengantin yg dirai (saya menggunakan istilah pengantin kepada pasangan yg bertunang..) dengan hantara dari sebelah pihak lelaki... disambut kedatangan keluarga pihak lelaki dengan iringan hadrah terus masuk ke dalam rumah... dimulakan majlis siap dengan mikrofon nya.. dibawa pengantin perempuannya keluar dari bilik untuk semua keluarga melihat... kemudian barulah acara menyarung cincin dijalankan ..


ini adalah sebahagian hantaran kehijauan dari sebelah pihak perempuan.. saya cukup2 berkenan dengan hantaran kek lapis berkenaan. nampak benar2 menyelerakan...slurrpppp, slurrppp





saya dijemput menjamah makanan yg disediakan... nasi bersama lauk2 kari dan kacang panjang. pemanis mulutnya adalah buah lai disalut dgn asam boi (wrna kemerahan, sangat sedapp bah). cara duduk pula, dibentang saprah di atas lantai dan dimakan hidangan bersama 4 orang sahaja pada satu2 saprah.. dan lauk pauknya, jeng2..pada gambar yg hidangan berdulang tersebut. hidangan berdulang tu adalah hidangan yg bakal diangkat ke atas saprah... sungguh jamaie.. tidak jauh berbeza dgn keadaan kampung saya. cuma sedikit sahaja berbeza... tetapi masih banyak yg sama :)

ini adalah kenangan dan pengalaman yg sempat saya kutip dan bagi saya amat berharga utk dikenang... kerana, saya takpasti samada dapat lagi atau tidak saya menghadiri majlis sebegini lagi. sekiranya mendapat jemputan lagi, alhamdulillahh.. sekiranya tidak? inilah dia pengalaman yg manis dpt saya kutip sepanjang di bumi borneo.. :)

Thursday, March 4, 2010

bola tampar

ahahaha... dalam tempoh sebulan ni...rasanya dah lebih sebulan kot... saya begitu gila dgn bola tampar... asalnya nama diletakkan sebagai pemain frenly match je. letak nama aje. tup2, saya jd bersemangat bila tgk ahli pasukan lain semangat sama. saya pn join. boleh jg saya keluar rumah..saya bergaul dgn rakan kampung, berbual berkenaan kampung kan. duduk rumah pun tension manjang. huh

best2... seronok main bola tampar. dari sehari ke sehari kawan bermain bertambah.. dari bermain dgn perempuan..kini bermain bersama lelaki sbb selalu tak cukup korum perempuan.... dari bermain sesama ahli sekolah, bertambah ahli bermain dari sekolah2 berdekatan pulak... wah, begitu baiknya perkembangan pergaulan ini... alhamdulillah... oh, sayang betul x amik gambar ek. insyaAllah kalau saya ingat lg lepas ni saya amik gambar la ek

tp, lately saya nye persembahan permainan agak merudum. maybe hati tidak senang..atau hati emak tidak senang di semnanjung (kalau hati mak tak senang atau hati keluarga sndiri tak senang, saya pny hati automatik jd gundah gulana jua..pelik2...)...

corat coret kinabalu

hihi.. bebaru ni dapat baju mount kinabalu.. post from LAbuan... ngeh3... nnt saya amik gambarnya then paste di sini ye. biar kasi semangat ni lebih gempak untuk ke kinabalu tu

malam tadi, sempat chatting dgn bakal adik ipar 'tak jadi'.. mashitah. dia di Muar, Johor. katanya sedang berusaha untuk mengumpul bajet untuk ke kundasang. baru aku teringat yg Kundasang la terletaknya kaki gunung kinabalu. ehehehe.... rupanya dia mau lepak2 di kundasang berikutan suasana sejuk di sana. mcm2 daaa alasan. hihi... anyway, saya suggestkan jua agar ke KK supaya lengkap perjalanan nya ke sabah. siap suggest utk cari mutiara asli di sabah. ahahaha, khas utk maknya tercinta.. :)

oh ya, bercakap hal bajet. sebelum ni ustaz solihin ada pesan.. bajet utk naik kinabalu...dlm RM500 utk book shepa sahaja. kalau nk tambah2 sikit baik ada bajet dlm RM2000. tp, bg saya pulak..kena la spend lebih lg kan sbb kena naik flite. hihi, mana ada keta nk di'sorong'kan ke kk nun. hik3...

mak, restuila anakmu ini untuk memanjat kinabalu... ustaz sudah war2kan yg dia akan naik kinabalu between 13 julai till 21 julai (lebh kurang begitula tarikhnya) bersama 4 geng kinabalunya.. (dengki, saje ustaz bg saya jeles aaaa)