Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam..... (Begitu aturan Tuhan)
Tuesday, May 15, 2012
bunga reben untuk hadiah
ekawan >> ada tunjuk cara buat bunga reben... saya sangat sukakan reben ni... mencabar saya dibuatnya. asyik tak jadi aja.
Friday, April 20, 2012
APAKAH ITU QARIN ?
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja keras sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulangla kepda setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyyakn berzikir, membaca al-Quran dan taat perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdulullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim).
Aisyah r.ha. menceritakan bahasa pada satu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau merasa cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Rasulullah: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim).
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi).
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuan aku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Cuba bayangkan sejenak kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan dosa dan kejahatan. sudah pasti dia gembira jika kita tewas dengan kejahatan dan sedih jika kita berjaya menangkisnya.
Ingatlah ini dan berfikir tentang apa yang akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI-KALI TEWAS DENGANNYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR.
**dipetik dari laman facebook.
Tuesday, April 10, 2012
burung merpati putih

ehek2.... merpati putih ni akan menerbangkan saya ke tempat kerja... dan membawa keluarga saya untuk berziarah. leka nya mendapat merpati ni.. macam tak percaya dianugerahkan hadiah sebesar ini. masyaallahh....

buat masa permulaan ini, tangan dan kaki saya masih menggigil2 memegang merpati ini.... tapi keluarga saya menguatkan semangat saya. suami sentiasa disisi memberi dorongan (bahkan menguatkan hati saya, alhamdulillah). meredah lopak air pun dah menambah kegigilan saya apalagi mahu buat aksi seperti atas ini...! hehehe. jumpa lagi, saya nak jalan2 dgn merpati putih saya
Hajjah, hajjah...!
best betol dapat panggilan "Hajjah, hajjah!!".... "ya Hajji, hajji.."... rasa seronoknya hati dpt panggilan sebegitu... betol. walaupun masa tu sebenarnya masa tu org yg memanggil kita dalam keadaan marah. hahahaha.... tapi panggilan hajjah dan haji yg diberikan membuatkan hati rasa kembang sangat2.. (perasannya saya... saya blum bergelar hajjag untuk saat ini)
Gambar di Masjid KLIA, Sepang. sungguh indah pandangan mata, meredupkan jiwa... ingin membawa hati yang bergelodak, menenangkan diri di tanah haram.. semoga allah memberkati sepanjang perjalanan ini...
gambar di ruang legar luar Masjidil Haram. berlatarbelakangkan pintu King Abdul Aziz.
dan alhamdulillahm rasa tidak percaya mata ini menancapkan pancaindera kepada rumah Allah yang maha besar, lagi agung... ya rabbi, ya allah.. masya allahh... kakiku menginjakkan ke lapangan mu, rumah Mu ya Allah.. tanah yg diredhai Mu... tanah lahir NabiMu... masya allah...
Masya allahh, masya allahhhh.... ku mohon padaMu agar aku dapat kembali ke tempat ini lagi, keluargaku dan generasiku dapat kembali mengelilingi kaabah Mu, menyembahkan diri di masjidil haram ini lagi... buahkan kerinduan di hati2 kami dan murahkan rezeki kami agar kami dapat kembali lagi ke sini... amin amin amin...
cuaca amat panas di dataran kaabah, gambar diambil semasa 2 jam sebelum solat jumaat dilaksanakan. saya dapat bersolat jumaat di dataran ini, walaupun cuaca diatas kepala hangat, tetapi peliknya jubin tu sesejuk sejuknyaa mcm aiss. ruang tempat saya berdiri ini, adalah ruang solat wanita berhadapan dengan tempat letak mimbar dan pintu kaabah.
Setibanya di Madinah, kami sempat ke ladang kurma... minum air kurma hangat dan membeli belah kurma dan coklat. ewaaahhhh, mcm pak arab daaaaa minum air hangat sambil bersembang2.. hehe
hari-hari sebelum nak balik.. rasa seperti taknak balik... sayu melihat satu persatu laluan yg dilalui sepanjang duduk di tanah haram ini... tapi macam mak cakap, apa nak buat, orang arab tak terima kita terpaksa la kita balik negara kita. (nada berseloroh). hehehhe
gambar menunjukkan ruang legar masjid nabawi selepas subuh sekitar jam 8 pagi. payung diruangan legar masjid sudah sebahagiannya terbuka manakala sebahagian lagi menunggu masa untuk dibuka. sesungguhnya, walau dilayan dengan kemodenan mata ini, tapi hati tetap merasakan kerendahan hati dan kekerdilan diri dihadapan Allah....
ya Allah, rindunya hati ini untuk bertemu lagi rumah Mu di tanah haram.... rindunya hati menggamit2 untuk kembali ke sana.. murahkan rezeki kami, bukakan pintu hati kami, suburkan rindu kami agar kami dapat sampai kesana lagi... amin2 ya rabbal alamin
Saturday, March 3, 2012
Doa
hari tu mencari2 doa dalam bahasa inggeris.. lucu nya saya terjumpa mcm2 doa.. ada doa untuk pertabalan agung, doa awal muharam, doa sambutan maulidur rasul. tapi doa berbahasa inggeris tidak ditemui.
tiba2 apabila saya mencari2 kata2 indah, saya temui ini.. doa berbahasa inggeris yang ringkas.. buleh la buat ada je dulu. nanti cari lagi. lalalala
Thursday, March 1, 2012
Dunia oh dunia...
kita renung-renungkan bersama.... benar juga kata-kata ni... kejar dunia, kita yg letih nak kepung harta dan duit kita. kalau kejar zuhud pula, kita yg rehat dari memikirkan hal tu...bukan bermakna duit tu tak bermakna tapi duit tu diperlukan sekadarnya. sekadar mencukupkan keperluan... dalam islam juga perlu bekerja dan mencari wang agar islam terus bangkit dan tidak rebah. di situ juga nampak kepentingan harta dan duit. cuma jangan gilakan harta sehingga lupa lain2 nya terutama akhirat.
benarkah apa yg saya katakan ini, sahabat?
Tuesday, February 7, 2012
candid
Pengaruh Hari Mengikut Warna
| HARI | WARNA | |
| ISNIN | PUTIH | |
| SELASA | PINK / VIOLET | |
| RABU | BIRU | |
| KHAMIS | KUNING / OREN | |
| JUMAAT | HIJAU | |
| SABTU | MERAH | |
| AHAD | HITAM |
Hari Isnin kenakan pakaian Putih.
Hari Selasa pakaian Pink atau Violet.
Hari Rabu pakaian Biru.
Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren.
Hari Jumaat pakailah Hijau.
Hari Sabtu pakaian Merah.
Hari Ahad pakailah Hitam.
saya petik dari: tanya cikgu senior
Wednesday, January 18, 2012
Ruqyah Syariah
No Dan Nama Turutan Surah:
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Monday, December 19, 2011
ikann... ikannn.. sayurr.. sayur...
macam2 ikan ada. tapi tak banyak mana menurut mak saya. harganya pun.. uiyooooo... buleh tahan harganya. musim2 tengkujuh, jadi ada naik sikit harganya.
mak beli banyak. mak kata, utk cover orang2 yang datang kerumah mbantu mak di dapur. aihhhh.. pastu bila tiba di rumah.. mula la nyinsing lengan dari jam 9 pagi sampai jejak 12 tengahari siang ikan dgn mak dan hanani. perghhhhhh.... meletop2 perut den dek lapar sangat. hahahahaa.... lalala
blink2...
Friday, December 16, 2011
Panggilan es bi pi eh
saya mendapat call dari sekolah.. adeiii, disuruh mencari pekeliling perkhidmatan. saya ni rasa mcm lalok2 jek mendengar arahan tu... saya kata tak penah2 saya kena hantar pekeliling tu tiba2 kalini pula disuruh... pastu cari punye haaa jumpa.. alhamdulillahhh.. tapi bior betul... dah macam saya baca law punye article jek ni.. (heheh, perasan je saya ni)

alamak, opsyen2 ni plak dah.. aduiiii... tang ni la yg lomah lutut den dibuek ehh...

saya perlu siapkan dan pos ke sekolah (tempat tinggal dan tempat kerja jauh, jadi kena la gunakan khidmat pos)minggu hadapan.. sbb sekolah perlu hantar ke pihak atasan sblm 31 disember... (eh, betul ke ek? saya tak ingat plak tarikhnya yg pastinya ujung bulan ni la)
tapi, sekang ni cuepacs tengah fight isu di media... jadi, mcm mana ni...?? sambil2 tu fikir2kan lagi... nak sign atau tidak, nak memilih umur pencen yang mana satu - 55 atau 56 atau 58 atau 60 tahun?, nak memilih skim sbpa atau memilih skim lama, wahhh... mcm2 benda dibentangkan dlm pekeliling tersebut.. harap anda sebagai penandatangannya membaca dgn teliti tiap klausa/ ayatnya dengan betul2.. jangan jadi mcm saya ye... asyik2 tak faham.. sikit2 tak faham. hihi

putih memutih
haaaa, ini insiden kasut.... elok2 dah ada kasut itam.. sekali jalan2 dgn mak.. mak beli sandal nya.. tup2 mak berkenan dgn kasut putih ni terus beli....
nak dijadikan cerita... saya ternampak aje kasut ni dikedai.. saya cakap ni kasut nurse.. hehe.. sbb kasut tu kaler putih. bila tiba dirumah, syahir (adik saya) tengok semula kasut ni... dia nampak lubang2 kat kasut tu dan datang pula ideanya.... segera dicari 'diamond' nya... lalala.. lalu di acu nye di lubang kasut tu.

ha, tengok2 ni... syahir acukan dan sedang berusaha memasukkan diamond dikasut tersebut. susah payah la dia membuatnya.. haha, lucu pulak saya dibuatnya. tangan saya keras nak buat semua tu.. saya tengok dia buat dgn teliti.... sampai berkilat2 jadinya

ha, tak caya??? sila la lihat sinarannya... (batu 'diamond' ni didapati di mesir.. tukang yg mendapatkannya adalah si syahir la... dia tukang bawak balik nye dari sana.. lala )

tak pernah berhenti
12 haribulan haritu... kena buat kerisik kelapa... pakai dapur kayu. haaa, adeh pedih mata kena asap. ngeh3... lama x kena asap dapur kayu.

kelapa dah kupas.. nak kena parut pulak.. adoiiiii.... lemah betul la.. hehehe, lemah2 pun buat jugak. keh3... abis nak masak.... kena la buat dan siapkan jugak kerisik ni kan kan kan... barula masakan sedap. ewaaahh

dah siap parut kelapa, pastu naikkan atas kuali.. kacau2 hingga la jadi kekuningan coklat2 begini... mcm dibawah ni. garing, berbau sedappp... hehe... tp rasa tak sedap! haha... kendian, blender sampai naik minyak.. dan buleh disimpan dan digunakan... yahoooo... dah siapppppp.. fuh, lega!

kerja2 rumah sentiasa ada... tak pernah behenti.. jadi, sapa yg kata suri rumah takde kerja? hulamakk aii.. naik lenguh, naik lemah, naik letih uruskan rumah. isk2.. tapi bila kita dapat buat kerja dengan gembira segala kerja pun jadi ringan... sambil2 siapkan kerja rumah.. saya dapat buat kerja ringan ni... jeng3.... baju bunga kecil purple ni mak yg siapkan... kejap jek mak siapkan. mak oiiii.. laju betoll...

saya tengah siapkan satu baju kaler hijau.. tak siap lg.. saya buat pelan2.. suka2.. mak selalu kata, bila la nak siap asyik tangguh je ni. hehehehe...
baju biru ni, baju biru kosong dgn sulam2 aje.. pastu saya amik batu2 warna putih saya letakkan kat baju... wow, sendiri puas hati. muehehehe.. nak bagi baju ni jatuh saya tambah rantai batu ni.. berat baju ni jadinye.. cantek ke?? pada mata saya puas hati dah ni... sbb sendiri punye baju katakan. puji diri sendiri takpe..janji puas ati. (ada ke patut?)

Tanyala ustaz..
pagi ni sambil2 buat sarapan pagi... mendengar Tanyala Ustaz di TV9. tajuk kali ni berkenaan penawar makhluk halus... lebih sikit kurang mcm tu la tajuknya (saya tak ingat tajuk sebenar slot tu. maafkan saya).. ada banyak doa yg saya temukan dalam slot tv tu.. antaranya.. doa nabi yunus ni..
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
" LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
===============================================
Fungsi & hikmah :
1) Memperoleh kebaikan yang banyak, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 269.
2) Penyelamat daripada azab, surah al-Anbiyak ayat 74.
3) Menjadikan ayat-ayat Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang yang melakukan kebaikan, surah Luqman ayat 2 hingga 3.
4) Membantu para nabi menjalankan tugas, surah as-Sad ayat 20, dan surah al-Zukhruf ayat 63.
Syarat mendapatkannya
Bagi mendapatkan hikmah, perlu memenuhi dua syarat iaitu:
1)Melalui tauhid, sebagaimana disebut dalam surah al-Israk ayat 39.
2)Berpegang teguh kepada Quran, disebut dalam surah Maryam ayat 12.
Tokoh-tokoh yang memperoleh hikmah
Quran menyebutkan beberapa tokoh yang memperoleh hikmah, antaranya:
1)Nabi Isa, melalui surah Ali Imran ayat 48.
2)Nabi Yusuf, melalui surah Yusuf ayat 22.
3)Nabi Yahya, melalui surah Maryam ayat 12.
4)Nabi Musa, melalui surah al-Qasas ayat 14.
5)Nabi Sulaiman, melalui surah al-Anbiyak ayat 79.
6)Luqman, melalui surah Luqman ayat 12.
dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1750.0

Monday, December 12, 2011
Kembara Persaudaraan
11 Disember 2011, Ahad. Perjalanan merentasi Melaka-Johor untuk bertemu mak saudara saya sebelah abah. Di Taman Timur, Skudai. (eh betul ke kawasan skudai tu? tak berapa tahu la.. tapi melalui Sutera Mall, Tampoi.. yang dalam gambar dibawah ni. )
mencari punya cari... akhirnya sampaila tempat yg dituju... perjumpaan saudara mara sebelah abah... seronok jumpa sepupu2 yang dulu kecil2 sekarang dah besar hampir tak kenal dah muka mereka. (hehhe, gambo diaorang tak amik la. den lupo!) Kemudian, selepas berakhirnya pertemuan saudara itu, saya dan keluarga bergerak pula ke batu pahat.. melalui Benut, Johor (area Pontian dekat dah tu dgn Benut). anda boleh rujuk peta dibawah.

ok, dah tiba Kampung Jambi Darat, Rengit... (gambar diambil dari blog SiJambi Darat). bila nampak aje papan tanda tu, yahhooooooo... kampungku dah tibaaa... hehehe...

suasana kampung memang terasa sangat. sejuk airnya.. jalan raya nya.. alahh, janji kampung!.. best2... lalala.....
Kemudian, dalam jam 5 petang macam tu, kami sekluarga bergerak untuk balik ke melaka.. opsss, ada satu destinasi yg kami belum pegi lagi. hehehe.... iaitu, Ayer Hitam, Johor.. waahh, masa utk membeli belah. hulalala.....
Sempat juga kami kena 'traffic jam' kat persimpangan ayer hitam tu, adeiiii, macam ular dah keta2 berderet2 di atas jalanraya. huh, sungguh tak seronok rasanya. sesampainya kami disana..pelbagai kedai cenderahati menjamu mata. aiyoyo.... gelap mata dibuatnya. hehe.. ada kedai jual bunga yang macam ni....
ada yang jual perhiasan perkahwinan sebegini... banyakkk.. pilihan. yang kecil yang besar yang harganya besar ada juga harganya kecil (murah).. silalah anda membuat pilihan yang tepat..

opss, bunga telur pun ada juga. waah, macam2 ada... pasu2 pun ada juga. (aisshh, kelabu asap dah mata ni)
kami mencari bunga2 plastik ni untuk hiasan dirumah. mak suka beli bunga2 yang belum digubah. syoknyeee berada dikelilingi bungaa... hehehe
alamak, jauh ku datang.. sarawak juga ada kat sini. hahaha.... (gambar dari ongon.com) sekarang ni musim durian. sana sini durian. amboii.... gambar durian tak amik plak
dah lepas penat menjamu mata... akhirnya... bergerak terus ke melaka.... kita jumpa lagi nanti.. hehehe. sambar satu utk adik.

Wednesday, December 7, 2011
disember 2011
alamak, mana kamera saya eh? alahaiii... time org nk masukkan gambar la ilang pula kamera ni.. aishh, sabar aje la.
saya sedang leka menjahit manik di baju.. hihi... bila saya search blog2 berkenaan manik dan beading.. rupenye manik yg saya minat tu dah jauh ketinggalan... tahun2 yg lepas punye popular. hihi... apa nk buat, masa tu tak minat manik. hehehe... tp harini dah minat manik.
saya rasa puas betol bila tgk kain baju sendiri dijahit manik. biarpun x seberapa cantik.. tp dah sendiri nya tangan yg buat, senyum2 sendirii laaaa... hehehe.... gambar? alahai, nnt saya cari kamera saya ye. saya post nanti ye
Sunday, October 23, 2011
Zikir Harian

Jaga mulutmu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diammu lebih baik daripada bercakap-cakap kosong yang mengundang dosa. Kerana pulutla santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati Allah s.w.t. Tak kira dimana dan apa jua yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah swt. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Berzikir tidak semestinya berada diatas sejadah. Boleh berzikir ketika memandu kereta ke tempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, ketika sedang membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi selama2nya. Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kesana? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT
Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:
Saturday, August 20, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
adeiii.. terteleng-teleng kepala lembu ni tengok.. apa agaknye yang sedang ditengok agaknya... atau dia terdengarr pisau sedang diasah agaknya.
Hari raya menjelma lagi... ramdhan kan berlalu pergi. persiapan raya sudah siap sebelum ramadhan lagi. tapi persiapan ramadhan yg bagaimana pula?
aduiii, terkenangkan sehari dua lagi nak raya badannn penat dek persiapan raya, alahaiiii.. lomah nyo rasooo. hihihi
tu haaa, tomato dah menunggu tuk dikupas! jangan ditempel kat muka... tapi dipotong dibuat rencahh kuah uiiiii... hihi
selamat hari raya rakan-rakan semua
Monday, July 25, 2011
patutkah saya.....
hehehe.. patutkah saya mencari sinar begini? untuk menenangkan minda.... (ecewaaahhhh)..tiba2 rasa nak mencari lampu ni laaa.... lampu garam ni.. biar dapat tangkap habuk dalam rumah ni.. banyak bebeno habuk, baru kejap bersihkan, dah sampai lagi habuk.. kesabaran yang teramat je la jawabnya.. sabo2... tapi larat ke nak bayo duit api...? hihi.. adeii.. dan satu lagi... mana plak nak dapatkan mende alah ni sementelah saya di daerah sepi ni... ada ke jual di sarikei nun?? huhuhu

bestnye kalau ada lampu tido macam ni.. hehehe.. berangan..berangannn berangan lagiii....
oh ya.. alang-alang dah saya nengok lampu garam ni.. ni saya nak share sikit maklumat yg saya dapat ni.. meh le sini kat saya ni... saya bacakan..:
Lampu Garam Bukit
Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit.
Fungsi lampu ini:
- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
- Megurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Menyembuhkan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

alhamdulilah, saya rasa bagus juga ni kan?? bayangkan kalau berada di air terjun dan sungai2... mendamaikannnn.... menyejukkan minda... bestnyaaaa..... ion negatif berterbangannn di kawasan sana... meresap masuk ke dalam badan kita dan meneutralkan ion2 dalam badan danminda kita.... segarr nya.. (alamak, terlebihhh pula amik napas... hehehe)
Subscribe to:
Posts (Atom)