Tuesday, April 27, 2010

Doa Rabiatul Adawiyah



TUHANKU..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA

DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN

WAHAI ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA

ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA

TETAPI WAHAI TUHAN..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU



pssstt... ya Rabb.. mampukah aku meminjam kekuatan Rabiatul Adawiyah? mudah2an ya Allah Kau campakkan aku secupak kesabaran, ketenangan pada ku... jua pada sahabat2ku yg membaca doa ini... Kau perkenankanlah kami, ya Rabb....

Friday, April 23, 2010

perasaan apakah ini...?


ini sepupu saya. namanya Siti Munauwarah Hj. Ahmad. panggilnya siti. disebelahnya adalah suaminya, Mohd Fauzi. mereka bahagia. saya sendiri tahu, hati siti memang tidak berbelah bagi pd Fauzi walau dideretkan berpuluh lelaki lain. hatinya sudah tetap pada yang satu... hihi, itula siti saya.



cantik kan sepupu saya ni? dikurniakan kecantikan yang dia sendiri sukar untuk menjaganya. dia sendiri terlalu rimas dengan pandangan mata lelaki. saya sendiri tidak suka lelaki memandang dia. saya selalu bising padanya, "engkau ni dah kawin.. dah kawin!... tapi kenapa mata lelaki tak nampak status perkahwinan ko ni...? bahkan dah keluar anak tiga dari perut ko. aku ni satu pun belum ha..." ahahaha, soalan buduh!... ekekkeke. siti hanya ketawa aje. tak tahu nak jawab apa.

kami rapat. antara kami ada 'puteri'. kakak siti. connection antara saya dan siti sangat kuat. seperti connection saya dengan mak. kirenya berdetak hati saya di sini (sarawak), pastikan siti (di melaka) dapat merasainya. (mak saya lebih2 lagi dpt merasai tiap degup jantung anaknya..).. siti kini sedang bahagia dengan keluarganya. tp saya? hihi. bahagia dengan cara saya sendiri... masih bahagia bah walaupun idup single :)


ha, cube bezakan saya dan siti. sangat jauh beza ke? ini, saya yg terbaru... begini la keadaan saya terkini. sik kacak kmk oo.. hik3.. madah mena2 bah..kmk sik kacak nak? itam bah kmk...siti kacak ilak (alamak, ini dah bau jeles ni... ahaha, siti mesti ketawa besar. sbb saya selalu kata dgn dia mcm ni.) hihihihi... (tapi abah saya tetap memilih emak saya sebagai pasangan hidup walaupun abah saya kulitnya cerah dan mak saya kulitnya gelap dari abah saya. kagumnya saya pd abah saya.. memilih intan dari celahan kaca... bagaimanakah abah boleh 'nampak' mak ketika itu ye??).. abah nang kacak ilak masa muda. mak manis ilak masa muda. tp kmk? ahaha... mak sikit pun x jeles bila perempuan lain sibuk jatuh suka pada abah., tp saya? saya tak suka dengar! sakit hati dengar... saya hanya akan memalingkan muka kalau dengar ada perempuan lain suka pada abah (nampak sangat abah saya tak perasan dirinya disukai.. adei, abah2.. ahaha)

di bawah ini adalah saya semasa zaman study dulu. lebih kurang pd tahun 2004-2005 mcm tu la.. masa tu baik sangat, pakai tudung labuh. hihi.... tapi perangaiii, ahahaha. bertanduk!... nakal tahap tak hengat! kini, saya hanya memakai yg biasa2 sahaja... supaya saya dapat mengekalkan kekhusyukan hati dan kemantapan diri... :)



mengapakah tajuk ini seperti ini? kerana ketidak keruan melihat wajah siti tadi.. memunculkan ketidaksedapan hati ku... sungguhpun siti memujuk untuk saya jangan memurungkan diri, tp hati degil tetap tertebak jua... Allah... jangan Kau uji aku sebegini. sesungguhnya aku insan yg benar2 lemah dan tidak berdaya melawan daya rasa ini....

Thursday, April 22, 2010

tengah memikirkan aktiviti bulan enam 2010...


meskipun baru bulan april penghujung.. tp saya sudah pening memikirkan perjalanan hidup saya untuk bulan enam ini. muahahahaha.. apadaaa!!

pertama, awal Jun saya kena ke IPS (Maktab) saya dulu di Miri. itu sudah wajib, sudah tak masuk kire dah dalam kepeningan saya. hik3... 3 hingga 5 Jun saya akan menjalani interaksi (kuliah) di Miri... dan kawan2 semua sudah mula membeli tiket balik semenanjung untuk tarikh 7 dan 8 Jun 2010 dari Miri. saya pulak?? tak beli lagi..! (adeii, apa kena daa saya ni!...)

kedua, asalnya saya x dapat cuti panjang utk bulan 6 ini ekoran interaksi maktab yg panjang, sekali di 'confirm'kan dek pensyarah hanya amik masa 3 hari je nk abiskan kelas. wallahhhh!! terus bingung saya. sebabnya, bila cuti saya pendek saya berhajat lepak di labuan sahaja. alasan kukuh la tu nak pegi meronggeng. muekekeke... tp bila dah dapat cuti panjang, alaaahai..malasnya nak balik semenanjung.. tau sebab apa malas nk balik semenanjung? sebab saya takut terserempak dgn pakcik khaeruddin (dia bisnesman, selalu aje tanya saya bila nak balik semenanjung dan mau berjumpa saya. aler, pakcik! x yah la jumpa saya ek.)

ketiga, ustaz solihin (bukan nama sebeno..muehehehe..) ajak saya ke labuan. siap offer jalan2 gi KK lagi. aik, ni mcm cik miezz anura dapat offer je ni kan?? oh, x kisah la tu.. saje la tu ustaz nak tarik perhatian saya supaya gi jugak labuan tu.. ececece... ntah betul ke x ek offer dia tu, idok le saya dapat tafsirkan secara mendalam....



hmmm... naik feri pun best jugak ni. dah lama sangat tak naik feri, bot dan seumpamanya.. (walaupun tipu ustaz yg saya ni mabuk laut, pening.. ahahaa, maafkan saya ustaz.. bukan niatnya takmo pegi, tapi saje takut2kan ustaz.. kang saya pengsan sapa nk angkat saya?? haa, jawab2!!)

keempat, ani dan azrin.. beria2 ajak saya ke Kunak, Sabah. fulamak... tang ni yg segan sikit ni. sebab rumah ini kalau saya pegi saya boleh jadi 'dua'. pertama, saya jadi kawan kepada Amir Shah Amir Hassan, rakan seuniversiti saya (aje kalau sy pegi rumah dia, silap2 makwe dia hempukkk kepala saya la. makwe dia pun lum sampai lg rumah dia ni. muehehehhee... mati2 sy). kedua, saya pergi ke rumah tu sebagai kawan kepada ani (adik kepada Amir Shah yg kini saya banyak berborak, kerana kami sependapat dan byk perkara boleh sharing2... )..

kelima, last2 tanya mak... takut juga la mak kecik ati kann.. so, macam mana ni mak cuti ni? ney kmk tok? pening suda... mak saya kata, kalau ada cuti, balik pn bagus jugak. mak tanya juga, nak ke kunak ke? (Allahh, segan la mak. tunggu nizam 'jumpa mama dan bapa ani' la baru pegi kunak. kalau dtg tibe2 begini, segan nau rasanya.. tak pun, tunggu hidayah datang bergolek. ehehehehe....

hm.... sebenonya saya suda set dlm kepala dan minda saya tak balik semenanjung till bulan september ni. dari januari lepas till september saya berada di borneo ni saja.. tibe2 bila dpt offer begini.. sy mula pening. sbb set saya lari abis. muahahaha.. saje peningkan diri sendiri... pk, pk, pk dan pk lagi... huhuhu

Tuesday, April 20, 2010

Keberadaan saya...

Malu itu indah.. itu saya petik dari fb rakan saya.. (hmm..kuat juga pengaruh fb dlm hidup saya ye.. isk3)

hmmm... if u luv that person... cuba hayati kata2 dlm gambar ni... saya amik masa jgk melihat makna ayat2 ni... (aje pening2 mabuk2 saya mendalami manisnya ayat dlm gambar ni... )

saya cuba juga bersembunyi dalam laman fb cik miezz anura dgn 'menanda' like sahaja di status beliau.. tapi, masih juga org nampak keberadaan saya ye. muehehehe... terasa kelakar diri ni dgn persembunyian yg 'tak jadi' tu. hihihihi.....



sabtu lepas 17 april.. dari pagi jam 7 pagi sudah bersiap2 untuk ke Dewan Lakid, Debak.. ada Seminar Skor A UPSR anjuran Bank Rakyat dan Berita Harian. sehingga jam 4.30 petang baru berkesudahan seminar ini... kenapa saya kemukakan cerita ini dalam blog? kerana saya teruja dgn gaya kerjasama dan persembahan yg ditonjolkan dalam seminar ini.. (padahal saya suda serik untuk mengemukakan cerita2 kerjaya saya di Debak ini... hihihi....)




ha... tapi yg di bawah ni saya memang suka untuk kongsikan... mudah2an dapat di share dengan geng di luar sana... idea ini datang pada ahad 18 april sebelah malam. haru2... saya telusuri idea ini sedikit demi sedikit di laptop.. dan begini jadi nya. ahaks... nampak mudah juga kan seperti yg lepas?? ini Suku Kata Terbuka untuk Tahun 1. tapi.. abis satu malam saya kerjakan mende alah ni.. kemudian isni 19 April, guru pembimbing saya ternampak ABM yg saya buat kali lepas (yg menggunakan kotak)..katanya, simpanla untuk praktikum nanti (saya mula praktikum bulan 6 ini and onwards...).. saya sengih je. saya tak terfikir pula masa buat ABM2 ini adalah untuk praktikum nanti. sbb, saya hanya buat ikut suka2 aje. puas rasanya bila benda ni dah jadi. pasni, kalau saya tak mau guna sebagai ABM, saya ingat nak tampal aje di kelas. tapi guru pembimbing kata, Simpan lah!... (ahahahaha.. haru2...pk jap.. nk simpan utk praktikum atau masa praktikum nanti buat aje yg lain? pk2...hmm..)


(alamak2, cikgu pembimbing saya tengah tengok saya uploadkan ABM saya di blog saya ni... aiyakkkk!! )

Thursday, April 15, 2010

gelang koka

em.... semalam... puas rasa hati dapat menggembirakan rakan (mudah2an gembira la hendaknya) dgn sesampainya utusan saya ke mejanya. siap amik gambo, papar di khalayak pulak. malu pulak rasa. asalnya nk kenakan dia, saya pulak yg terasa terkena (malu dipertontonkan.. muekekkekee.. sikpa2.. sik hal)...



dalam pada itu, parcel dr mak juga sampai pd saya... wah, apakah? mcm berjanji pulak. hik3.. mak kirimkn air zamzam, tudung saya (yg ketinggalan di kampung), dan gelang kayu koka... aler, yg lain2 tu blh jg saya terima. tiba tang gelang tu, lemahhh terus saya jadinya.. siap tny dgn mak, "kena pakai jugak ke?" (hihihi, sudah gaharu cendana pula....lelelelellellelele...) mak kata, "pakai!!"... hmm, ni yg lemah. dah berlonggok dah gelang2 mak bg dan suh pakai (terutama yg bawak balik dr mekah... muekekeke... termasuk sedara2 bagi).. ntah2 kali ni punya pun jadi koleksi peribadi lg laaa .. koleksi yg terperuk x dipakai.. saya tak suka pakai aksesori... kalau teringat mutiara/ kristal..x payah la belikan utk saya, nescaya saya tak pakai.. mmg jenis tak gemor makainya.. isk2... ada brg kemas pun, selalu dicabut! (disimpan, x dipakai.. kalau mak tau, abiss!! bising bah.. ahahaha)

jam 5 pagi (15 april 2010 - Rabu)... tetiba aje terbayang nak buat ABM (alat bantu mengajar) utk Tahun 1. aiyayayaya... dah siap2 nak subuh, sibuk plk tangan ni capai laptop laksanakan imiginasi saya.. masyaAllah... ni yg payahnya bila dtg idea pd waktu tak kena.. muahahaha.. kelam kabut nk bersiap nk pergi bertugas, kelam kabut nk solatnya, kelam kabut nk berkemas lg...sib baik lum ada anak!. muehehehe..... nampak ringkas, tapi...kalau x didayakan dgn imiginasi, mmg takkan jadi (pd hemah saya... )


nak tiru? muehehehe... nampak ringkas? tp.. sabo jele masa nk buatnya. saya gabungkan 2 suku kata terbuka dan bg memudahkan anak2 saya membunyikan perkataan jawi, saya buatkan bunyinya dalam perkataan rumi... saya buat depan dan belakang... jadi, jimat kotak (sempat lg pepagi hari berlari kekantin cari kotak..ahak).. saya lebarkan kiri dan kanan kotak ni untuk dijadikan 'kaki'nya, hik3.... ntah apa2 la idea mengejut ni.. nanti nk kecik kan pulak huruf2 ni then nk tampat kt kelas tahun 1 yg terpilih!... nasib le tu kelas mana yg bertuah tu.. adiah!.. bukan mudah cikgu bukan kelas tersebut nk buat2 adiah gini.. mueheheheh.. perasan2!!.. aiyakk...

Tuesday, April 13, 2010

jiwa kartun....

saat menuliskan tulisan kali ni, hati agak bercelaru.. membaca, membaca dan membaca... utk ilangkan segala prasangka. utk ilangkan segala tidak selesa hati... ignore kan diri dgn keadaan keliling. gembirakan hati dan minda dgn perkara2 yg menggembirakan..

mcm ni la nk musnahkan kerusuhan hati? eeiiiyah, eiiyah!!!.. ahaahhaa.... sekarang, nak meluah rasa di fb pun dah tak boleh dah. ramai sangat yg dikenali di sana, tambahan pula.. rasa tidak selesa ini berkait dgn rakan fb jg.. masalah jg ek. harap2 blog ni tidak dikenali ramai, supaya saya dapat meluahkan rasa hati disini.... Allahhhu rabbi

gambar kartun biru latar belakangnya ini saya ambil semata2 geramkan suasana biru yg terdapat pd gambar ni. tapi bila dilihat pd air muka kartun ni, iskkkk... kartun apa tah ni. x penah tau pun. garang kemain! takut saya.

cool x? hihi.. saya buat wallpaper untuk desktop saya. biar hati selalu cool bila nampak suram dan mata kuyu bugs bunny ni. hik3...

Thursday, April 8, 2010

Subhanallah

pagi ni 8 April 2010. setiba aje di sekolah..on kan internet.. saya buka emel. dan sungguh2 benar saya terkejut kerana.... saya mendapat emel invitation to accept dan nama 'rakan' saya tu adalah Nasihin Hasanah. yang menjadikan saya terpaku, terpegun dan terperanjat kerana..baru semalam ustaz Nas Nasihin accept saya utk jd rakan Yahoo! saya dan sememangnya saya kenali ustaz ini. dan harini Nasihin Hasanah ini pula sang perempuan yang sememangnya saya tidak kenali pula menyusul. mukanya pun unfamiliar (ada diletakkan gambar di profile nya)... dari mana Nasihin Hasanah mendapat emel saya ye? takjubnya saya.. apakah 'tanda' yang cuba Kau berikan padaku ya Allah.. apakah ini tanda dari aku bertafakur pdMu sebentar cuma? atau apakah ini ingatan? ya Allah..berikan daku jawapannya. sesungguhnya aku ni hambaMu yang lemah dan tidak mengerti perkara tersirat.... Allahu Rabbi...



ku ingin ke pantai..ingin ke laut..ingin bertafakur... ya Allah, lapangkan dadaku.. lapangkan fikiran ku.. hadiahkan ketenangan, ya Rabb pada hambaMu... ku khabarkan di fb ku....bahawa ketakjuban saya ini benar2 terasa...benar2 takjub!...

Wednesday, April 7, 2010

Umrah dan Ziarah



alhamdulillah pada 4 April lalu jam 5-6 petang mak, syahir (yen) dan busu selamat tiba di KLIA, Sepang dari penerbangan Doha dan Jeddah... bermula 26 Mac 2010 mak pergi umrah dengan membawa adik saya dan busu saya.



gambar-gambar yang Yen bawa balik untuk tatapan mata saya dan keluarga yang tinggal ni memang amat mengharukan. Yen sempat buat panggilan dari Mekah dan mengatakan, saje mengenakan polis Kaabah tu dengan memegang kaabah tu dan seret jarinya di situ... entah apa rezekinya, polis tu tak pulak perhambat dia. rezeki2...



mula-mula sampai terus ke MAdinah dulu. pemandangan biasa di masjid Nabi dengan payung terbuka dan tertutup pada masanya... bilakah masanya saya punya rezeki akan sampai.. Allah, doa jela :)

mak ada cakap, mak ketawakan burung merpati yg berterbangan di kawasan laluan masjidil haram dengan hotel, tak lama lpas tu mak terus kena berakkan dek merpati tu. ahahahaha.... saya kata, mak ketawakan malaikat, padan la pun kena balas. hik3. nasib baik kena berak, kire ringan la tu. semasa mak di mekah, saya dan mak banyak bersms.. sama mcm semasa mak di kampung. jadi, cerita saya di sarawak ni tiada putus dari pengetahuan mak. sampaikan mak tanyakan nak carikan apa untuk saya di mekah tu, saya tatau nak minta apa. saya cume minta doakan saya di sini. kerana pada masa itu, masa dan keadaan benar2 menduga saya.. Allah aje yg bantu sy ringankan keadaan dan hati... hihi.alhamdulillah. :) em, ini ada sedikit gambar Yen dengan mak semasa mengerjakan umrah. hihi




p/s: psssttt, cik miezz anura. rupa adik sy gemuk mcm ustaz x? ahahahahaha....