Thursday, February 26, 2009

Tempoh belajar

pagi, jam 8.15 pagi hari 26 Februari 2009 aku jumpa ustaz Shofian Ahmad utk bertanya kabar selepas lebih kurang setahun aku x jumpa dia. dia tanya, dah abis dah menulis (buat tesis)? aku ckp agak perlahan pergerakan aku sekarang. dia kata, ni dah sem berapa dah... sepatutnya dah siap dah.. (aik, ustaz kata dulu.. aku boleh amik berapa banyak masa selagi had masa belajar aku tak abis lagi. mana satu ustaz nniii..)

terus aku jadi tak puas hati!.. aku diam jek lepas tu. takde mood utk berbalah. salah aku, dah tentulah. sbb aku pun bukan pandai sangat nk jalankan kajian aku ni. ustaz hailani ada juga sikit2 bantu, tapi.. tak sekerap mcm ustaz rahman (aku kan Research assistant dia sekarang, seronok aa bekerja dgn dia..) ajar aku..

aku minta juga housemate aku, leha utk tengok2kan soal selidik aku tu. serasa mcm tak lengkap tapi tatau nk tokok tambah mcm mana lg. nk redah jek, rasa tak yakin. sbb tu jadi lembap pergerakan tesis aku..

argh, dalam sebulan ni... temper aku cukup naik.. ingatkan pasal enumerator, soal selidik aku, tempoh belajar aku, pasal cari kerja lagi, mak lagi.. arghhhh, serabut!.. sekang ni aku suka WEEKEND dan aku suka berada di rumah (sewa aku sekarang)!.. dapat elak dari semua yg serabutkan kepala aku.. boring asyik pk hal yg sama.

tempoh belajar aku semakin singkat. aku kena paksa diri utk kejar masa aku tu.. aku dah malas nk dengar leter ustaza shofian, leter mak, leter orang kampung dan terutama sekali leter coursemate aku!!!.. aku benci!

Thursday, February 12, 2009

Aishah - Janji Manismu

Janji Manismu

Oh dunia ini Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan

Apakah ini Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaran Mu Tuhan
Aku bagai sorang Kembara jalanan

Terumbang ambing di lautan gelora

Mencari kebahagiaan Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan Hidup kan selalu keseorangan

* : Hati membeku mengingatkan Kata janji manis mu oh...
dilambung angan-angan Belaian kasih sayang suci dari mu Oh kejamnya

** : Lidah tidak bertulang Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri Cinta di hati terkubur lagi

*** : Tidak ku fahami Mengapa terjadi Peristiwa pahit mengguris hati

Jalanan hidup ini Sudah tertulis Ku tempuhi dengan kesabaran Ku sedar kebesaran Mu Tuhan

* tiba- rasa nk nyanyi lagu ni pulakk... terkenang zaman lampau...

Monday, February 9, 2009

Rukyah untuk gatal2

aku...ntah kenapa ntah tibe..gatal2 menyerang aku. salah makan agaknya. gatal tu naik ke dagu, mulut, mata, pipi kiri.. derita kejap aku!..

aku pun sapu ubat kat tempat yg gatal, sbb dah naik bintik2 merah. makan pula ubat makan... tak kebah juga... ok try dis;

Baca Al-Fatihah, bismillah lima, bismillah tujuh, boleh tambah dgn selawat syifa'.. tiup ke air, minum sikit dan basuh ke muka.

doa minta disembuhkan.

Hikmah Jari Manusia ada 5...

Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia. Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil-

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis-

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu-

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala iini banyak ‘hantu-hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk-

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari-

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, ‘cap jempol’ atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah…..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam………

lagi info pasal jari:

otot2 jari kita ni panjang2 dan kuat2. panjang sehingga ke siku! sebab tu genggaman kita sangat kuat.

bagi setiap jari ada 2 pasang jenis ototnya. flexor dan extensor. yang membolehkan kita membuka dan menggenggam tapak tangan. setiap satu tu pula terdiri daripada 2 lagi, iaitu short & long (brevis & longus).

byk sangat kesempurnaan ciptaan Allah yg boleh dilihat kat badan kita sendiri. huhu.

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? [51:20-21]

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [41:53]